Bismillah dan alhamdulillah segala pujian utk Allah yang Maha Bijaksana, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang begitu kami cintai,keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah SWT hendaknya.
Usai solat asar...dalam keletihan selepas 'gejobos'anak memujuk utk keluar jalan2. Kalah dengan pujuk rayu anak2..pergilah juga dan destinasinya pasti sekitar kampung dan kami memilih ke Pantai BNO.Anak bongsu terlalu seronok hingga selipar pun lupa nak pakai..alhamdulillah kurus, laratlah Ustazah dukung.
Pantai ini terlalu dekat dengan rumah. apabila hujung minggu pantai ini pasti penuh dan ramai pengunjung..walhal bukan boleh pun utk bermandi mandi, sekadar mahu bersantai melihat keindahan pantai ciptaan Allah dan makan2. Anak2 pula bolehlah bermain layang2 dengan membeli di gerai yang terdapat di sini.
Pengunjung daripada luar selalunya seronok utk menjamu selera menikmati Mee Udang Banjir dan bagi sesiapa yg rajin bolehlah mencari kerang atau remis ketika air laut surut. Kami pergi dah petang so sekadar beli burger, fish ball dan air cup sudah mencukupi. Cuaca petang ini mendung dan kami belum sempat menghabiskan burger hujan dah mulai turun.
Ustazah bila time ke laut suka tanya anak2 : " Sape yang jadikan laut anak2 Mak?".
Serentak mereka akan jawab " Allah ". Lepas tu tanya lagi "Kita kena kata apa kat Allah?"
Ada yang jawab " Subhanallah ", Bijaknya Allah..dan terima kasih Allah... jadikan laut ".
Pantai di sini tak jauh beza dengan Pantai Remis di Jeram, tetapi di Pantai Remis banyak jualan makanan hasil laut seperti pelbagai jenis siput, Remis dan kerang berbanding di Pantai BNO.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
2 hari yang lalu
amboiiii ustazah bersantai nampakkkk hiks
BalasPadamapa lagi keseronokan yang kita ada selain melihat anak2 seronok....
Itu la kak..walau penat gagahkan jg..bila nampak diorg suka penat pun ilang
Padamlama dah tak singgah....
BalasPadamops...ayat betul, lama dah tak balik..hihi
Mamper kak bila blk kg ye
Padamantara tempat mee udang udang yang sedap di selangor....
BalasPadamBetul tu..pastu x de la mahal .mkn sorang x larat abih
Padamlama jugak tak singgah sini.. biasa kat dorani aje lah.. hehheee
BalasPadamramai di sini terutama weekend
PadamCantiknya pemandangan... jemput komen dan beri santapan rohani di dalam entri terkini saya http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/tanggungjawab.html
BalasPadamsubhanallah..in shaa Allah akan berkunjung
Padam