Rabu, 30 Januari 2013

Assalamulaikum...
Bermula jam 3.00 ptg guru2 dijemput utk mendengar taklimat keselamatan kebakaran.
Antara inti pati yang sempat saya catat ialah :

1.Jangan gunakan kain selimut untuk memadamkan api jika tubuh terbakar yang mana kain akan melekat pada kulit dan meninggalkan kesan yang buruk.

2.Jangan gunakan pasir jika tubuh terbakar kerana apabila terkena luka, pasir
itu ada mengandungi kuman..dan menyebabkan kulit semakin parah terkena jangkitan kuman..

3.Berguling dengan tutup muka dengan tangan biar boleh bergerak sepenuhnya.

4.Jangan gunakan air untuk padam api jika badan terbakar kerana..
tompok air akan berkumpul pada kulit dan menyebabkan saraf mati jika tempat kebakaran di kulit serius

Kompenen api
1.Oksigen
2.Heat
3.Fuel

Kebakaran paling bahaya adalah yang melibatkan bahan elektrik dan litar pintas. Bagi mengelakkan hal ini terjadi lakukan pemeriksaan wiring sekurang2nya setiap 3 tahun.
Jangan campur punca elektrik { extension } panas dengan sejuk seperti peti sejuk dan oven.
Beli barang ikut qualiti , apabila murah lebih mudah mengalami kebakaran.
Jika berlalu kebakaran melibatkan bahan elektrik atau litar pintas sila gunakan alat pemadam api ABC Dry Powder yang mampu memadam pelbagai jenis api.

Jangan padam api guna air pada bahan elektrik.
Jangan letak alat pemadam api di dapur atau store room
Elakkan terkena atau terperangkap dengan asap selama 30 saat kerana boleh menyebabkan kita keracunan dan mati ini kerana asap mengandungi toksin yang boleh merosakkan paru2 secara cepat. Asap juga bahaya seperti api kerana ia mengandungi tahap kepanasan yang tinggi.

Jika berlaku kebakaran sila dail no 999 bukan 994 yang telah dimansuhkan atau dail 112 sahaja.
Bermanfaat sungguh taklimat ini untuk keselamatan tidak kira di mana jua kita berada.




4 ulasan:

  1. bagus... taklimat macam ni memang diperlukan. kat office biasanya ada OSHE..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak yg kita tak tahu...so mmg manfaat sungguh

      Padam
  2. thanks..info yg berguna utk semua..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya zaza mmg berguna sgt.Tak sangka bila padam api guna selimut bila badan terbakar myebabkn kulit terkoyak

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim