Isnin, 18 Februari 2013

 8:27 PG         7 comments
Assalamulaikum dan semoga hari ini adalah hati yang lebih baik daripada semalam.

Alhamdulillah berkesempatan mendengar motivasi pagi di IKIM FM yang disampaikan oleh seorang Ustaz membicarakan tentang pentingnya adab. Bicaranya tentang akhlak mulia Nabi Muhammad yang suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Hasilnya ramai orang memeluk Islam bukan disebabkan ceramah Nabi yang panjang tetapi hasil daripada akhlak dan adab yang begitu indah yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW..

Kisahnya begini..

Dek kerana sakit hati dengan Nabi Muhammad yang dianggap sebagai orang yang memecah belahkan masyarakat Arab si Fulan ini berjiran dengan Nabi Muhammad. Apa yang dilakukan oleh si Fulan ini ialah menunggu Nabi apabila waktu solat dan dia menanti di atas bumbung rumah dan apabila Nabi Muhammad lalu sahaja dia pun meludah kepada Nabi dan Ma shaa Allah...tepat ludah tersebut di atas kepala Nabi ..lalu Nabi pun mendongak ke atas dan Nabi terus membalasnya dengan mengucapkan salam kepadanya..perkara ini berlarutan selama 3 hari. kalau 3 hari darab dengan 5 waktu solat : 15 kalilah Nabi diludah dengan si Fulan.

Masuk hari ke 4, si Fulan tidak mengganggu lagi Nabi, lalu Nabi selesai solat bertanya kepada sahabat di mana si Fulan itu dan sahabat menjawab dikhabarkan si Fulan itu terlantar demam.Lalu Nabi pulang ke rumah dan mengambil sedikit bekalan makanan iaitu tamar, roti dan air zam-zam
Nabi ditanya oleh Saidatina Aishah mahu ke mana... Nabi menjawab ingin pergi menziarahi sahabatku yang sedang demam..hebatnya Rasulullah orang yang selalu menyakitinya digelar sebagai Sahabat.

Dengan membawa tamar, roti dan air zam-zam Nabi menuju ke rumah si Fulan..
Terlantar keseorangan lantas Nabi duduk dan mengusap kepalanya seraya berdoa moga diberikan kesembuhan. Selepas itu Nabi menyuapkan roti dan tamar yang di bawanya ke mulutnya yang selalu meludahi Nabi serta memberi minum air zam-zam dengan penuh kasih sayang.

Menangis si Fulan teresak- esak mendapat layanan yang begitu baik sedangkan ia selama ini begitu membenci Nabi malah sanggup meludahinya..di saat itu juga di terus bersaksi mengucapkan lafaz syahadah...

Refleksi :

Mengambil iktibar agar memaafkan kesilapan orang yang melakukan kezaliman kepada kita sebaliknya cuba membalas dengan kebaikan..memang nampak sukar tetapi kita boleh cuba..em..ustazah nak cuba maafkan orang yang langgar Ustazah tempoh hari yang mana kata nya akan menanggung segala kerosakan moto tetapi sampai sekarang di telefon pun tak dapat2..cubalah..dan cuba memaafkan..mungkin orang tersebut di dalam kesusahan dan tidak punya wang yang cukup untuk membayar..bersangka baik.

7 ulasan:

  1. SubhanaAllah...indah sungguh pekerti Nabi Muhammad saw....Sebagai manusia saya sendiri mengaku kadang2 susah untuk maafkan orang yang pernah buat salah dgn kita, tp apa daya kita hanya manusia biasa yg tak lari dari melakukan kesilapan..Semoga diberi kesabaran dan dapat maafkan orang lain..
    Nice sharing ustazah, May Allah bless u..

    BalasPadam
  2. subhanallah, itu lah sifat mulia Nabi kita S.A.W sentiasa memaafkan dan memberi kemaafan, akak pun mahu terus belajar untuk memaafkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan ke atas akak, biasa lah orang biznes ni ramai yang tak puas hati dan kebanyakkannya melibatkan kawan2 rapat, sedih memang sedih tapi cuba untuk mendidik hati agar menjadi seorang yang pemaaf, terimakasih ustazah atas perkongsian ini

    BalasPadam
  3. Hati Rasulullah SAW adalah sebersih2 + seputih2 salju
    yang telah dihadiahkan untuk baginda dari Allah SWT..
    Kerana itulah Rasulullah SAW seorang yang sangat2 penyabar
    budiman disanjung tinggi kerana budi biacaranya

    BalasPadam
  4. sebuah kisah yang menyentuh jiwa. sedangkan jika berlaku kepada kebanyakan orang kita pada hari ini, sudah tentu berlainan jadinya. Sunggu tinggi dan mulia darjat Nabi Muhammad SAW kita. semoga kita dapat mencontohi baginda..

    BalasPadam
  5. Sedaya upaya kita usahakan..in shaa Allah usaha kita akan dipandang Allah SWT

    BalasPadam
  6. ustazah menunggang motorsikal ke?

    BalasPadam
  7. insyallah akan cuba walaupun susah ..huu ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim