Jumaat, 15 Mac 2013

 11:30 PG         2 comments
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum dan didoakan semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan utk terus taat kepadaNya. Sampaikanlah selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul yg dikasihi,ahli keluarga Baginda dan sahabat yg diredhai Allah SWT hendaknya.

Naungan Allah SWT di akhirat kelak adalah sesuatu yang kita harapkan. Apabila membaca hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :"Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah pada hari qiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan daripada Allah iaitu :

1. Imam [ raja ] yang adil.
2. Pemuda yang dewasa kerana beribadat kepada Allah.
3. Orang yang hatinya di masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang dirayu oleh wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat maksiat [zina],lalu dia menolak dengan berkata: " Aku takut kepada Allah ".
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam,sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri. "
[Riwayat Muslim]

Pagi tadi seawal jam 7.30 kami satu sekolah telah menjalani aktiviti usrah.Anak2 usrah ustazah ada 9 orang pelajar lelaki tingkatan 5. Hadith di atas adalah salah satu hadith yang disampaikan. Masing2 asyik mendengar dan ada yang mengajukan soalan.

Peringatan kepada diri dan anak2 usrah agar ada memperuntukkan waktu khas bersendirian untuk memuji Allah SWT agar di akhirat kelak kita akan mendapat naungan Allah SWT. Lepas solat, duduklah sekejap utk berwirid ringkas dan berdoa..

Anak usrah bertanya " Ustazah bagaimana nak rasa kesan sesuatu amalan yang kita lakukan?"
Ustazah jawab " Kena buat dulu amalan tu baru akan timbul kesan, kalau kita tak buat sampai bila pun tak akan dapat rasa. Contohnya apa rasa buah durian..hanya yang pernah makan boleh cerita bagaimana lazatnya rasa durian..lazatnya bagaimana tak tau nak kata kene rasa sendiri..begitulah dengan amalan..bila selalu baca Al-Quran kita akan dapat rasa tentu tak selesa kalau sehari tak baca..."

Mereka bertanya lagi " Bagaimana nak hindari daripada gangguan syaitan supaya kita tak buat benda yang tak baik ye ustazah " UstaZah jawab " jaga adab semasa hendak tidur dan adab selepas bangun tidur, semasa kita tidur syaitan akan menyimpulkan 3 ikatan pada diri kita...lepaskan kesemua ikatan itu dgn cara :
1. Puji Allah dgn ucapan Alhamdullilah dan Lailahaillallah wah dahu lasyarikalah lahulmulku wahuwa ala kulli shai'in qadir.
2. Ambil wudhuk
3. Solat
Jika tiga ikatan ini tidak dileraikan itulah yang menyebabkan urusan seharian kita banyak yang tertanggu dgn hasutan syaitan."

Apabila tidur pastikan tidur kita mengikut sunnah Nabi Muhammad dgn mengambil wuduk, baca surah Ikhlas,Falaq dan An-nas dan tiupkan ke tangan sapu keseluruhan anggota badan.

Apa yang penting carilah ilmu, sertailah majlis ilmu untuk mengetahui tipu muslihat syaitan ..kalau kita dah tahu..kita amalkan pula baru nanti kita akan merasai nikmat amal beramal.

Hendak tahu kita baik atau tidak cuba kita muhasabah diri setiap hari, apa bahan bacaan yang kita baca hari ini, apa rancangan Tv yang kita tonton, apa yang kita dengar dan tempat mana yang banyak kita tujui..

Usrah ini begitu santai dan kami merasai begitu dekat dan kami akhiri dgn bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.









2 ulasan:

  1. As`salam..nice..mekasih share info yg bermanfaat ni..

    BalasPadam
  2. satu peringatan kepada kita.. kadang kala kita alpa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim