Rabu, 16 Januari 2013

 4:52 PTG         5 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وبه نستعين والصلاة على النبي محمد هدى ورحمة للعالمين وعلى اله وصحبه أجمعين
اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه والسلام أولا وأخرا  ظاهرا وباطنا قولا وفعلا وعبادة وعملا صالحا

Assalamulaikum...
Suatu pengalaman bermakna buat diri yang tidak pernah membantu dan menghadapi situasi kemalangan. Sedang asyik memuji Allah SWT ketika memandu untuk menuntut keredhaan Allah SWT menuju ke sekolah terlihat satu kemalangan! terpacul kalimah istirja`daripada surah Al-Baqarah ayat 156. Masha Allah benar ke apa yang ku lihat ini..Plat PXXXXX begitu ku kenali..Sahabat saya Tini yang duduk di hadapan meja saya di bilik guru. Lantas saya berhenti dan kelihatan Cikgu Tini sibuk menenangkan anaknya yang ketakutan. Syukur Ya Allah nyawa mereka selamat. Kemalangan baru saja berlaku dan sebarang panggilan belum dilakukan..segera tangan mendail 999 untuk melaporkan kejadian..telefon sekolah maklumkan saya dan Tini tidak dapat datang awal kerana kes kemalangan ini..berpunca daripada pemandu Myvi yang hilang kawalan stering sehingga memasuki jalan Cikgu Tini..Alhamdulillah Cikgu Tini yang memandu Nissan Grand Livina sempat mengelak dan tidak bertembung secara hadap-hadapan. Walau bagaimanapun bahagian belakang sebelah kanan terkena langgaran kuat dan menyebabkan tayar pecah,bumber tertanggal..dan beberapa kerosakan lain yang dianggarkan menelan kos melebihi Rm5k.
 
Bagaimana nak nak bertindak selanjutnya....kami perempuan bila berlaku kes begini kes kena tipu mungkin berlaku. 
 
Antara Tips Wanita Menghadapi Situasi Kemalangan yang boleh saya kongsikan di sini:
 
1.  Bertenang banyakkan Istighfar.
2. Telefon saudara mara & polis.
3. Bila melibatkan nyawa telefon ambulans.
4.Pihak Insurans pasti segera akan datang dan menawarkan perkhidmatan dengan memberitahu kenderaan on towing akan angkut kereta kita.
5. Pastikan bengkel yang angkut kereta kita ada link dengan panel insurans kereta kita.
6. Jika tidak link dengan panel insurans urusan mengangkut kereta kosnya kita kena tanggung dan banyak lagi masalah.
7.  Sebelum meninggalkan kereta , ambil barang berharga.
8. Sebelum report polis check segala kerosakan[catat] yang berlaku dan ceritakan secara terperinci dalam report untuk mengelakkan insurans mengelat  diclaim.
9. Berbincang dengan  owner kenderaan yang terlibat dengan kemalangan secara teliti apatah lagi jika kesalahan adalah disebabkan oleh  pihak mereka.
10. Jika kita tidak bersalah pastikan segala claim kerosakan perlu ditanggung oleh insurans kereta pesalah.
11,Redha dengan ketentuan Allah SWT supaya hati tenang dan selesaikan dengan cara yang terbaik.
 

Agak dukacita juga setelah report selesai, kami terus menuju ke bengkel dan malangnya bengkel tersebut tiada link panel dengan insurans kereta. Sah kami kena tipu dengan agen insurans..tetapi Alhamdulillah saya mempunyai jiran Pak Din yang cuba sedaya upaya membantu kami dan akhirnya settle jugalah dalam waktu yang panjang..paling malang yang melanggar kereta Cikgu Tini tidak berlesen dan berdolak dalik utk membuat laporan polis...kalau laporan polis tidak dilakukan akan menimbulkan masalah utk claim insurans.. yang pasti claim insurans akan kami claim pada kereta Myvi tersebut.

Nak pergi sekolah naik kereta apa?Kasihan Cikgu Tini...tidak mengapa saya sedang menguruskan  kereta sewa dengan orang kampung..in sha Allah boleh settle. Buat masa ini owner kereta sewa belum pulang ke rumah..Ya Allah mudahkanlah urusan kami..tentang sewa kereta ini pun kami akan claim insurans..tetapi dimaklumkan insurans pun tidak akan cover sepenuhnya...

Terima kasih diucapkan pada Cikgu Siti Salwa, Cikgu Zaleha, Cikgu Nor Faizah yang berada di tempat kejadian memberi sokongan moral kepada Cikgu Tini..Tidak lupa juga pada jiran saya Pak Din yang banyak membantu, Cikgu Nasir, En.Azhar dan mereka yang membantu memudahkan urusan kami.

Semoga Cikgu Tini bersabar, redha dan jangan lupa sujud syukur kerana tiada kecederaan yang dialami...kami sahabat2 di SAMTAJ sedia membantu bila2 masa..




Kerosakan di bahagian belakang

Pastiakn setiap inci kerosakan yang berlaku


Airbag Myvi. yang terkeluar...tentu  kuat langgaran berlaku

Setelah di bengkel

Sedih..


Keadaan Myvi yang melanggar

Mereka yang membantu..

5 ulasan:

  1. terima kasih atas laporan & gambar kemalangan cikgu Tini. diharap cikgu Tini bersabar dengan dugaan ini.

    Wawa : "kak Ain lepas ni boleh jadi wartawan Sinar Harianlah. hahaha!"

    BalasPadam
  2. Laili yang ajar la ni..terikut2 sampai mengajar pun subjek yang sama

    BalasPadam
  3. Teruk juga ye..tapi alhamdulillah cikgu Tini dan anaknya selamat..

    BalasPadam
  4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Teruk juga ya. Semoga tabah menempuhinya.

    BalasPadam
  5. innalillah. moga yg terlibat sabar menghadapinya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim