Jumaat, 15 Mac 2013

 4:45 PTG         1 comment
Bismillah dan Assalamualaikum

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita..
 
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.  Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala  calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.  

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my/  mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.


Persidangan Akhbar bagi mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 18 Mac 2013, jam 12:00 tengah hari, di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. 
 
Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri. 

Sementara keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013.  Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di portal MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS). 
 
Tahniah bagi yang berjaya..jangan lupa sujud syukur

1 ulasan:

  1. all the best kepada semua yg bakal mengambil keputusan SPM mereka :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim