Ahad, 3 Februari 2013

 9:33 PG         5 comments
Asslamualaikum...segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

Ini adalah syarah Al-Hikam : Hikmah ke- 18 disampaikan oleh Dr. Zulkifli Al- Bakri di tv Al-Hijrah petang semalam berkaitan antara kerugian jiwa yang disyarahkan oleh Ibn Ata'illah Assakandari. ( nota dicatat menggunakan iPad sumbangan Tuan Hj di Majlis Sepetang bersama blogger sebagai bukti iPad berguna dalam membuat catatan di majlis ilmu)

Umur umat Nabi Muhammad tidaklah panjang , kebanyakkan umur umat Nabi Muhammad sekitar 60 tahun dan dalam syarah ini dinyatakan tanda org tak bijak dan tidak cerdik ialah :

1.sentiasa menangguhkan kebaikan...nak sedekah nanti tunggu banyak duit, nak gi masjid tunggu pencen.

2.melebihkan dunia dan abaikn akhirat cth dgr azan maghrib lalu masjid tapi x nak solat melainkan org yg dtg musafir

3. tangguhkan amalan..seperti menonton tv atau layari internet sehingga lewat solat..cerita di tv sentiasa ada banding waktu solat .

Nasihat Nabi kpd Abdullah bin umar: jadilah engkau hidup di dunia seperti musafir..dan Abdullah berjaya membuat khulasah (kesimpulan ) tentang nasihat tersebut, apabila ptg jgn tunggu waktu pagi,kalu pg jgn tunggu ptg,ambillah waktu sihat sblm sakitmu ambillah waktu hidup sblm mati ..

Berapa byk kita baca Al-Quran,berzikir,buat baik, seorang ahli matematik berkata matematik lah diri kamu sebelum kamu dimatematikkan.

Ajak diri dan orang jadi baik melalui pelbagai medium jgn tunggu2 ,Jom gi masjid, azan Maghrib sudah berkumandang Jom kita solat bro..antara ayat yg boleh di tulis di FB.

Kedudukan masa di sisi Islam ..betapa masa begitu penting sehingga dalam Quran Allah tdk akan berfirman menggunakan ayat biasa..tetapi Allah menggunakan kalimah sumpah seperti demi masa, demi waktu siang,.,demi waktu malam..sesiapa yang bijak menggunakan masa adalah golongan ulul albab ada mata hati..sentiasa berfikir tentang kejadian Allah,mengingati Allah dgn berzikir dan berselawat ke atas Nabi.

Orang yg paling cerdik dalam Islam..cerdik ni byk cerdik dalam exam,cerdik berblog dan mcm2 kecerdikan tetapi bagi orang Islam yang cerdik ialah :
1.Org yang merendahkan diri ,dia merasakan dia adalah hamba Tuhan
2.sentiasa muhasabah diri..apa yg dilakukan ok tak hari ini..sentiasa beramal untuk aset akhirat dan bersedia menghadapi kematian.

Setelah kita meninggal ada 2 perkara ( harta dan keluarga)yang akan pulang dan 1 ikut kita (amalan)...jadi rebut peluang utk melakukan amalan saham akhirat..buat kerja dunia dgn diniatkan utk akhirat semata2 kerana Allah.


Kenapa kita diadakan ?seperti haiwan dan tumbuhan ditugaskan untuk menyenangkan kehidupan kepada manusia matlamat utama kita hidup adalah untuk beribadah kpd Allah..

Amalan yang paling afdal melalui hadith mengikut kemampuan seseorang tetapi paling penting ialah iman kpd Allah dan yang lain seperti solat awal waktu,belajar ilmu Al-Quran dan ajarkan Quran, berbuat baik ke jalan Allah..

Ikut Rasullah dalam kehidupan dalam kitab Nuzhatul Majaiz yang mengisahkan Rasulullah sentiasa berubat kebaikan yang mana satu hari Rasulullah jln bawa 8 dirham menuju ke pasar nak beli baju,sdg berjalan nampak seorang wanita muda menangis dan Nabi bertanya kenapa menangis ?wanita itu menjawab sy ni wanita hamba Bani Ansar dan sy diamanahkan beli brg tapi tercicir 2 dirham, Nabi dgn murah hati memberikan 2 dirham,baki tinggal 6 dirham. Selepas itu Nabi menuju ke pasar dan beli baju dpt beli dgn harga 4 dirham..bila pulang bertembung dgn lelaki tua..sesiapa yg beri aku pakaian Allah akan berikan pakaian di syurga dan Rasulullah beri pakaian tersebut..Nabi patah balik ke pasar dan beli baju dgn harga 2 dirham ..bila dlm perjalan pulang Nabi bertemu sekali lagi dengan wanita hamba tadi sedang menangis juga lalu Nabi bertanya.mengapa?.saya kelewatan pulang mesti tuan saya marah...tunjukkan mana rumah tuan kamu biar aku hantar kamu pulang supaya tuan kamu tidak akan memarahimu. Apabila tuan kepada wanita ini ia nampak Rasul dtg..Dia terus masuk dalam rumah dan Nabi beri salam hingga kali 3 baru di jawab.. Tidakkah kamu dgr aku bg salam 1-2 kali.Kenapa kamu tidak menjawab sudah pasti kamu mendengar akan salam ku..Jawab Tuan kepada hamba tadi ,ya Rasullulah memang aku dengar akan salam mu tetapi aku mahu kamu biar berulang2 memberi salam kerana salam Mu penuh keberkatan dan satu doa bermakna buat kami dan zuriat kami..

Melalui syarah hikam ini marilah kita sama cuba ikut Rasullah buat baik setiap masa..Baginda hidup begitu simple seperti barang2 yang dimiliki tidak mahal,cukup sekadarnya. Nabi suka jadikan dirinya sebagai Murabbi (pendidik) dan elakkan menjadi orang yang sentiasa menangguhkan membuat kebaikan dan amalan..



5 ulasan:

  1. saya suka ustaz zulkifli ni.. baru jer beliau buat ceramah kat Bangi beberapa hari yang lepas..

    BalasPadam
  2. Dofollow blog ni...
    Info yg bagus sbg santapan rohani..

    BalasPadam
  3. satu perkongsian yang bijak.. semoga kita dapat manfaat..

    BalasPadam
  4. t/kasih ustazah berkongsi di sini, agar kita yg membaca dapat menghindar daripada jiwa yg rosak

    BalasPadam
  5. Bila la saya nak jadi baik dan jadi orang islam yang cerdik di sisi Islam.. huhu..Semoga dipermudahkan... Kak Ain doakan saya jadi baik juga ye.. hehe :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim