Rabu, 5 Disember 2012

 10:15 PTG         No comments
Innalillahi wa inna ilaihirajiun...setiap ujian pasti cahaya atau jalan penyelesaiannya

Sedih mendengar luahan seorang isteri : " untung mcm Ustazah..walau tak de suami bahagia..tdk seperti saya ada suami tetapi..." Ya Allah ..Alhamdulillah tanpa saya sedar ..orang menganggap saya lebih beruntung...

Timbul simpati pada nasib wanita2 yang sering dianiaya perasaan oleh suami..( tp ramai jg lelaki yg memendam rasa atas sikap isteri )..lagi2 pd zaman sekarang status kedudukan kewangan wanita dianggap pada zon selesa berbanding lelaki...

Isteri yang bekerja tetapi kad ATM di kawal suami yang tdk bekerja...
Isteri sanggup membuat pinjaman demi membantu suami berbisnes atau sebagainya...
Isteri memeruk rasa dari awal perkahwinan tdk pernah merasa pimpinan, rumah yang selesa, kenderaan yang baik..perasaan benci sentiasa melingkari hidupnya...
Isteri terpaksa bekerja menyara anak2 dan suami..sedangkan suami  sedap lepak2..tertekan sering dipandang serong masyarakat..paling kasihan anak2..tidak cukup makan..bila balik sekolah sampai meleleh air liur melihat kawan boleh beli jajan mcm2..
Isteri buat kuih..buka warung sampai tengahari...pastu petang kerja di warung lain sampai pukul 10 malam..esok pg nak meniaga warung sendiri lagi..
Anak2 terasa mengapa dikurniakan ayah yang tidak bertanggungjawab..menyedari diri tidak mampu tetapi berkahwin lebih daripada satu...

Mereka begitu merindui pimpinan daripada seorang suami..pembelaan daripada orang yang diberi kelebihan oleh Allah SWT..

Telusurilah Firman Allah SWT :

Rupa2nya Allah SWT tahu apa terbaik bagi kita..bersangka baiklah dengan setiap  kesedihan dan kesusahan yang melingkari hidup kita...

Subhanallah ..pasti mereka terasa perit mengharungi kehidupan yang dilingkari kedukaan, kesusahan, cemurahan, rasa rendah diri..

Tetapi saya selalu memujuk mereka bersabarlah menghadapi ujian hidup ini..rajin2lah baca quran, solat malam.. mengadu pada Allah sungguh2..biarlah suami berperangai sedemikian..tahulah Allah SWT menguruskannya..teruskan berdoa..satu hari nanti pasti sirna juga hidup kita..tidak di dunia...di akhirat pasti..teruskanlah taat pada Perintah Allah dan ikuti sunnah Nabi..inshaa Allah hati akan kental...dengan bantuan Allah SWT..Teringat entri http://ainsamadi.blogspot.com/2012/11/ramai-wanita-menghuni-neraka.html

Cari ilmu melalui pembacaan buku..dengar ceramah di TV9 atau TV AlHijrah...percayalah dengan membaca buku agama. motivasi akan memberikan kita idea dan jalan keluar pada setiap masalah yang kita hadapi..

Sudah dapat ilmu cuba amalkan..ni lagi penting..dapat tahu macamana nak rezeki murah dengan solat Dhuha dan baca Surah Al-Waqiah..buat dan bacalah inshaa Allah sikit2 masalah kita akan berkurangan.. 

Bagi kita bantulah setakat mana kemampuan kita untuk meredakan kesusahan hati mereka...jgn ditambah lagi kekusutan fikiran kaum sejenis kita..

Bacalah entri http://genta-rasa.com/2012/12/04/cicipan-iman-dari-yang-derhaka/ dari Ustaz Pahrol Muhd Juoi..buatlah kebaikan semata2 kerana Allah..

Untuk para suami atau lelaki yang terbaca entri ini...bertanggungjawablah kalian..jgn kita dibuai keasyikan  sebagai suami wajar dihormati tetapi kita tidak ada langsung perilaku yang selayaknya utk dihormati...tuntutlah ilmu..solat berjemaah di masjid atau surau..bawalah rahmat ke rumahtangga kita..biar kita tidak kaya harta tetapi kaya jiwa yang subur dengan keimanan...


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim