Khamis, 14 Mac 2013

 11:11 PTG         4 comments
Bismillah dan Assalamualaikum

Segala pujian pasti utk Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Indahnya malam ini kerana malam Jumaat yang penuh keberkatan..jgn lepaskan.

Sambil menemankan anak buat homework tiba2 terdengar bunyi batu2 dihalaman rumah seperti menandakan ada kereta orang datang.Siapa pulak la malam2 ni datang berziarah..

Cuak juga tapi gagah juga onkan lampu...hati lega , abang ipar rupanya. Datang dgn membawa keperluan dapur..ini sebenarnya adalah utk ibu mertua yang mendapat baucer rm100 melalui program Jom Shopping daripada kerajaan negeri..

Balik daripada sekolah petang tadi terpandang di atas meja ada sepucuk surat pula untuk ustazah AlhamdulillAh rezeki lagi ..dapat BR1M daripada kerajaan pusat..

Menitis air mata..betapa Allah Maha Pemurah yang sentiasa memberikan rezeki kepada kami sekeluarga melalui jalan yang tidak disangka-sangka..melalui insan2 yang berhati mulia, semoga kita sentiasa diampuni, dirahmati dan dikurniakan rezeki yang baik.

Terus bersyukur dan bersabar..Hasbiallah wa nikmal wakil...Subahanallah .






4 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah... dapat rezeki untuk keluarga. jangan lupa panjang-panjangkannya... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim