Rabu, 5 Disember 2012

 7:26 PG         No comments
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi kami kesempatan dan kemudahan untuk menikmati percutian yang biasa2 sahaja tapi cukup bermakna utk anak2..


Ke Zoo Melaka pada Jumaat 30 November 2012..
Terima kasih diucapkan pada Ustazah Siti Norfarehan yang sudi menemankan percutian kami..pada Adik Nurul Husna moga akak dapat gembirakan adik dan syukran anak2 yang tak banyak ragam..semoga percutian kita dirahmati Allah dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang kita sambil melihat kebesaran Allah SWT.

Bila time cuti ni elok la gi awal2 pagi biar parking tak jauh..tapi tak la jauh sangat..
Menuju ke kaunter bayar tiket masuk untuk Dewasa RM 10 dan Kanak2 hanya RM 5 sahaja kami pergi 3 orang dewasa dan 4 orang kanak so totalnya RM 50..dekat kaunter ni ada juru foto yang snap gambar kita..sambil berkata tak pe tak payah bayar just bergambar je...so sape yang nak bergambar..bergambar la tak de paksaan pun..bila kita keluar nanti diaorang tunjuklah gambar kita tu kalau nak beli keluarkan duit antara RM30 - RM40...kami tak mau sebab dah terkena dekat Melaka River Cruise..tak beli rasa rugi so beli la juga..rupa2nya bila nak naik ke Taming Sari pun ada jg juru foto ...so hati2..

Bagi saya kali pertama datang sini ok la utk cari pengalaman diri dan kepuasan anak2..tapi utk kali kedua fikir 2 kali kerana banyak haiwan yang berkurangan dan kurang aktif lagi..masa kami melawat ni banyak binatang yang berada jauh dihujung2 kandang, harimau tidur..singa menyorok ..mcm tak puas hati pulak..astagfirullah kena syukur ni..

Kami memilih utk merentas Zoo dgn berjalan kaki..Subhanallah jauhnya..penat tak terkira..anak2 pun bising dah tak larat nak jalan...tapi akhirnya selesai juga perjalanan kami selama hampir  2 jam..banyak kali berhenti sambil menikmati aiskrim..jom layan gambar2 di bawah ni..maafla gambar mungkin kurang memuaskan maklum la camera tak canggih..emm kami tetap bersyukur daripada tak de..

Kepenatan..


Gajah jauh...























Semoga perkongsian ini ada manfaatnya..dan utk keluarga terpahat sebagi satu memori di bumi Melaka..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim