Ahad, 3 Mac 2013

 10:33 PTG         5 comments
Bismillah dan segala puji bagi Allah selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sabahat yang diredhai Allah hendaknya.

Minggu ini aktiviti Ustazah ialah ' Gejobos ' kenduri kahwin jiran di kampung. Bermula hari Sabtu hingga hari Ahad. Anak2 pula terlibat dengan slot Kem Bestari solat, kurang masa utk bermain dgn mereka..

Suasana kenduri begini memang menyeronokkan ..inilah masa kita bergotong- royong mengikut pembahagian tugas yang ditetapkan. Golongan Gejobos lelaki tertumpu membuat kerja yang berat2 seperti memotong daging lembu, ayam atau kambing..angkut gas, susun khemah dan mcm2 lagi tugas. Pada pihak kaum ibu pula sibuk lah mengupas bawang, buat kuih, memasak hidangan untuk hari Sabtu hingga Ahad..

Ustazah ucapkan tahniah pada tuan rumah En.Anuar dan isteri Pn. Noor dan mempelai yang diraikan Adik Ninie dan Shahir.

Ketua masak yang bertungkus lumus memastikan makanan siap mengikut jadual yang ditetapkan.Fuh! Kagum dengan semangat mereka..kerja kuat dan tak berkira..

hakikatnya memang meriah kenduri melalui sistem Gejobos ni berbanding sistem catering jika di Kampung, dapat berkumpul dan bertanya khabar serta mengetahui perkembangan jiran2..tetapi selepasnya agak penat lah tuan rumah mengemas periuk belanga..berbanding catering...

Toyyib [ baiklah/oklah] Jom kita lihat suasana kenduri di Kampung Banting Sabak Bernam.























5 ulasan:

  1. ahhhaaaa... gejobos memang ada setiap kali kenduri.. masa baru2 kawin dulu, pelik laaa nama tu. skrang dah biasa.. hehehee

    BalasPadam
  2. Jawa daerah sini guna istilah tu..kalau area kuala Selangor REwang pulak..ha dah masuk area Sabak ni macm2 kalimah yg pelik2.. Jawa ade banjar pun ada

    BalasPadam
  3. gejobos ? tak pernah dengar ustazah , sy biasa sebut kenduri kawin je ..

    BalasPadam
  4. johor panggil rewang. memang seronok merewang. gejobos baru ni dengar.

    BalasPadam
  5. wahhh cara orang jawa buat kenduri memang meriah... rewang ramai2, rindu suasana gini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim