Ahad, 24 Februari 2013

Bismillah
alhamdulillah dan selawat buat Rasul junjungan,ahli keluarga baginda serta sahabat yang diredhai Allah SWT.

Hari yang membahagiakan dapat menambah ilmu untuk meningkatkan qualiti diri sebagai insan yang bernama guru. Semua guru SAMTAJ perlu menghadiri LADAP 2 yang diadakan di Mini Convention Centre Sabak Bernam.

Mendapat amanah sebagai ketua bahagian jamuan perlu prihatin dengan penyediaan sarapan pagi dan makan tengahari. alhamdulillah urusan mudah walaupun caterer HANANIA membatalkan tempahan kerana terdapat salah seorang ahli keluarganya yang meninggal dunia.
Terima kasih kepada Pn. Rashidah n Pn Norasmawati yang membantu menyelesaikan hal makanan ini.

Rasa seronok juga kali ni berkursus di luar sekolah. Sebelum bercerita tentang perihal LADAP Ustazah ingin kongsikan tentang Mini Convention Centre yang terletak di Pekan Sabak Bernam.
Pusat seminar ini merupakan pusat seminar berbentuk mini yang boleh memuatkan sehingga 150 orang peserta di dalam satu- satu masa. Pada masa ini disebabkan ada masalah teknikal kebocoran bumbung tempat penginapan tidak dapat disediakan. Jika sudah dibaik pulih, pusat ini boleh menampung sehingga 60 orang peserta dengan penginapan. Menyediakan dewan seminar yang selesa. Juga terdapat bilik yang merupakan seperti bilik kelas yang boleh memuatkan sehingga 20 orang di dalam satu bilik.

Dewan Seminar yang kami gunakan berharga RM400 dan dewan makan berharga RM200. Jumlahnya kos yang perlu dibayar adalah RM600 sehari. Maksudnya bermula dari jam 8.00 am hingga 12,00 malam...murah bukan?

Tajuk pertama agak berat sedikit mengenai Jadual Spesifikasi Ujian yang di sampaikan oleh Pn Sharifah Abdul Rahman daripada SMKA Kuala Selangor..terima kasih diucapkan banyak ilmu yang dicurahkan. Slot kedua di ambil alih oleh Ustaz Syaifuddin mantan Ketua Sektor Dakwah JPS..berkaitan tajuk qualiti guru..rasa makin semangat untuk terus mengajar anak murid.

Terima kasih pada yang terlibat menjayakan kursus pendek pada hari ini. Semoga manfaatnya dapat kita amalkan untuk mendidik anak bangsa demi kerana Allah...tunggu LADAP seterusnya di Melaka pula khabarnya..


































Khamis, 21 Februari 2013

Assalamulaikum..
Kita kadang2 selalu menganggap apa yang kita tahu..orang lain pun tahu..malah suka bersangka baik bahawa orang lain lebih tahu dan lebih arif dari kita.

" saya kecapean kak..setiap hari kerjanya bungkus tempe ribu2.. Tambah siap2 rumah majikan, kerjanya dari jam 6.00 ptg hingga 11 malem .. Ngak ada rehatnya, jadi pohon banget akak urut saya boleh ngak?"

Waduh! Yang jadi bidan@ tukang urut adalah mak mertua..gi mana si mahu nolongin..bonda mentua mesti tak nak urut waktu malam sebab dah penat siang mengurut ditambah usianya yang sudah mencapai 75 tahun.."rak opo kue kenang ngurut.." Mula la garu kepala bole ke Ustazah ni..setakat tolong kawan2 kat sekolah tu memang la ada..tapi ngan masyarakat setempat memang bonda mentua la yang pakar..sah dah terkena tempias bonda mentua ni..

Akhirnya urut jg la demi membantu orang yang kesakitan dan kepenatan..sambil mengurut.."dik, ikut sunnah Nabi ngampang mahu hilangkan lelah " konon bercakap gaya Indon.

"Gi mana si kak?"
" sebelum tidur ucapkan Subhanallah , Alhamdulillah dan Allahuakhbar .."sambil bercerita tentang anak Nabi iaitu  Saidatina Fatimah yang mohon kpd Nabi tawanan perang agar menjadi pembantunya dalam urusan rumah tangga kerana letih mengurus sendirian. Lalu Nabi mengajarkan zikir tersebut adalah lebih baik dibandingkan pembantu..

" ooo..gitu ya kak..gi mana nak...sub..sub.."
"Subhanallah.."
" Sub..sub..ha..nallah...lepas tu apa kak lupa..jarang denger.."
Mula la hati sayu..kasihan adik ni..ok ini peluang baik utk saham akhirat ajarkan ilmu...
Ok ikut akak sebut " Subhanallah ..alhamdulillah..Allahuakhbar .."
Akhirnya bole juga dia menyebut walaupun dalam kepelatan..
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita utk terus belajar..
" saya jauh dari agama kak..jika akak ngak keberatan..bantuin saya ya kak.."
" In shaa Allah..datang la selalu ke rumah akak..kita belajar sama2..?

Syukur dalam membantu dapat jg mengajarkan ilmu pada mereka yang ustazah anggap perkara tersebut adalah mudah dan satu kelaziman...tetapi rupanya mereka tak tahu..

Walau apapun Ustazah suka bersangka baik pada semua orang..semoga Allah sentiasa mengurniakan kita hidayah..





Selasa, 19 Februari 2013

Bismillah
Assalamualaikum
Buat guru2 yang mengajar Pendidikan Islam Ting 1 dikehendaki mengupload DSP Pen. Islam yang terbaru mulai                          14 Februari 2013. Ustazah pun baru mendapat maklumat ini daripada SU PBS sekolah..
Semoga terus bersabarnya guru2 dalam melaksanakan PBS ni..nampaknya kena buat senarai semak evedent yang baru..       in shaa Allah Ustazah akan share bila dah siap nanti..
Jangan lupa juga isi soal kaji selidik pelaksanaan PBS yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan
Klik di sini sebelum 20 Februari 2013..

                           
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam , selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, ahli keluraga Baginda dan sahabat sekalian yang di rahmati Allah..

Alhamdulillah TAQWIM  PEPERIKSAAN SPMU,UPSR,PMR,STAM dan Kolej Vokasional telah di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bolehlah para guru, pelajar dan ibubapa membuat perancangan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


                                          

Isnin, 18 Februari 2013

Assalamulaikum dan semoga hari ini adalah hati yang lebih baik daripada semalam.

Alhamdulillah berkesempatan mendengar motivasi pagi di IKIM FM yang disampaikan oleh seorang Ustaz membicarakan tentang pentingnya adab. Bicaranya tentang akhlak mulia Nabi Muhammad yang suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Hasilnya ramai orang memeluk Islam bukan disebabkan ceramah Nabi yang panjang tetapi hasil daripada akhlak dan adab yang begitu indah yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW..

Kisahnya begini..

Dek kerana sakit hati dengan Nabi Muhammad yang dianggap sebagai orang yang memecah belahkan masyarakat Arab si Fulan ini berjiran dengan Nabi Muhammad. Apa yang dilakukan oleh si Fulan ini ialah menunggu Nabi apabila waktu solat dan dia menanti di atas bumbung rumah dan apabila Nabi Muhammad lalu sahaja dia pun meludah kepada Nabi dan Ma shaa Allah...tepat ludah tersebut di atas kepala Nabi ..lalu Nabi pun mendongak ke atas dan Nabi terus membalasnya dengan mengucapkan salam kepadanya..perkara ini berlarutan selama 3 hari. kalau 3 hari darab dengan 5 waktu solat : 15 kalilah Nabi diludah dengan si Fulan.

Masuk hari ke 4, si Fulan tidak mengganggu lagi Nabi, lalu Nabi selesai solat bertanya kepada sahabat di mana si Fulan itu dan sahabat menjawab dikhabarkan si Fulan itu terlantar demam.Lalu Nabi pulang ke rumah dan mengambil sedikit bekalan makanan iaitu tamar, roti dan air zam-zam
Nabi ditanya oleh Saidatina Aishah mahu ke mana... Nabi menjawab ingin pergi menziarahi sahabatku yang sedang demam..hebatnya Rasulullah orang yang selalu menyakitinya digelar sebagai Sahabat.

Dengan membawa tamar, roti dan air zam-zam Nabi menuju ke rumah si Fulan..
Terlantar keseorangan lantas Nabi duduk dan mengusap kepalanya seraya berdoa moga diberikan kesembuhan. Selepas itu Nabi menyuapkan roti dan tamar yang di bawanya ke mulutnya yang selalu meludahi Nabi serta memberi minum air zam-zam dengan penuh kasih sayang.

Menangis si Fulan teresak- esak mendapat layanan yang begitu baik sedangkan ia selama ini begitu membenci Nabi malah sanggup meludahinya..di saat itu juga di terus bersaksi mengucapkan lafaz syahadah...

Refleksi :

Mengambil iktibar agar memaafkan kesilapan orang yang melakukan kezaliman kepada kita sebaliknya cuba membalas dengan kebaikan..memang nampak sukar tetapi kita boleh cuba..em..ustazah nak cuba maafkan orang yang langgar Ustazah tempoh hari yang mana kata nya akan menanggung segala kerosakan moto tetapi sampai sekarang di telefon pun tak dapat2..cubalah..dan cuba memaafkan..mungkin orang tersebut di dalam kesusahan dan tidak punya wang yang cukup untuk membayar..bersangka baik.

Ahad, 17 Februari 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
الحمد لله وبه نستعين والصلاة على النبي محمد هدى ورحمة للعالمين وعلى اله وصحبه أجمعين
اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه والسلام أولا وأخرا  ظاهرا وباطنا قولا وفعلا وعبادة وعملا صالحا

Assalamulaikum..
Alhamdulillah Allah SWT masih mengurniakan nikmat umur yang panjang...ye hari ini adalah hari ulang tahun Ustazah Ain..membawa pengajaran dalam hidup agar menghargai usia yg dikurniakan oleh Allah utk terus beribadah kepadaNya yang merupakan tujuan kita diciptakan.

Untuk menyambutnya adalah satu kegusaran dan penuh pengajaran..lantaran kenangan arwah suami dijemput menemui Ilahi adalah pada tarikh ulang tahunnya iaitu pada 7 Februari 2010,jadi untuk menyambutnya dengan sesuatu majlis rasanya begitu sukar...walau dengan mahu memotong kek..memang berbekas di hati..Meniru amalan Rasulullah adalah yang terbaik dengan berpuasa sunat di hari ulang tahunnya..itulah salah satu sebab Rasullullah mengamalkan puasa sunat di hari Isnin .

Usai solat maghrib berjemaah malam tadi sempat bertazkirah ringkas dgn anak2 tentang sambutan kelahiran:
1 .Ingat bahawa Allah SWT bila2 masa boleh menjemput kita kembali.
2. Sentiasa bersyukur atas sgl kurniaan Allah dan selalu2 sebut akan nikmatNya.
3. Bersabar menjadi anak2 yatim...yakin Allah SWT akan jaga kita dalam segala hal.Allah mahu kita bergantung harap sepenuhnya kepada Nya.
4. Beri ibu ruang dan terima untuk dididik anak2 ibu mencintai Nabi, mencintai keluarga dan mempelajari Al-Quran.
5. Doakan dan hadiahkan arwah Abah selalu dengan bacaan Al -Quran dan jadi anak yang soleh cemerlang akademik dan sahsiah..
6. Tidak salah untuk menyambut hari kelahiran yang penting jangan meniru amalan orang bukan Islam seperti meniup lilin..jamu orang makan dapat pahala..ada alunan selawat lagi berkat..adakan solat hajat dan majlis kesyukuran..
7. Seandainya ibu telah tiada nanti teruskan jadi anak soleh dan solehah, smG Kakak Farah menjadi Doktor Gigi yg berjaya dunia akhirat, Hafsah Hafizah seorang guru Bahasa Arab Cemerlang yg menabur bakti untuk memahami Al -Quran, Mumtazah seorang pensyarah yang berakhlak mulia dan putra Ustazah Ahmad Hamkaa Hakeem menjadi ulama sepertimana Prof Hamka..itulah doa ibu.
(Anak2 khusyuk mendengar smG mereka faham apa yang ibunya sampaikan)

Harapan Ustazah Pada Allah SWT semoga dikurniakan usia yang berkat dan panjang lantaran mengenangkan anak2 yang sudah ketiadaan ayah..teringat pada Januari lepas Ustazah sakit perut sangat selepas solat maghrib berjemaah..selesai memberi salam terus terbaring dan mata terpejam menahan kesakitan lantas bibir mengucapkan dua kalimah syahadah..anak yang lima tahun (Hamka ) terus memahami apabila kalimah syahadah diucapkan tanda menghadapi kematian..menyerbu ke semua anak mengerumuni ustazah..menangis semahu2nya sambil menggoyangkan badan dan kepala ustazah agar bangun dan janganlah ibu mati tinggalkan kami..siapa nak jaga kami, siapa nak hantar ke sekolah, kita orang janji jadi anak yang baik..Subahanallah memang sebak..hingga ibu mertua merangkak dalam kesusahan melihat apa sebenarnya yang terjadi...mereka begitu takut kehilangan  ibu..

Semoga Allah jua sentiasa membimbing kita semua ke arah jalan kebenaran..sentiasa mengingatiNya, bersyukur kepadanya, beribadah dgn baik, dikurniakan rezeki utk mengikuti sunnah Rasul, pemurah tidak kedekut ilmu,harta dan tenaga..

Sungguh kita beruntung jika dihitung di kala kita berbuat kesilapan dan lantaran sering terlupa laranganNya serta lalai ...tetapi Allah SWT terus dengan sifatNya yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun tidak lupa utk memberi kita rezeki kesihatan, sahabat yang baik, kebahagian dan mengecapi kemanisan hidup..

Untuk akhirnya terima kasih kepada yang mengingati Birthday Ustazah Ain.COm
1. anak2 yg sudi buat kad utk ibu..begitu dihargai( mereka sedih tak dpt belikan hadiah).. Ibu memahami,
2. Anak2 murid SAMTAJ yang mengingati Ustazah.
3. Semua sahabat2 di FB dan Blog..
4. Yang mengucapkan secara silent..

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan dan hidayah dalam kita membentuk keluarga bahagia dunia akhirat...
Ingatan daripada anak2

Semoga semua bahagia hingga ke syurga..

Jumaat, 15 Februari 2013

Bismillah
Assalamulaikum dan salam pagi Jumaat

Sekadar memperingatkan diri dan juga utk sahabat2... Jom kita rebut keberkatan hari Jumaat semoga kita menjadi hamba kepada Allah yang dicintai-Nya.

Syukuri nikmat yang kita perolehi dan sabar atas kesulitan yang menimpa kita..kita adalah hamba-Nya yang layak diuji..andainya kita kaya kita sedang diuji dgn kekayaan mampukah kita tidak sombong dan bersedekah ...dan jika kita diuji dengan kesempitan mampukah kita bersabar dengan berusaha dan redha serta jalan sedekah tetap ada seperti ucapkan Subhanallah ,Alhamdulillah...Allahu akhbar..

Semoga kita sentiasa dikurniakan hidayah,keampunan dan rezeki yang baik disisi Allah SWT...Sayang kalian yang pasti hanya kerana Allah SWT..

Khamis, 14 Februari 2013


Bismillah,
Assalamulaikum?
Sebagai suatu tanda ingatan dan kasih sayang pada sahabat2 yang mungkin diuji dengan demam atau sakit sehingga menyebabkan kurang selesa..saya ingin titipkan satu doa semoga sahabat2 semua cepat sembuh..dan sabar ya hadapi ujian kasih sayang drpd Allah SWT..kalau kita sabar dgn sakit atau demam yang menimpa kita ni gugur dosa2 ..bila teringat begitu rasa redha akan timbul tambah malah bersyukur...doanya ialah :

"Allahumma Rabbanasi Azhibil ba'sa,isyfihi wa anta syafi, la syifa'an illa syifa'uka, syifa'an la yughadiru saqama.."

Maksudnya : Ya Alllah ya Tuhanku, Tuhan manusia, lenyapkan lah kepayahan daripadanya, sembuhkanlah dia kerana Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain melainkan sembuhanMu, sesuatu sembuhan yang tiada meninggalkan penyakit.

Amalan: Daripada r.ha. Bahawa Nabi SAW selalu membentengi kaum keluarganya dengan menyapu tangan kanannya seraya berdoa ( doa di atas ).(Al-Jami'al Al- Sahih Al- Bukhari no 5411)

Selasa, 12 Februari 2013

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وبه نستعين والصلاة على النبي محمد هدى ورحمة للعالمين وعلى اله وصحبه أجمعين
اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه والسلام أولا وأخرا  ظاهرا وباطنا قولا وفعلا وعبادة وعملا صالحا

Assalamualaikum..

Apabila membaca blog sahabat warkahtinta diri mula menyemak tentang 7 sunnah Rasulullah..terima kasih atas perkongsian dan juga peringatan..akak pun sedang cuba amalkan doa memohon pada Allah SWT agar dikurniakan rezeki mencontohi sunnah2 Nabi.


اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه والسلام أولا وأخرا  ظاهرا وباطنا قولا وفعلا 
وعبادة وعملا صالحا
" Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah rezeki kepada kami mengikuti Nabi Muhammad SAW drpd awal dan akhir, zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, segala ibadah dan amalan yang soleh "

Jom kita cuba buat setiap hari..menurut pakar sains jika kita nak menjadikan sesuatu perkara agar menjadi tabiat atau istiqamah perlu dilakukan tanpa henti selama 21 hari atau 3 minggu..emm..syukur memang benar fakta ni..tak caya? cubalah..
 


Bismilllah

Alhamdulillah buat kekasih Agung yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam untuk Rasullullah rahmat sekelian alam..

Tiba2 ingatan kembali kepada majlis konvokesyen di Putra Jaya..setelah sekian lama berhempas pulas belajar akhirnya tamat dengan mendapat kejayaan cemerlang dan dianugerahkan Anugerah Khas Kecemerlangan Akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..Syukur pada Mu ya Allah atas kejayaan yang dikurniakan. 

Menitis air mata ketika diumumkan sebgai penerima anugerah khas...rasa seperti tidak percaya. Itulah nikmat sebuah kejayaan di dunia...merasai nikmat duduk dibahagian hadapan sekali..sebaris dengan mereka2 yang cemerlang..mata hati terus tersorot bagaimana nanti apabila di akhirat? berjayakah saya untuk duduk bersama dengan mereka yang cemerlang? Saya perlu berusaha lagi..untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat yang kekal abadi..

Terima kasih pada keluarga yang banyak membantu menjaga anak2, Para pensyarah, sahabat2 dan anak2 murid yang mendoakan kejayaan saya..dan syukran kepada adik Muhammad Alif yang ambil cuti semata2 temankan akak di majlis konvo ni.

Bersyukur..
Sahabat2 seperjuangan..
Tahniah!..rindu pada mereka




Semoga suatu hari kita boleh berjumpa lagi

Sabtu, 9 Februari 2013

Assalamulaikum..
Bermula drpd pagi sibuk..
Petang tadi bermula jam 3.00 hingga 5.00 memimpin majlis Marhaban dan Tahlil di Kebun Baru BNO Sabak..
meriah sungguh majlis walaupun agak lama membaca bacaan berzanji,rawi marhaban dan tahlil...Syahdu dan gembira bila di semak terjemahan rawi dan berzanji yang dikaitkan dengan zaman semasa Nabi dikandung sehinggalah Nabi dilahirkan..
Memang patut sangatlah budaya ini diteruskan biar sejarah Nabi Muhammad sentiasa segar diingatan kita..
Terima kasih pada tuan rumah yang sudi menjemput kumpulan Hawa Nurul Ain Kg Tebuk Jawa di majlis cukur jambul cucunya..didoakan semoga keluarga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan..










Isnin, 4 Februari 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum?
Tahniah bagi yang berpuasa sunat Isnin hari ini.. pasti sedang mengikuti sunah Nabi SAW dan berdoalah kerana sesungguhnya doa yang berpuasa adalah tidak tertolak berdasarkan satu Hadith Qudsi


Alhamdulillah bagi calon UPSR 2012 yang ada memohon MRSM untuk ke Tingkatan Satu 2013 status permohonan anda sudah boleh di semak melalui link di bawah atau melalui mySMS: mara <jarak>mrsm < jarak >angka giliran dan hantar ke 15888 mulai 4 Februari 2013



TAHNIAH BAGI YANG BERJAYA DARIPADA USTAZAH AIN.COM

Ahad, 3 Februari 2013

Asslamualaikum...segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat yang diredhai Allah SWT.

Ini adalah syarah Al-Hikam : Hikmah ke- 18 disampaikan oleh Dr. Zulkifli Al- Bakri di tv Al-Hijrah petang semalam berkaitan antara kerugian jiwa yang disyarahkan oleh Ibn Ata'illah Assakandari. ( nota dicatat menggunakan iPad sumbangan Tuan Hj di Majlis Sepetang bersama blogger sebagai bukti iPad berguna dalam membuat catatan di majlis ilmu)

Umur umat Nabi Muhammad tidaklah panjang , kebanyakkan umur umat Nabi Muhammad sekitar 60 tahun dan dalam syarah ini dinyatakan tanda org tak bijak dan tidak cerdik ialah :

1.sentiasa menangguhkan kebaikan...nak sedekah nanti tunggu banyak duit, nak gi masjid tunggu pencen.

2.melebihkan dunia dan abaikn akhirat cth dgr azan maghrib lalu masjid tapi x nak solat melainkan org yg dtg musafir

3. tangguhkan amalan..seperti menonton tv atau layari internet sehingga lewat solat..cerita di tv sentiasa ada banding waktu solat .

Nasihat Nabi kpd Abdullah bin umar: jadilah engkau hidup di dunia seperti musafir..dan Abdullah berjaya membuat khulasah (kesimpulan ) tentang nasihat tersebut, apabila ptg jgn tunggu waktu pagi,kalu pg jgn tunggu ptg,ambillah waktu sihat sblm sakitmu ambillah waktu hidup sblm mati ..

Berapa byk kita baca Al-Quran,berzikir,buat baik, seorang ahli matematik berkata matematik lah diri kamu sebelum kamu dimatematikkan.

Ajak diri dan orang jadi baik melalui pelbagai medium jgn tunggu2 ,Jom gi masjid, azan Maghrib sudah berkumandang Jom kita solat bro..antara ayat yg boleh di tulis di FB.

Kedudukan masa di sisi Islam ..betapa masa begitu penting sehingga dalam Quran Allah tdk akan berfirman menggunakan ayat biasa..tetapi Allah menggunakan kalimah sumpah seperti demi masa, demi waktu siang,.,demi waktu malam..sesiapa yang bijak menggunakan masa adalah golongan ulul albab ada mata hati..sentiasa berfikir tentang kejadian Allah,mengingati Allah dgn berzikir dan berselawat ke atas Nabi.

Orang yg paling cerdik dalam Islam..cerdik ni byk cerdik dalam exam,cerdik berblog dan mcm2 kecerdikan tetapi bagi orang Islam yang cerdik ialah :
1.Org yang merendahkan diri ,dia merasakan dia adalah hamba Tuhan
2.sentiasa muhasabah diri..apa yg dilakukan ok tak hari ini..sentiasa beramal untuk aset akhirat dan bersedia menghadapi kematian.

Setelah kita meninggal ada 2 perkara ( harta dan keluarga)yang akan pulang dan 1 ikut kita (amalan)...jadi rebut peluang utk melakukan amalan saham akhirat..buat kerja dunia dgn diniatkan utk akhirat semata2 kerana Allah.


Kenapa kita diadakan ?seperti haiwan dan tumbuhan ditugaskan untuk menyenangkan kehidupan kepada manusia matlamat utama kita hidup adalah untuk beribadah kpd Allah..

Amalan yang paling afdal melalui hadith mengikut kemampuan seseorang tetapi paling penting ialah iman kpd Allah dan yang lain seperti solat awal waktu,belajar ilmu Al-Quran dan ajarkan Quran, berbuat baik ke jalan Allah..

Ikut Rasullah dalam kehidupan dalam kitab Nuzhatul Majaiz yang mengisahkan Rasulullah sentiasa berubat kebaikan yang mana satu hari Rasulullah jln bawa 8 dirham menuju ke pasar nak beli baju,sdg berjalan nampak seorang wanita muda menangis dan Nabi bertanya kenapa menangis ?wanita itu menjawab sy ni wanita hamba Bani Ansar dan sy diamanahkan beli brg tapi tercicir 2 dirham, Nabi dgn murah hati memberikan 2 dirham,baki tinggal 6 dirham. Selepas itu Nabi menuju ke pasar dan beli baju dpt beli dgn harga 4 dirham..bila pulang bertembung dgn lelaki tua..sesiapa yg beri aku pakaian Allah akan berikan pakaian di syurga dan Rasulullah beri pakaian tersebut..Nabi patah balik ke pasar dan beli baju dgn harga 2 dirham ..bila dlm perjalan pulang Nabi bertemu sekali lagi dengan wanita hamba tadi sedang menangis juga lalu Nabi bertanya.mengapa?.saya kelewatan pulang mesti tuan saya marah...tunjukkan mana rumah tuan kamu biar aku hantar kamu pulang supaya tuan kamu tidak akan memarahimu. Apabila tuan kepada wanita ini ia nampak Rasul dtg..Dia terus masuk dalam rumah dan Nabi beri salam hingga kali 3 baru di jawab.. Tidakkah kamu dgr aku bg salam 1-2 kali.Kenapa kamu tidak menjawab sudah pasti kamu mendengar akan salam ku..Jawab Tuan kepada hamba tadi ,ya Rasullulah memang aku dengar akan salam mu tetapi aku mahu kamu biar berulang2 memberi salam kerana salam Mu penuh keberkatan dan satu doa bermakna buat kami dan zuriat kami..

Melalui syarah hikam ini marilah kita sama cuba ikut Rasullah buat baik setiap masa..Baginda hidup begitu simple seperti barang2 yang dimiliki tidak mahal,cukup sekadarnya. Nabi suka jadikan dirinya sebagai Murabbi (pendidik) dan elakkan menjadi orang yang sentiasa menangguhkan membuat kebaikan dan amalan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim