Isnin, 10 Disember 2012

 9:04 PG         1 comment
Alhamdulillah.......
Ini adalah kali ketiga ke Bandar Raya Melaka..bezanya kali ini bawa keluarga..beruntung ada sahabat baik sangat Siti Norfarehan yang sudi jadi pemandu percutian kami..dialah yang take over utk drive kete dan berhempas pulas bawa kami round2 kat Bandar Melaka ni..jenuh juga cari hotel..
Selepas kami check in di Hotel Grand Continental. siap solat jamak qasar..kami bergegas utk ke Bandar Hilir..
Pada mulanya nak naik kapal besar tetapi memandangkan masa lawatan tinggal 20 minit maka tak jadi masuk..dapat ambil gambar di luar sahaja..anak2 nampak kecewa juga tetapi terus teruja nak naik beca..
Musim cuti sekolah so suasana perebutan pelancong utk menaiki beca memang dirasai..ada yang menawarkan RM20..ada juga yang RM25 dan agak mahal sedikit RM30..kami pilih yang RM25 sebab boleh berhenti pada 3 station utk ambil gambar atau membeli cenderahati..
macam2 hiasan ada pada beca mereka utk menarik perhatian pelancong...
sekali dah naik ada nampak beca yang lagi cantik..apalagi anak2 pun sibuk nak tukar..emm dia ingat tak bayar kot mudah je nak tukar2..sambil naik beca ni kami diperdengarkan dengan lagu2 daripada radio..bila malam lagi cantik beca2 ni sebab dihias dgn lampu2 yang berwarna warni..tapi kami naik siang sahaja bila malam tak nampak pulak bangunan2 dan byk gerai dah tutup di bangunan merah..so baik naik siang
ok jom tatap foto percutian kami dengan menaiki beca..best tapi kesian pula dgn yang pengayuh beca ni tentu penat bawa kami yang comel2 ...

Mumtaz, Cikgu Yan dan Hamka

Ijah dan ibunya

Farah ngan Cik Salmah


Terima kasih layan..

Tumpang pakai je

Bergambar di pokok Melaka

Semoga Allah menjadikan kami insan yang soleh..

Nak naik?

A Famosa..

Gembiranya mereka..Alhamdulillah


Cenderahati yang dijual


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim