Sabtu, 3 November 2012

 12:32 PTG         No comments
Assalamualaikum? Alhamdulillah kita boleh bertemu lagi di medan tanpa suara..menyahut seruan Rasulullah yang menganjurkan kita menyampaikan sesuatu kepada orang lain walau satu ayat sahaja..

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi SPM bagi ibu bapa dan pelajar.

Tips 1 : Solat sepertiga malam.

Peperiksaan SPM tinggal 2 hari lagi saya tertarik dengan satu pertanyaan di blog Prof. Dr. Kamil Ibrahim daripada seorang ibu atau bapa yang petikannya seperti berikut :
Mudah bukan tapi ramai antara kita yang kurang yakin ini adalah jalan yang paling terbaik ( dengan solat malam )...apa nak dirisau kalau kita dah nampak anak kita rajin baca buku, pergi kelas tution dan membuat latih tubi di rumah atau di asrama . Kita gunakan kesempatan dan peluang yang Allah SWT beri yang mana itu adalah waktu2 mustajab doa di maqbulkan..alangkah indahnya ibu dan bapa serta anak jika dapat solat sunat bersama2 dikeheningan malam..
 
Tip 2 : Berdoa.

Doa ibu bapa amat2 makbul dan tiada hijab..malah sepatutnya kita risau dalam anak kita mengulangkaji cukup tak solat mereka, terjaga ke aurat anak2 kita malah diri kita sendiri pun...Anak2 pun lepas solat jgn terus bangun pohonlah dan berdoalah tak kira guna bahasa apapun...InsyaAllah Allah kabul..lagi2 sekarang ni musim hujan turun di mana waktu tersebut adalah antara waktu doa dimakbulkan..doa selepas azan..doa selepas mendengar ayam berkokok di waktu pagi ( kalau ada bela ayam untung la )..

Tips 3 : Solat Dhuha .

Waktunya panjang daripada 28 minit selepas waktu syuruk hingga hampir waktu solat zohor..tak mampu buat 4 rakaat buat 2 rakaat pun boleh.. Kita lihat hadith Nabi daripada Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya yang bermaksud : " Apakah kamu suka aku tunjukkan sesuatu ibadah yang menguntungkan kamu, banyak ghanimah ( Harta ) dan kelebihannya? Siapa yang berwuduk kemudian mengunjungi masjid untuk solat Dhuha maka ia lebih menguntungkan, banyak ghanimah dan kelebihan..HR Ahmad dan Tabrani dlm Al-Kabir.

Semoga dengan solat dhuha kita beroleh rezeki ketenangan, kesihatan, idea yang bernas, apa yang anak kita target soalannya boleh keluar dan mcm2 rezeki lain yang akan kita dapat.

Tips 4: Baca Al-Quran.

Waktu anak kita sedang exam nanti kita baca Al-Quran moga anak kita diberikan kemudahan untuk menjawab. Sebelum pergi sekolah ketika dia bersalaman dengan kita pegang ubun2nya baca surah Al-Fathehah dan surah Al-Insyirah..ajarlah juga anak2 doa yang boleh memudahkan ia menjawab peperiksaan..paling mudah "Rabbi yassir wala tu`assir " Wahai Tuhanku mudahkanlah jangan di susahkan..

Tips 5 : Minta restu guru

Tanya anak2 ada tak minta maaf dan restu pada guru2..ingat redha guru amat kita perlukan sebagai satu lambang keberkatan ilmu.. minta cikgu doakan kejayaan kita dan anak2.

Baiklah cuba amalkan tip2 tersebut disaat2 akhir ini..biarlah pergantungan kita 100% pada Allah SWT  agar kejayaan yang kita kecapi nanti pun kita dapat merasakan bahawa itu kurniaan Allah lantas mampu tunduk sujud syukur,,bukan merasakan kejayaan itu adalah atas usaha kita 100%..dengan berkata walaupun aku tak solat dan tak tutup aurat aku boleh cemerlang..ingat itu namanya adalah Istidraj yang mana Allah beri kejayaan itu adalah untuk kita terus takabbur dan sombong ingkar akan perintah Allah..nauzubillah...

Tanda luahan : bila ramai orang bertanya pada saya tentang pelbagai tips dalam beberapa hal seperti mudah untuk bersalin ke..sakit ke..bila saya utarakan tips di atas seperti mereka tidak percaya lebih suka pergi mencari orang untuk doakan diri kita..walhal semuanya ada pada diri kita sendiri ubatnya..saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan kita adalah doktor terbaik bagi diri kita sendiri..

Semoga ada manfaat atas coretan tak seberapa ini dan semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk kita terus beribadah dengan baik kepadaNya...salam sayang daripada Ustazah Ain. Com. Apa yang baik semuanya drpd Allah SWT dan segala kekurangan adalah drpd kelemahan diri kita sendiri..

 


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim