Rabu, 13 Mac 2013

 12:18 PG         5 comments
Bismillah dan Assalamulaikum

Alhamdulillah malam sudah melabuhkan tirainya utk kita berehat..

Lebihkan? Seharian bekerja, menguruskan anak dan anak2 murid. Mulai jam 3.00 hingga 5.00pm mesyuarat post Moterm peperiksaan Sijil Menengah Agama.

Bergegas solat asar, beli barang dapur dan isi minyak kete...terus pecut ambil anak2 dr sek agama.

Syukur sampai umah..ada tetamu nak berubat resdung pula..perut lapar drpd sarapan pagi tak makan lagi..goreng ikan masin buat lauk dengan sayur lemak..tak garing pun lagi iwak gesek ustazah dah ada orang beri salam lagi..."ustazah nak minta tolong boleh?, saya nak tempah batu nesan utk bapa mentua tapi tak tahu nak tulis namanya dalam tulisan jawi"...ok beres hal itu...

Baru nak menyuap nasi telefon pula berbunyi dari isteri ketua kg sebelah minta tolong mengetuai majlis bacaan Yasin pada petang Selasa depan yang mana sekarang banyak kes kecurian dan pecah rumah..nak buat  doa selamat lah ini..in shaa Allah boleh jawab ustazah..doa2 lah smG tiada hal apa2 di sekolah pada waktu ptg Selasa dpn.

Sempat juga menajak rumput yg makin meninggi sambil main bakar2 sampah dgn anak2..

Bersiap utk solat maghrib datang lagi sebuah kereta.." ustazah tolong bole? Orang tempah kerepek ngan saya 100 peket tp last2 tak jadi ambik so nak minta ustazah  jualkan kat koperasi sekolah boleh, tak silap ustazah uruskan koperasi kan.?" Ringkas jawapan in shaa Allah boleh..

Malam lepas isyak adik pula telefon minta tolong hantar ke temujanji hospital pula pada 27.3.2013 di hospital Tg. karang..abang yang selalu uruskan akan menunaikan umrah cuti sekolah ni so no hallah ustazah take over in shaa Allah..

Teringat pesanan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Prof Dr.Muhaya..jadilah insan yang suka memberi daripada menerima..dan bahagiakanlah orang lain maka kebahagian akan kembali semula ke diri kita..

Salam penuh kebahagiaan daripada Ustazah untuk yang sudi membaca..



5 ulasan:

  1. nampak penuh dan padat jadual ustazah seharian.. bahagiakanlah orang lain.. mesej untuk semua.. :)

    BalasPadam
  2. Semoga pemberian yang kita berikan mendapat pahala dan ganjaran yang besar di sisiNya..Amin ya Rob!!

    BalasPadam
  3. Wahh padat dengan aktiviti kemasyarakatan nih..suka mendengarnya..hehe

    BalasPadam
  4. Semoga ustazah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi allah

    BalasPadam
  5. kita membahagiakan orang lain & Allah akan bahagiakan kita pula ;)

    alhamdulillah..nama yang abah berikan pada saya maksudnya 'bahagia'. mudah2an sentiasa bahagia & membahagiakan orang lain..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim