Ahad, 31 Mac 2013

Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum dan Segala Puji Bagi Allah,Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, ahli keluarga baginda dn sahabat yang diredhai Allah SWT.

Anak yang kedua si Ijah mahu tidur dan sebagai bed story malam ni Ustazah cerita tentang "ISTIBRA'".

" Apa ISTIBRA' tu mak?"

" Ha Istibra' tu maksudnya melawaskan atau membersihkannya kencing dengan cara berdehem-dehem. Contohnya macam ni, selepas Ijah selesai membuang air kecil, Ijah perlu berdehem seperti ' Ehem...Ehem .. ' Cuba Ijah buat "

" Ehem..Ehem..oh senang aje, kenapa kene buat macam tu pulak Mak?".

" Tujuannya supaya air kencing tadi keluar kesemuanya. Hanya dengan berdehem-dehem saki baki air kencing boleh keluar. Mungkin keluar dua titik air kencing. Sekiranya Ijah tidak Istibra', khuatir masih ada saki baki air kencing yang belum habis keluar. Nanti bila Ijah memakai seluar dan mula keluar tandas, tiba2 baki air kencing tadi terkeluar so itu dah dikira najis dan pakaian Ijah sudah bernajis".

" oo..macam gitu ye mak".

" Yo la anak mak sayang..bila pakaian dah kene najis boleh pakaian itu dipakai utk solat?"

" Tak boleh..ok mak, Ijah ngantuk dah, Ijah minta maaf kalau hari ini Ijah ada byk buat silap pada emak "

" Mak pun sama juga minta maaf byk2 dan mak bangga ada anak macam Ijah, Ijah tolong masak nasi, sidai kain dan lipat kain hari ni".

Pengajaran..

Nabi SAW bersabda : " Bersihkan kemaluan kamu daripada air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya." [ Riwayat Daruquthni ]

Semoga diri kita sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. Amalkan Istibra' ini supaya kita boleh lakukan solat dgn yakin dan tidak dalam hadis kecil..

Apa pula cerita bed story sahabat2 malam ni.


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum?

 Anak2 sibuk minta Ustazah bercerita semasa dalam perjalanan pulang dari jalan2 petang. So cerita ringkas dan semoga diri Ustazah dan anak2 boleh amalkan perkara mudah ini. Sebagai ibubapa kita amat perlu menjadi contoh pada anak2..sebelum nak anak2 buat kita kena buat praktikal selalu di hadapan mereka..akhirnya mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Kalimah ~Basmallah~ [بسم الله الرحمن الرحيم] yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Justeru itu, anak2 emak sewajarnya setiap kali kita hendak memulakan sesuatu urusan,belajar, bermain, makan, minum, masuk dalam rumah dan segala perbuatan eloklah dimulai dengan ucapan Basmallah supaya ada keberkatan dalam perbuatan kita. Malah kalimah ini juga mengandungi dan memiliki fadhilat yang sangat besar. Ini kerana ia mengutamakan kebesaran Allah SWT.

Jom kita kongsi beberapa kelebihan mengamalkan membaca ~Basmallah ~ antaranya :

1. PERISAI DARIPADA MALAIKAT ZABANIAH.

" Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada Malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah 
akan menjadikannya bagi setiap huruf itu sebagai perisai bagi Malaikat itu."[ Riwayat Ibn Mas'ud]

2. MENGHALANG DARIPADA DIINTAI JIN

Rasulullah SAW bersabda, " Perkara yang menghalang pandangan jin terhadap aurat anak Adam ketika seseorang memasuki tandas dengan berkata, ~ Bismillah ~[Riwayat Tirmizi]

3. GANJARAN 4000 KALI GANDA

"Barang siapa membaca ~ Bismillaahir Rahmaanir Rahiim~ dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan ,dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat." [Riwayat ad-Dailam]

4. RUMAH DAN MAKANAN DILINDUNGI ALLAH

Nabi SAW bersabda : " Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya lalu dia menyebut Allah [membaca Bismillah] di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan:"Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu". Dan apabila seseorang masuk ke rumahnya, maka dia TIDAK menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan: ' Aku akan bermalam dengan kamu'.
[ Riwayat Muslim]

Apabila anak2 mengetahui kelebihan mengamalkan ucapan Basmalllah mereka rasa seronok untuk mengucapkannya sehingga mereka selalu bertanya " mak dah baca Bismillah belum tu?"..mereka menjadi pengingat kepada kita.

Jumaat, 29 Mac 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati para pembaca dan cuba menyebarkan kebaikan walau dengan sekadar sebuah senyuman.

Alhamdulillah sambutan Hari Guru akan diadakan pada setiap 16 Mei di seluruh sekolah sebagai menghargai jasa guru-guru yang mendidik anak bangsa. Ustazah doakan semoga guru-guru terus bersemangat dan mempunyai daya juang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid tanpa mengharapkan penghargaan daripada manusia. Carilah redha Allah dalam membimbing pelajar sesungguhnya itulah saham akhirat kita di mahsyar nanti.


Melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

 HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

" Selamat Hari Guru "

Isnin, 25 Mac 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah nikmat lagi dari Allah SWT kepada pelajar lepasan SPM 2012 ..benarlah nikmat Allah tidak pernah surut, tinggal kita sebagai hambaNya mesti berusaha untuk mengenang kembali dengan mengingati Allah dgn sebanyak2nya.

Kali ini Ustazah ingin berkongsi tentang Program Bursary yang mana paada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM. Pelajar cemerlang SPM boleh melayari Aplikasi Online Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2012 untuk mendaftar, membuat semakan dan mengemaskini maklumat pada 25 Mac 2013 .Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

Untuk maklumat lengkap sila layari laman sesawang :




BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

1. Bursary KPM adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2012 yang memperoleh 9A+ dan ke atas. 

3. Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Labuan 
3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 
4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 
5. Kolej Matrikulasi Perlis 
6. Kolej Matrikulasi Johor 
7. Kolej Matrikulasi Perak 
8. Kolej Matrikulasi Kedah 9. Kolej Matrikulasi Pahang 
10. Kolej Matrikulasi Selangor
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah 
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang 
13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor 

Asasi 
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

International Baccalaureate (IB) 
Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan,Pergigian dan Farmasi).Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Sri KDU International School (KDU), Selangor
2. Taylor's University College, Selangor

A-Level
Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 18 hingga 24 bulan. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan ALevel hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).
Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM akan ditempatkan untuk mengikuti program persediaan yang dipilih di institusi persediaan seperti berikut:-

1. Cempaka International School (CIS), Selangor
2. HELP University College, Selangor
3. Institut Teknologi Riam, Sarawak
4. International Islamic School, Selangor
5. INTI International University, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
6. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
7. Kolej Bandar Utama (KBU), Selangor
8. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
9. Kolej Teknologi Timur, Selangor
10. Kolej Yayasan Saad, Melaka
11. Methodist College KL, Kuala Lumpur
12. SEGI University College, Selangor
13. Stamford College, Selangor
14. Sunway University College, Selangor
15. Taylor's University College, Selangor
16. UCSI University, Kuala LumpurBagi kesemua program persediaan yang tersenarai di atas, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar telah ditawarkan/ditempatkan di institusi persediaan yang telah ditetapkan. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my/ untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM mulai 25 Mac 2013. Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

4. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan 
dan elaun berikut:-

 Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
 Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.


Syarat Kelayakan

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.

Pelajar-pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: 

I. Syarat-Syarat Umum
a. Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 
2012;
b. Warganegara Malaysia; dan
c. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.

II. Syarat-Syarat Khusus
a. Mengikuti salah satu program persediaan berikut:-
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
ii. Matrikulasi
iii. Asasi 
iv. International Baccalaureate (IB)
v. A-Level 
b. Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan 
dalam negara yang telah ditetapkan.



Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah..mungkin semua sahabat sedang bersedia menikmati makan tengahari. Ada yang makan di rumah, restoran, gerai, hotel, kfc dan di mana sahaja untuk mengalas perut.

Ketika makan jangan kita lupa sunnah Nabi. Ini peluang utk didik diri dan ahli keluarga. lantik seorang anak utk baca doa dan cuba tanya mereka :

"siapa yang beri kita rezeki?"..tentu mereka akan jawab

"Allah.."

so kita kena ucap apa pada Allah..

"Syukran Ya Allah...terima kasih Allah..beri kami rezeki lagi ye Ya Allah..."

Ajar mereka ambil lauk yang lebih dekat pada mereka, sentiasa beralah dan berkongsi makanan..jika ada makanan yg terjatuh dikutip..

