Jumaat, 29 Mac 2013

 10:35 PTG         1 comment
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati para pembaca dan cuba menyebarkan kebaikan walau dengan sekadar sebuah senyuman.

Alhamdulillah sambutan Hari Guru akan diadakan pada setiap 16 Mei di seluruh sekolah sebagai menghargai jasa guru-guru yang mendidik anak bangsa. Ustazah doakan semoga guru-guru terus bersemangat dan mempunyai daya juang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid tanpa mengharapkan penghargaan daripada manusia. Carilah redha Allah dalam membimbing pelajar sesungguhnya itulah saham akhirat kita di mahsyar nanti.


Melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

 HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

" Selamat Hari Guru "

1 ulasan:

  1. selamat hari guru untuk semua guru/ustad dan ustazah. moga tema baru beri impak yang besar pada guru2 yang terlalu besar jasanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim