Sabtu, 12 Januari 2013

 10:19 PG         No comments
بسم الله الرحمن الرحيم  

Assalamulaikum ..
Mohon dijauhkan dari golongan orang jahil. 
Pedoman untuk diri dan sahabat sekalian..
Mungkin tajuk ini akan saya bawa sebagai pengisian kepada pengawas di sekolah pada minggu ini...

Doa dia di atas adalah bahagian dari ayat 67 surah Al-Baqarah yang memiliki kitab tersebut;
Ada sebuah riwayat yang menceritakan sebab musabab timbulnya perintah untuk menyembelih sapi betina. Riwayat tersebut mengisahkan bahawa dahulu dikalangan masyarakat Bani Israel ada seorang tua yang kaya raya. Orang tersebut dibunuh oleh anak-anak saudaranya yang ingin mendapatakan harta warisan darinya. Akhirnya mayatnya dibawa ke kampung dan dibuang di sana.
       
Setelah itu mereka datang lagi ke kampung tersebut dan menuduh penduduk kampung telah membunuh saudaranya. Kemudian mereka meminta diyat (tebusan) atas kematian saudaranya. Kemudian terjadilah pertengkaran antara mereka sampai masalah ini diajukan kepada Nabi Musa as.

Nabi Musa merasa pelik dan tidak boleh memutuskan mana yang benar,lalu mereka meminta kepada Nabi Musa agar meminta kepada Allah untuk memberi penjelasan siapakah pembunuh yang sebenar. Allah segera menurunkan wahyu kepada Nabi Musa yang memerintahkan agar mereka menyembelih sapi betina, setelah itu sebahagian anggota sapi betina tersebut dipukulkan ke badan orang yang dibunuh. Lalu Allah menghidupkan kembali orang tersebut, sehingga ia boleh memberi kesaksian siapa pembunuhnya.

Perintah Allah ini dianggap sebagai permainan oleh kaum Nabi Musa. Nabi Musa telah meyakinkan mereka bahawa Allah benar-benar memerintahkan hal tersebut. Akan tetapi mereka terus memperolok-olokkan Nabi Musa sebagai orang yang tidak sihat akalnya (bodoh). Kerana itu, Nabi Musa memohon kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat kaumnya yang selalu mentertawakan perintah-perintah Allah dan berlaku acuh tak acuh terhadap ketentuan-Nya.

Jadi yang dimaksudkan dengan orang jahil di atas ialah orang yang mempermainkan perintah Allah dan hanya mengikuti hawa nafsunya sendiri. Bila mana perintah Allah berlawanan dengan keinginan dan hawa nafsunya perintah Allah itu ditolak. Akan tetapi bila mana sesuai dengan hawa nafsunya, maka perintah  atau anjuran agama tersebut dijalankan.

Nabi Musa tidak mahu termasuk golongan seperti ini. Doa di atas memberikan pelajaran kepada kita antara lain ialah :

1. Agar kita menjauhi orang-orang yang suka berbuat dosa.
2. Agar kita menjauhi segala macam perbuatan yang dapat merosakkan akhlak yang baik, sehingga menghilangkan keinginan kita untuk mengikuti akhlak yang baik.
3. Agar kita suka mendengar nasihat2 yang baik sehingga boleh memahami mana perbuatan yang jahil dan mana perbuatan yang benar.
4. Agar kita menjauhi suasana tempat kerja atau belajar yang memiliki akhlak yang kurang baik.

Dengan cara demikian. In sha Allah permohonan kita untuk dijauhkan dari orang jahil akan dikabulkan oleh Allah.

Doa ini kita baca bila-bila masa sahaja, terutama ketika menghadapi orang-orang yang jahil atau keadaan yang dipenuhi suasana kejahilan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim