Jumaat, 11 Januari 2013

 11:52 PTG         No comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..
Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Puan Noraini selaku AJK Biro Wanita Masjid Bt. 38 yang masih sudi menjemput saya dalam perkongsian ilmu bersama kaum ibu..Jadual telah diberikan dan in sha Allah saya akan cuba melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.
Pengajian akan diadakan setiap petang Jumaat bermula 3.00 petang hingga waktu asar.Bahagia mengajar kaum ibu2..selain menyampaikan ilmu ada suatu yang indah dapat saya rasai ketika berkongsi ilmu di dalam masjid..
Subhanallah bahagianya berada di dalam rumah Allah..dapat bayangkan malaikat ramai mendoakan kerahmatan bagi yang suka mengimarahkan masjid..melabuhkan sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu..
Selain itu, dapat menatap wajah2 kaum ibu yang sebaya ibu kita dan ibu mertua kita..damainya dapat perpelukan ketika bertemu dan bersalam ketika ingin berpisah..
Syukur atas nikmat kurniaan Mu Ya Allah.
Pada sesi pertama Januari ini saya mulai dengan tilawah surah al-kafirun..
Hebat2 ibu ini apabila disoal hukum tajwid kebanyakkan boleh jawab..
Selepas sesi tilawah secara talaqqi dan musyafahah saya huraikan sedikit tentang asbabun nuzul surah ini dan pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut...

Kami mengharapkan redha dan  keberkatanMu Ya Allah

Semoga kami istiqamah menjadi` ahli ' Allah SWT [org yang membaca,menghafaz dan mengamalkan al-quran]



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim