Rabu, 20 Mac 2013

 2:25 PTG         6 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Keputusan SPM akan diketahui esok in shaa Allah,
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh juga disemak melalui perkhidmatan dalam talian pada pautan berikut:


Sebagai seorang guru pasti debaran turut dirasai, peratus menaik atau menurun matapelajaran yang kita ajar, pelajar apatah lagi..malam ni tentu ramai yang buat solat hajat..walau apapun keputusan telah termaktub tinggal lihat sahaja esok,,bagi ibubapa pun apa kurangnya..selepas keputusan anak diketahui pasti menjadi bualan dan pertanyaan rakan sekerja,jiran dan saudara mara..

Telusurilah diri dengan  doa 

Apapun..Tahniah Ustazah ucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tentu diri,ibubapa dan guru berasa bangga atas kejayaan yang diperolehi. Apa yang perlu kita lakukan?

Ingatlah segala kejayaan yang diperolehi adalah dgn keizinan Allah SWT maka wajarlah kita sujud syukur dan memuji2 Allah..pohon supaya kejayaan ini akan membawa keberkatan dalam hidup kita.

Berterima kasih pada ibubapa yang banyak mendoakan kejayaan , memberi galakan dan berkorban wang ringgit untuk memastikan keputusan kita cemerlang.

Begitu juga kepada guru2 yang bertungkus lumus memastikan kejayaan kita selama ini, pengorbanan seorang guru tidak dapat dinafikan..jumpalah setiap guru matapelajaran dan ucapkan terima kasih. Itu sudah memadai bagi seorang guru.

Seterusnya buatlah pilihan dan keputusan ke mana kita mahu untuk melanjutkan pelajaran. Bagi Ustazah pilihan tempat untuk menyambung pelajaran perlu difikirkan sebaiknya supaya akademik dan sahsiah kita terjaga dgn baik.

Andai kita kurang cemerlang apa yang perlu kita lakukan? Bukanlah SPM ini suatu penanda aras yang kita akan gagal selama- lamanya. Peluang masih tetap ada yang penting semangat perlu kuat dan muhasabah kembali kenapa kita kurang cemerlang..

Bersyukur pada Allah SWT, jgn menyalahkan takdir mungkin usaha kita kurang mantap dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

Anda boleh terus melanjutkan pengajian ke Ting 6. Ramai sahabat ustazah yang kurang cemerlang SPM tetapi berkat mengambil STPM mereka boleh memiliki segulung Ijazah dan sekarang pun berpangkat tinggi..berniaga pun bagus.

Janganlah berhenti untuk terus menimba ilmu..usia kalian begitu sesuai untuk menuntut ilmu..masih muda dan bersemangat, rugi jika dipersiakan.Lagi2 kepada pelajar2 lelaki, ramai yang suka memilih utk bekerja daripada melanjutkan pelajaran.

Biarlah kita semakin berjaya makin ingat Allah SWT bukan sebaliknya..begitu juga walau kita kurang berjaya.Bukankah apa yang kita perolehi berdasarkan usaha yang telah kita lakukan.

Peperiksaan begini bila dikaitkan dengan kehidupan akhirat..bagaimana keputusan kita di sana nanti..semoga usaha kita membuahkan hasil yang baik tidak kira di dunia apatah lagi di akhirat kelak.


6 ulasan:

  1. tahniah diucapkan kepada pelajar yg bakal mengambil keputusan esok

    BalasPadam
    Balasan
    1. SmG peratus terus naik..tq mama3heoo

      Padam
  2. fuh! giliran saya pula berdebar menanti keputusan pelajar SPM 2012

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah esok sinar lebih baik..

      Padam
  3. Selamat berjaya kepada adik2 yg akan mengambil keputusan SPM hari ini...

    BalasPadam
  4. tahniah pada adik-adik yg cemerlang dan yang janganlah putus asa, insyaAllah adik peluang lain menanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim