Isnin, 3 Disember 2012

 5:04 PTG         No comments
Assalamualaikum..segala puji bagi bagi Allah yang sentiasa mengurniakan nikmat kebahagiaan dan ketenangan kepada kita tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan agung kita Nabi Muhammad SAW pembawa hidayah serta ahli keluarga dan sahabat yang dirahmati Allah SWT.

Ya Allah.. murahkanlah rezeki kami supaya kami dapat melihat tanpa bantuan cermin mata
Saya tertarik dengan rawatan LASIK yang dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya. Malah ramai yang membuat pengakuan berjaya dengan kaedah rawatan ini seperti Ustaz Zahazan, Ustaz Syed Mohd NorHisyam dan ramai lagi. kalau nak tahu lebih lanjut testimoni klik pada FB  Prof.Dr. Muhaya

LASIK ini hanya utk mereka yg rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan. Saya berminat kerana rabun pun agak teruk tetapi bila tahu kosnya mencecah RM 699o tak cukup duit lagi la..kena kumpul dulu dana.Ok la sesiapa yang mampu silakan..

Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai. Jika power kurang dari 800 boleh terus dtg buat full screening dan plan hari apa nak buat prosidur.
Masa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yg memakan masa 4 jam dan hari nk buat prosidur yg memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosidur. 

Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Harga RM6990 premium lasik kedua mata ( umur bawah 40) dan RM7990 laser blended vision untuk umur 40 keatas. 

Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di prince court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan. 

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi :
Sila sms saja hp 0122517796 atau 0163873282 ( panggilan tidak diterima) atau call 0321600332.

Sila tonton video Hafiz Hamidun menjalani rawatan LASIK

Semoga Allah merahmati usaha Prof . Dr. Muhaya

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim