Isnin, 25 Mac 2013

 10:12 PTG      ,    4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah nikmat lagi dari Allah SWT kepada pelajar lepasan SPM 2012 ..benarlah nikmat Allah tidak pernah surut, tinggal kita sebagai hambaNya mesti berusaha untuk mengenang kembali dengan mengingati Allah dgn sebanyak2nya.

Kali ini Ustazah ingin berkongsi tentang Program Bursary yang mana paada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM. Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 .Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

Untuk maklumat lengkap sila layari laman sesawang :




BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

1. Bursary KPM adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2012 yang memperoleh 9A+ dan ke atas. 

3. Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Labuan 
3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 
4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 
5. Kolej Matrikulasi Perlis 
6. Kolej Matrikulasi Johor 
7. Kolej Matrikulasi Perak 
8. Kolej Matrikulasi Kedah 9. Kolej Matrikulasi Pahang 
10. Kolej Matrikulasi Selangor
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah 
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang 
13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor 

Asasi 
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

International Baccalaureate (IB) 
Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan,Pergigian dan Farmasi).Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Sri KDU International School (KDU), Selangor
2. Taylor's University College, Selangor

A-Level
Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 18 hingga 24 bulan. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan ALevel hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).
Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM akan ditempatkan untuk mengikuti program persediaan yang dipilih di institusi persediaan seperti berikut:-

1. Cempaka International School (CIS), Selangor
2. HELP University College, Selangor
3. Institut Teknologi Riam, Sarawak
4. International Islamic School, Selangor
5. INTI International University, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
6. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
7. Kolej Bandar Utama (KBU), Selangor
8. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
9. Kolej Teknologi Timur, Selangor
10. Kolej Yayasan Saad, Melaka
11. Methodist College KL, Kuala Lumpur
12. SEGI University College, Selangor
13. Stamford College, Selangor
14. Sunway University College, Selangor
15. Taylor's University College, Selangor
16. UCSI University, Kuala LumpurBagi kesemua program persediaan yang tersenarai di atas, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar telah ditawarkan/ditempatkan di institusi persediaan yang telah ditetapkan. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my/ untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM mulai 25 Mac 2013. Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

4. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan 
dan elaun berikut:-

 Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
 Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.


Syarat Kelayakan

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.

Pelajar-pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: 

I. Syarat-Syarat Umum
a. Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 
2012;
b. Warganegara Malaysia; dan
c. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.

II. Syarat-Syarat Khusus
a. Mengikuti salah satu program persediaan berikut:-
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
ii. Matrikulasi
iii. Asasi 
iv. International Baccalaureate (IB)
v. A-Level 
b. Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan 
dalam negara yang telah ditetapkan.



4 ulasan:

  1. Semoga berjaya kepada adik2 lepasan SPM.
    Selamat mencuba

    BalasPadam
  2. As salam,

    Alhamdulillah. Ada rezeki tu utk pelajar yg cemerlang...moga2 akan digunakan sebaik mungkin oleh pelajar utk menimba ilmu nanti..

    BalasPadam
  3. Waah... satu lagi inisiatif nk menarik dari kementerian...
    Tp syaratnya agak tinggi yer..
    Good Luck pada adik2 semua... jgn lepaskn peluang ini...
    Maksud hadis nabi
    “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”. (hadis dhoif) tp yang penting.. kita haruslah terus menerus belajar bagi menambahkan ilmu..
    Maksud hadis yang lain:
    "Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu"
    Terima kasih ustazah atas info ini.. nnt sy warwarkan kepada ank sedara saya..

    P/S:jemput la join GA ini
    http://www.bicaramakdara.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

    BalasPadam
  4. kpd pnerima bursary yg mymbung pngajian d matrikulasi,berhati2 lah mggunakan duit anda krn mugkin anda terpksa mengembalikan 1 ribu drpd jumlah biasiswa yg anda dpt..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim