Isnin, 1 April 2013

 10:36 PTG         4 comments
Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Assalamualaikum dan semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan sifat rendah diri, tidak sombong dan memandang orang lain dengan penuh kebaikan.

Bagi pihak lelaki mungkin menangis adalah sesuatu yang memalukan, dianggap macam perempuan dan kurang tabah manakala Bagi pihak wanita menangis adalah sesuatu yang lumrah dan malah dianggap itulah sifat wanita mudah menangis malah sedihnya menangis dianggap sifat orang yang lemah.

Satu kajian telah dijalankan melalui pembacaan Ustazah di satu artikel Majalah Solusi menyatakan bahawa dengan mengeluarkan air mata secara langsung kita telah membuang toksin yang berada di tubuh badan kita. Menahan air mata ketika memang wajar dikeluarkan adalah amat bahaya. Justeru  itu jangka hayat bagi wanita adalah lebih panjang berbanding lelaki kerana wanita mudah mengeluarkan air mata.

Renungilah kata-kata Abu Musa al-'Asy'ari ini:

" Wahai manusia, menangislah kalian, jika sekiranya kalian tidak mampu menangis maka paksa-paksakan diri kalian untuk menangis. Sesungguhnya ahli neraka itu menangis mengeluarkan air mata sehingga air mata kering kemudian disambung dengan tangisan air mata darah yang jika sekiranya kalian layarkan sampan-sampan pasti akan hanyut dalam sungai darah dari air mata ahli neraka:.

Justeru....menangislah sahabat..kerana takutkan Allah kerana air mata yang mengalir kerana Allah adalah antara 2 jenis air yang Allah sangat cintai selain dari darah dan peluh kerana jihad fi sabilillah.


Selain itu memperbanyakkan menangis dan mengurangi ketawa adalah salah satu saranan Allah SWT di dalam Al-Quran..malangnya kita di Malaysia banyak pula rancangan realiti tv berkaitan lawak hingga bertaraf mega lagi..nampak lah ia satu agenda tersembunyi yg kurang disedari oleh kita umat Islam..Semoga diri Ustazah dan sahabat2 mengambil iktibar.

4 ulasan:

  1. saya juga pernah menangis.. pabila terasa kerdilnya diri ini..

    BalasPadam
  2. Menangis padaNya , gantungkan segalan pengharapan dan serahkan jiwa dan hati padaNya.

    BalasPadam
  3. Semoga jadi iktibar untuk kita semua ustazah, mungkin hari2 kita ketawa tapi jarang kita nangis.

    BalasPadam
  4. Allahuakbar.
    Betapa hebatnya kita sebagai ciptaanNya..


    | 7 Rahsia Takaful Pendidikan
    >> http://takafulpendidikanterbaik.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim