Subhanallah..persoalan jodoh pada sesiapa yang belum bertemu pasti menjadi satu kegusaran anak gadis atau teruna..masyarakat sekeliling bertanya. Bersabarlah.. Cari Allah dengan Doa dan amalan. Usai kita berusaha dengan
menggunakan langkah dituntut Islam, menyerahlah kepada Sang pencipta bagi
memakbulkan permintaan itu. Di sini saya lampirkan lapan tips ringan jodoh cuba praktikkanlah :
·
Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan apa bahasa sekalipun setiap kali selepas solat
lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa
memerlukan masa untuk dikabulkan.
·
Berdoa dihening malam
·
Satu hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim
yang bermaksud;
“ Allah SWT turun ke langit dunia sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru : Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya.
·
Doa Ibu bapa
Ungkapan doa yang paling mustajab adalah doa kedua orang ibubapa terutamanya ibu.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu
bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak terutama anak2 masih belum
bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.
·
Puasa pada hari jadi
Amalan Rasulullah. Puasa di hari lahir, pasti tidak ramai yang
berbuat demikian bukan..puasa ini dipanggil puasa hajat. Pada saya, saat kita
dilahirkan adalah detik paling suci, seolah bebas dari hamparan dosa dan noda.
Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan
dikabulkan Allah.
·
Solat Sunat Taubat
Lakukanlah solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah
malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang. Kita mahu Allah tunaikan
hajat kita, tetapi hal kita dengan Allah SWT belum selesai. Kerana itulah kita
perlu meminta ampun terlebih dahulu kepadaNya.
·
Pohon Restu Ibu bapa
Apabila hati sudah
berkenan pada seseorang jangan sorokkan dari ibu bapa, bagi tahu mereka kerana
mereka lebih tahu siapakah yang terbaik untuk kita. Jika Ibu bapa tidak
bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik utk kita,
berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita
seadanya.
·
Amal doa pilihan dan solat hajat.
Baqarah [45] Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.
Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang
beriman! Mintalah pertolongan(untuk menghadapi susah payah dalam
menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar
BILA?
Baqarah [214] : …….Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
![]() |
Inshaa Allah..pasti anda mampu memberi dan memiliki.. |
bagus tips. boleh try nanti :)
BalasPadam--> singgah dulu di TechKini.com