Lepas makan jgn lupa jilat 3 jari..baca doa selepas makan dan

Cuci pinggan dan cawan yang digunakan..

Alhamdulillah inilah menu ringkas makan tengahari ustazah sekeluarga ..menu kalian tentu lebih menarik..dan sedap..

Ahad, 24 Mac 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam , Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Mu ya Allah kami menyembahMu..ya Allah Hanya kepada Mu kami mohon pertolongan ...Tunjukilah kami jalan lurus iaitu jalan orang2 yang kurniakan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat..

Alhamdulillah pagi2 dah dapat rezeki duit..emm walau 50 hengget..cukup bermakna buat Ustazah. Kebetulan baru nak pergi beli barang dapur..

Tentu rakan pembaca pun ada dapat rezeki yang baik di pagi hari kan..apa lagi Jom kita terus mengucapkan syukur alhamdulillah Ya Allah atas sifat PemurahNya yang tidak berkesudahan.

Tidak lupa Ustazah doakan kepada yang memberi wang ini dikurniakan umur yang panjang, rezekinya semakin tambah dan berada dalam keampunan dan kerahmatan Allah swt.

Ingat ye semakin syukur semakin tambah rezeki kita..nak kongsi dgn siapa ye duit ni?

Sabtu, 23 Mac 2013


  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan Allah SWT

Berdasarkan surat Siaran bukan Januari 2013 sebaliknya ialah Jun 2013

Makluman untuk guru-guru yang ingin bertukar ke sekolah lain. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi JUN 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013.

Sila klik di http://apps.moe.gov.my/epg   untuk log in ke eg Tukar.


Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri (dapatkan no. telefon di “Bantuan”).Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.

.


                                        
                                                             Surat siaran pertukaran jun 2013 from Noor Aini 




Info terkini 31 Mei 2013 : 10 Jun 2013 dikhabarkan tarikh penempatan tetapi buat masa ini belum boleh lagi untuk semak secara online dan pihak JPN berpesan rajin-rajin buka    laman web egtukar.

Update 11 Jun 2013 : Keputusan egTukar sesi Jun 2013 ditangguhkan ke satu masa yang akan diberitahu kelak.Gambar di bawah adalah info daripada egtukar KPM




Update 17 Julai 2013: Harapan ustazah kepada yang memohon pertukaran agar terus bersabar dan teruskan berdoa kepada Allah SWT semoga permohonan kita dipermudahkan. Walau pun ada khabar angin dan pihak KPM pun ada menelefon sebahagian guru berkaitan hal perpindahan ini...kita tunggu dengan penuh kesabaran ..perancangan Allah SWT adalah yang terbaik pasti ada hikmahnya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan semoga pada saat ini kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Tidak lupa selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya.

Berikut Ustazah kongsikan Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee Di Sekolah yang perlu guru-guru laksanakan sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Semoga besar manfaatnya dalam menjalin hubungan yang baik antara guru dan anak murid.


                                        
                                                                    Mentor mentee from Noor Aini

Rabu, 20 Mac 2013

Bismillah dan Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Keputusan SPM akan diketahui esok in shaa Allah,
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh juga disemak melalui perkhidmatan dalam talian pada pautan berikut:


Sebagai seorang guru pasti debaran turut dirasai, peratus menaik atau menurun matapelajaran yang kita ajar, pelajar apatah lagi..malam ni tentu ramai yang buat solat hajat..walau apapun keputusan telah termaktub tinggal lihat sahaja esok,,bagi ibubapa pun apa kurangnya..selepas keputusan anak diketahui pasti menjadi bualan dan pertanyaan rakan sekerja,jiran dan saudara mara..

Telusurilah diri dengan  doa 

Apapun..Tahniah Ustazah ucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tentu diri,ibubapa dan guru berasa bangga atas kejayaan yang diperolehi. Apa yang perlu kita lakukan?

Ingatlah segala kejayaan yang diperolehi adalah dgn keizinan Allah SWT maka wajarlah kita sujud syukur dan memuji2 Allah..pohon supaya kejayaan ini akan membawa keberkatan dalam hidup kita.

Berterima kasih pada ibubapa yang banyak mendoakan kejayaan , memberi galakan dan berkorban wang ringgit untuk memastikan keputusan kita cemerlang.

Begitu juga kepada guru2 yang bertungkus lumus memastikan kejayaan kita selama ini, pengorbanan seorang guru tidak dapat dinafikan..jumpalah setiap guru matapelajaran dan ucapkan terima kasih. Itu sudah memadai bagi seorang guru.

Seterusnya buatlah pilihan dan keputusan ke mana kita mahu untuk melanjutkan pelajaran. Bagi Ustazah pilihan tempat untuk menyambung pelajaran perlu difikirkan sebaiknya supaya akademik dan sahsiah kita terjaga dgn baik.

Andai kita kurang cemerlang apa yang perlu kita lakukan? Bukanlah SPM ini suatu penanda aras yang kita akan gagal selama- lamanya. Peluang masih tetap ada yang penting semangat perlu kuat dan muhasabah kembali kenapa kita kurang cemerlang..

Bersyukur pada Allah SWT, jgn menyalahkan takdir mungkin usaha kita kurang mantap dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

Anda boleh terus melanjutkan pengajian ke Ting 6. Ramai sahabat ustazah yang kurang cemerlang SPM tetapi berkat mengambil STPM mereka boleh memiliki segulung Ijazah dan sekarang pun berpangkat tinggi..berniaga pun bagus.

Janganlah berhenti untuk terus menimba ilmu..usia kalian begitu sesuai untuk menuntut ilmu..masih muda dan bersemangat, rugi jika dipersiakan.Lagi2 kepada pelajar2 lelaki, ramai yang suka memilih utk bekerja daripada melanjutkan pelajaran.

Biarlah kita semakin berjaya makin ingat Allah SWT bukan sebaliknya..begitu juga walau kita kurang berjaya.Bukankah apa yang kita perolehi berdasarkan usaha yang telah kita lakukan.

Peperiksaan begini bila dikaitkan dengan kehidupan akhirat..bagaimana keputusan kita di sana nanti..semoga usaha kita membuahkan hasil yang baik tidak kira di dunia apatah lagi di akhirat kelak.


Selasa, 19 Mac 2013

Awal bismillah moga ada keberkatan.

Assalamualaikum dan didoakan semoga rakan pembaca dalam keredhaan Allah SWT..itulah yg kita harapkan agar hidup lebih bererti dan bahagia.

Hari ini letihnya apabila proses pemantauan PBS dilakukan di sekolah oleh pihak PPD. Maklum sahajalah tugas guru ini tiada akhirnya dari urusan mengajar hinggalah perkeranian. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Siap susun evedens pelajar sebanyak 3 kelas..tinggal 1 kelas memandangkan sudah berjanji dengan penduduk Kampung Tebuk Jawa untuk program bacaan Yasin dan tazkirah ringkas. In shaa Allah sambung esok sempat.

Bergegas dari Sungai Besar ke kampung Tebuk Jawa..subhanallah tepat jam 3.30pm jemaah wanita sudah sedia menunggu dan tanpa berlengah isteri Ketua Kampung mempersilakan mengetuai majlis Yasin.

Sebenarnya penduduk di Kg Tebuk Jawa ni dilanda kerisauan dek kerana ramai sekarang ni yang rumah mereka dimasuki pencuri begitu juga hasil kelapa sawit serta tanaman pisang habis dikebas pencuri.

Sempat bertazkirah setengah jam tentang kelebihan selawat ke atas Nabi, tips elak kecurian dan apa yang perlu dilakukan jika kita menjadi mangsa. Ustazah sempat berpesan apa kata kita tiru doa seorang sahabat Nabi yang menjadi mangsa kecurian dgn doa ini..Ya Allah jika kecurian ini dilakukan oleh pencuri disebabkan keperluan hidupnya yang terdesak maka aku halalkan dan berkatilah rezeki tersebut..Jika disebabkan memang kejahatannya maka jadilah ini kecurian yang terakhir dilakukannya..



Setelah selesai ada pula jamuan ringan..syukur memang lapar pun tak makan tengahari lagi..beginilah sering sibuk makan tengahari selalu di bawa ke petang, tapi tak juga mengecil ye Ustazah ni..

Akhirnya bila dah malam diri merasai keletihan tetapi  berbaloi..sekarang ni baru je lepas baca buku ngan anak2 sebab mereka sedang menjalani ujian prestasi 1..sedih juga pengajian Al-Quran malam tidak terlaksan 2 minggu ni sebab anak2 ujian..in shaa Allah minggu depan on semula..emm nak lihat keberkesanan minda aktif yang dihadiahkan kepada blogger bertuah oleh Ustaz noehas.

Sebelum tidur :
Baca surah Mulk., impikan mahu melakukan kebaikan utk esok, tak mahu sakiti hati orang lain, bermaafan sesama ahli keluarga dan maafkan semua orang









Isnin, 18 Mac 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah Kementerian Pengajian Tinggi terus membuka peluang bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran , layak dan ingin menggapai  kejayaan. Baiklah kali ini Ustazah ingin berkongsi maklumat tentang sesiapa yang berminat untuk menyambung  Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kalian . 
  

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)                
2.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
2.1    Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
DAN
Lulus Imtihan Qabul (IQ)
Borang Permohonan Pengajian Islam di Univerti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013-i boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)              
2.2    Pengajian Qiraat
Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
Borang Permohonan Pengajian Islam (Qiraat) di Universiti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)          
3.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
1.2       Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN
memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)               
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1    Pengajian Islam        
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
Borang Permohonan Pengajian Maghribi BORANG KPT/MAGHRIBI/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)            
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013(Jumaat) di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud


Ahad, 17 Mac 2013

Bismillah dan Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 boleh diketahui mulai 21 Mac 2013
 in shaa Allah. Tentu anak2 murid Ustazah dalam debaran. semoga kejayaan adalah milik kalian dan guru sentiasa mendoakan yang terbaik. Selain itu Ustazah mahu berkongsi maklumat bagi yang berminat untuk menjadi guru iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PSIMP) Ambilan Jun 2013.

Maklumat berkaitan boleh lihat di gambar yang tertera di bawah atau klik di sini lebih lengkap




CALON YANG TIDAK LAYAK

1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Muda Perguruan (PSIMP) kelolaan KPM atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa Dalam Perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU(1) permohonan sahaja.
4, Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Permohonan yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2013.





Bismillah Dan Assalamualaikum

Alhamdulilah bersyukur pada Allah SWT akhirnya Sijil Menengah Agama dan Sijil Menengah Ugama diiktiraf oleh KPM. Jika di Selangor SIjil Menengah Agama ini adalah peperiksaan yang wajib diambil oleh murid-murid Ting 4.Ini adalah satu pengiktirafan yang baik.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan,berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut :

1. KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pilihan Ijazah. :

 a) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ( Bahasa Cina   Pendidikan Rendah )
                                
 b) Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ( Pen. Islam Pendidikan Rendah)

Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Dua Belas(12) Bulan/Dua (2) Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester)

3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia
3.2 Umur tidak melebihi 20 Tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan memiliki sekurang-kurangnya Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inngeris.

4.SYARAT TAMBAHAN
4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
4.1.1 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang- kurang
tiga (3) kepujian diperingkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
4.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu
Memiliki sekurang- kurangnya 3 kepujian di peringkat SMA atau SMU.

5.PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

5.1 Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ( Bahasa Cina Pendidikan Rendah )

5.5.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang
          Ditetapkan oleh KPM bagi keperluan sekolah rendah.
5.5.2 Sebagai prasyarat,calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 12 bulan/2
          Semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
5.5.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti          Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan selama 4 tahun/8 semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh KPM.
5.5.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti  LULUS dalam 3 matapelajaran berikut :
I. Bahasa Melayu Komunikasi
II. Sejarah dan
III. Pendidikan Moral

5.2 Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ( Pen. Islam Pendidkan Rendah )

5.5.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang
Ditetapkan oleh KPM bagi keperluan sekolah rendah.
5.5.2 Sebagai prasyarat,calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 12 bulan/2
Semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
5.5.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program
Ijazah Sarjan Muda Perguruan selama 4 tahun/8 semester di Institut Pendidikan Guru yang
Ditetapkan oleh KPM.
5.5.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam 3 matapelajaran berikut :
I. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah;
II. Sejarah dan
III. Pendidikan Syariah Islamiah

CALON YANG TIDAK LAYAK

1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Muda Perguruan (PSIMP) kelolaan KPM atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa Dalam Perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON
1. Permohonan hanya dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU(1) permohonan sahaja.
4, Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Permohonan yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
6. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2013.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim