Ahad, 17 Februari 2013

 11:57 PG         10 comments
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
الحمد لله وبه نستعين والصلاة على النبي محمد هدى ورحمة للعالمين وعلى اله وصحبه أجمعين
اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه والسلام أولا وأخرا  ظاهرا وباطنا قولا وفعلا وعبادة وعملا صالحا

Assalamulaikum..
Alhamdulillah Allah SWT masih mengurniakan nikmat umur yang panjang...ye hari ini adalah hari ulang tahun Ustazah Ain..membawa pengajaran dalam hidup agar menghargai usia yg dikurniakan oleh Allah utk terus beribadah kepadaNya yang merupakan tujuan kita diciptakan.

Untuk menyambutnya adalah satu kegusaran dan penuh pengajaran..lantaran kenangan arwah suami dijemput menemui Ilahi adalah pada tarikh ulang tahunnya iaitu pada 7 Februari 2010,jadi untuk menyambutnya dengan sesuatu majlis rasanya begitu sukar...walau dengan mahu memotong kek..memang berbekas di hati..Meniru amalan Rasulullah adalah yang terbaik dengan berpuasa sunat di hari ulang tahunnya..itulah salah satu sebab Rasullullah mengamalkan puasa sunat di hari Isnin .

Usai solat maghrib berjemaah malam tadi sempat bertazkirah ringkas dgn anak2 tentang sambutan kelahiran:
1 .Ingat bahawa Allah SWT bila2 masa boleh menjemput kita kembali.
2. Sentiasa bersyukur atas sgl kurniaan Allah dan selalu2 sebut akan nikmatNya.
3. Bersabar menjadi anak2 yatim...yakin Allah SWT akan jaga kita dalam segala hal.Allah mahu kita bergantung harap sepenuhnya kepada Nya.
4. Beri ibu ruang dan terima untuk dididik anak2 ibu mencintai Nabi, mencintai keluarga dan mempelajari Al-Quran.
5. Doakan dan hadiahkan arwah Abah selalu dengan bacaan Al -Quran dan jadi anak yang soleh cemerlang akademik dan sahsiah..
6. Tidak salah untuk menyambut hari kelahiran yang penting jangan meniru amalan orang bukan Islam seperti meniup lilin..jamu orang makan dapat pahala..ada alunan selawat lagi berkat..adakan solat hajat dan majlis kesyukuran..
7. Seandainya ibu telah tiada nanti teruskan jadi anak soleh dan solehah, smG Kakak Farah menjadi Doktor Gigi yg berjaya dunia akhirat, Hafsah Hafizah seorang guru Bahasa Arab Cemerlang yg menabur bakti untuk memahami Al -Quran, Mumtazah seorang pensyarah yang berakhlak mulia dan putra Ustazah Ahmad Hamkaa Hakeem menjadi ulama sepertimana Prof Hamka..itulah doa ibu.
(Anak2 khusyuk mendengar smG mereka faham apa yang ibunya sampaikan)

Harapan Ustazah Pada Allah SWT semoga dikurniakan usia yang berkat dan panjang lantaran mengenangkan anak2 yang sudah ketiadaan ayah..teringat pada Januari lepas Ustazah sakit perut sangat selepas solat maghrib berjemaah..selesai memberi salam terus terbaring dan mata terpejam menahan kesakitan lantas bibir mengucapkan dua kalimah syahadah..anak yang lima tahun (Hamka ) terus memahami apabila kalimah syahadah diucapkan tanda menghadapi kematian..menyerbu ke semua anak mengerumuni ustazah..menangis semahu2nya sambil menggoyangkan badan dan kepala ustazah agar bangun dan janganlah ibu mati tinggalkan kami..siapa nak jaga kami, siapa nak hantar ke sekolah, kita orang janji jadi anak yang baik..Subahanallah memang sebak..hingga ibu mertua merangkak dalam kesusahan melihat apa sebenarnya yang terjadi...mereka begitu takut kehilangan  ibu..

Semoga Allah jua sentiasa membimbing kita semua ke arah jalan kebenaran..sentiasa mengingatiNya, bersyukur kepadanya, beribadah dgn baik, dikurniakan rezeki utk mengikuti sunnah Rasul, pemurah tidak kedekut ilmu,harta dan tenaga..

Sungguh kita beruntung jika dihitung di kala kita berbuat kesilapan dan lantaran sering terlupa laranganNya serta lalai ...tetapi Allah SWT terus dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun tidak lupa utk memberi kita rezeki kesihatan, sahabat yang baik, kebahagian dan mengecapi kemanisan hidup..

Untuk akhirnya terima kasih kepada yang mengingati Birthday Ustazah Ain.COm
1. anak2 yg sudi buat kad utk ibu..begitu dihargai( mereka sedih tak dpt belikan hadiah).. Ibu memahami,
2. Anak2 murid SAMTAJ yang mengingati Ustazah.
3. Semua sahabat2 di FB dan Blog..
4. Yang mengucapkan secara silent..

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dan hidayah dalam kita membentuk keluarga bahagia dunia akhirat...
Ingatan daripada anak2

Semoga semua bahagia hingga ke syurga..

10 ulasan:

  1. Selamat hari lahir ustazah.. Terima kasih atas tazkirah ringkas yang dikongsikan dalam entri.. Untuk peringatan bersama..

    "Emak sangat cantik.. Emak pandai masak.. Sayang emak.." - Hehe.. Comel je ucapan daripada anak2 tu..

    BalasPadam
  2. Selamat panjang umur ustazah..
    semoga dipermudahkan segala urusan
    dunia akhirat...

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir Ustazah

    BalasPadam
  4. selamat hari lahir buat ustazah moga dipanjangkan umur.

    BalasPadam
  5. moga tabah dalam membesarkan serta mendidik anak2 tanpa suami, inshaaAllah ada jalan yang Allah beri untuk segala keperluan

    BalasPadam
  6. emak sangat cantik emak pandai masak. SYANG EMAK. Ianya sungguh tulus.. :)

    BalasPadam
  7. Syukran atas ucapan dan ingatan semua..smG Allah SWT menyayangi kalian

    BalasPadam
  8. salam..ustazah,,,sanah helwah,,,BarakaAllahu fidduniya walakhirat..Semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim