Ahad, 31 Mac 2013

 7:51 PG         1 comment
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum?

 Anak2 sibuk minta Ustazah bercerita semasa dalam perjalanan pulang dari jalan2 petang. So cerita ringkas dan semoga diri Ustazah dan anak2 boleh amalkan perkara mudah ini. Sebagai ibubapa kita amat perlu menjadi contoh pada anak2..sebelum nak anak2 buat kita kena buat praktikal selalu di hadapan mereka..akhirnya mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Kalimah ~Basmallah~ [بسم الله الرحمن الرحيم] yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Justeru itu, anak2 emak sewajarnya setiap kali kita hendak memulakan sesuatu urusan,belajar, bermain, makan, minum, masuk dalam rumah dan segala perbuatan eloklah dimulai dengan ucapan Basmallah supaya ada keberkatan dalam perbuatan kita. Malah kalimah ini juga mengandungi dan memiliki fadhilat yang sangat besar. Ini kerana ia mengutamakan kebesaran Allah SWT.

Jom kita kongsi beberapa kelebihan mengamalkan membaca ~Basmallah ~ antaranya :

1. PERISAI DARIPADA MALAIKAT ZABANIAH.

" Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada Malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah 
akan menjadikannya bagi setiap huruf itu sebagai perisai bagi Malaikat itu."[ Riwayat Ibn Mas'ud]

2. MENGHALANG DARIPADA DIINTAI JIN

Rasulullah SAW bersabda, " Perkara yang menghalang pandangan jin terhadap aurat anak Adam ketika seseorang memasuki tandas dengan berkata, ~ Bismillah ~[Riwayat Tirmizi]

3. GANJARAN 4000 KALI GANDA

"Barang siapa membaca ~ Bismillaahir Rahmaanir Rahiim~ dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan ,dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat." [Riwayat ad-Dailam]

4. RUMAH DAN MAKANAN DILINDUNGI ALLAH

Nabi SAW bersabda : " Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya lalu dia menyebut Allah [membaca Bismillah] di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan:"Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu". Dan apabila seseorang masuk ke rumahnya, maka dia TIDAK menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan: ' Aku akan bermalam dengan kamu'.
[ Riwayat Muslim]

Apabila anak2 mengetahui kelebihan mengamalkan ucapan Basmalllah mereka rasa seronok untuk mengucapkannya sehingga mereka selalu bertanya " mak dah baca Bismillah belum tu?"..mereka menjadi pengingat kepada kita.

1 ulasan:

  1. Teringat kisah seorang wali yang boleh berjalan di atas air hanya dengan KEYAKINAN SEJATI dengan bacaan BISMILLAH....Subhanallah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim