Sabtu, 12 Januari 2013

 9:29 PTG         4 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..
Kita pasti mempunyai sahabat dari zaman kecil hingga sekarang..
Saya beruntung sentiasa dikelilingi sahabat2 yang baik hati, rela membantu, berkongsi ilmu, berkorban tenaga malah kadang2 memberi bantuan kewangan walau kita tidak pernah meminta pada mereka..
Mereka benar2 memahami..

Kali ini mahu mengucapkan jutaan terima kasih dengan seorang sahabat yang sudi berkongsi ilmu dengan saya tentang dunia blogging www.ciklaili.com.. dulu FB pun dia juga yang ajar..lepas tu di IPG saya pulak yg ajar kwn2..betapa banyaknye pahala yang diperolehi hasil perkongsian ilmu ini. Tentang blog ni pun Cikgu Laili ni yang banyak ajar dan memberi galakan serta dorongan.. kami begitu bangga dengan kejayaannya dalam dunia blog ni. Terbaru blognya telah terpilih dalam Blog Pilihan dalam rancangan Apa Kata Wanita TV1.

Inilah wajah  Blog guru saya : www.ciklaili.com



 Saya yakin dah ramai yang mengenali blog Cikgu Laili ni..untung saya satu sekolah dengan beliau. jika ada kemusykilan boleh terus tanya..tapi kadang2 tu malu juga asyik tak faham je..sabar ye ajar kita orang. Kalau di sekolah tu beliau la yang banyak tahu tentang info2 terbaru tentang pendidikan dan isu2 semasa. Tak jemu2 beliau mengajak sahabat2 berblogging antara yang menyahut seruannya ialah Cik RaUstzh. Fatimah,Ustazah Rasyidah,ummibalqiscorner dan ramai lagi..cuma antara aktif atau tidak. Masing2 malu takut tak de sape nak baca blog kita atau ada yang kata tak tau nak cerita apa..

Berkat kesungguhannya dalam dunia blog ini selain perkongsian ilmu dan  maklumat dapat juga tambah pendapatan..Tahniah Laili atas pencapaian yang baik..

Akak doakan disambutan ulang tahun ke 34 ini rezeki bertambah baik, dimantapkan iman, keluarga bahagia disamping suami dan 2 hero Amir dan Amar.

Saya juga teringat pada sahabat Pn. Rashidah Hamzah dan Cik Syafawati Ariffin yang sanggup menjadi penjamin dalam urusan pembelian kereta walau saya tidak  menyatakan hasrat untuk menjadikan mereka sebagai penjamin..Mereka percaya pada saya seratus peratus..ingin membantu anak-anak saya yang bergelar anak yatim..Allah...Allah.. terima kasih kurniakan sahabat yang begitu baik..berilah mereka ganjaran yang hebat atas pertolongan yang dihulurkan kepada kami sekeluarga..

Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabat2 tak kira di mana anda berada..
Ampunilah kami, rahmatilah kami dan  kurniakanlah kami rezeki yang baik dan sentiasa mengingati Mu Ya Allah di kala kami senang dan sebaliknya..satukanlah hati-hati kami,ukhwah kami..bahagia dunia akhirat..
Bahagia punyai sahabat.. 
Anda bagaimana?



4 ulasan:

  1. tahniah sbb dah berjaya mempunyai blog sendiri. moga blog ini akan terus maju di masa akan datang. amin..

    BalasPadam
  2. betul2..saya juga berterima kasih kepada cikgu laili..

    BalasPadam
  3. seronok lah ada kawan tempat kerja boleh kongsi2 pengalaman dan ilmu... moga sama2 mendapat keberkatan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim