Isnin, 29 April 2013

 3:48 PTG         2 comments
Bismillah

Assalamualaikum dan segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah, selawat dan salam buat junjungan agung Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda serta sahabat yang diredhai Allah SWT.

Terima kasih kepada teman Mak Bonda dan Siti Salwa yang sudi menempah Kek Carrot Moist daripada Ustazah..perasan sedap pula ya..apa pun Allah swt yang sedapkan.

Kek ini adalah antara kek yang sering ditempah oleh rakan- rakan disebabkan ada rasa buah- buahan, moist serta ada keju sebagai topping di atas kek. Walau pun agak mahal tetapi mereka tidak berkira apabila mahu menikmati kek ini.

Jom layan resepi kek ini.

Kek Carrot Moist.

Bahan A

2 Cawan Tepung Kek
1 Cawan Gula Halus
1 Cawan Gula Perang
2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh soda berkarbonat

Bahan B

4 Biji telur gred B
1 cawan minyak jagung

Bahan C

1 1/2 cawan Carrot disagat
1 Cawan Nanas di potong dadu
1/2 cawan pisang dilenyek
1/2 cawan wulnut
1/2 cawan kurma

Cara membuatnya.

1. Ayakkan tepung, soda bikarbinat dan serbuk kayu manis. Masukkan 2 jenis gula dan sebatikan.

2. Pukul telur bersama minyak hingga gebu. Satukan bahan A dan B selama 5 minit.

3. Satukan bahan C dengan adunan A dab B hingga sekata dan tidak perlu menggunakan mesin pemutar cukup kacau dengan sejuk sahaja.

4. Griskan loyang dengan planta dan tepung agak tebal supaya tidak melekat. Tuangkan adunan kek ke loyang.

5. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 180 darjah dan bakar selama 1 jam sehingga masak.

Bahan Topping.

250 gram keju
1 Cawan gula icing
1/4 cawan mentega
1/8 sudu teh serbuk kayu manis

1. Pukul atau sebatikan bahan di atas kemudian bolehlah disapukan di atas kek Carrot Moist itu tadi. hias lah mengikut kreativiti masing- masing.

Selamat mencuba..







2 ulasan:

  1. Salam tuan rumah.

    Sebenarnya kek tu kek kongsi birthday Makbonda,Cikgu Dewi dan Abang Ezri(secret admire unteh) kalau cakap awal biasalah Cik Ain tu susah benar letak harga ;) tapi berbaloi juga,GB berkenan nak order untuk kawin anaknya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..oo kalau tahu sya potong harga yg bahagian Mak Bonda.Apapun terima kasih sudi Order ye



      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim