Selasa, 4 Disember 2012

 7:41 PG         No comments
Assalamulaikum...Astagfirullah ampunilah kami  Ya Allah..sungguh sukar utk kami bangun malam berqiamullail walau tahu kelebihan dan faedahnya..Ya Allah berilah kami kekuatan dan sentiasa bermuhasabah diri . Syukur rasa bahagia dapat share ilmu tentang mencari ketengan Jiwa daripada FB Tarbiyyatul Aulad  [ Didik Anak Cara Islam ] :

Mencari ketenangan jiwa?

Tidak perlu menyendiri

Tidak perlu untuk melancong jauh2

Tidak perlu dengar musik kuat2
Anda cuma perlu sekurang-kurangnya solat 2 rakaat (qiamullail) dan mengadulah segalanya kepada Dia untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang itu kurniaan 
Allah...Apakah hikmah diciptakan pertukaran siang dan malam seperti yang difirmankan Allah swt dalam surah an-nur ayat 44 ini?



Antara hikmahnya adalah seperti berikut:-

1. Dijadikan waktu siang untuk manusia keluar mencari rezeki dan apabila tiba
nya waktu malam adalah waktu untuk manusia berehat (tidur). Seperti firman-Nya dalam surah Furqaan ayat 47 yang bermaksud:-

"Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki"


2. Dijadikan waktu malam itu bukanlah untuk tidur sepenuhnya. Tetapi diperuntukkan sedikit dari waktu itu untuk melakukan ibadah bagi mendekatkan diri kepada-Nya. Seperti firman-Nya dalam surah Muzammil ayat 6 & 7 yang bermaksud:-

"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya"


Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim