Isnin, 5 November 2012

 12:05 PG         3 comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.

Teringat ayat Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud : Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat. 
Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan,carilah Allah. Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.
Teringat saya semasa ingin membeli kereta baru selepas suami meninggal dunia..mampu ke nak bayar sedangkan saya tinggal seorang mencari nafkah...elokkah keputusan saya itu untuk keluarga dan mcm2 lagi yg bermain difikiran ...Alhamdulillah berkat Istikharah yang dilakukan saya kini sudah dapat kereta baru dan dapat menguruskan hal2 berkaitan kereta tersebut...Panjang ceritanya bab beli kereta ni InsyaAllah saya akan kongikan suatu hari nanti.Segala puji bagiMu Ya Allah..syukran Ya Allah Kau benar2 membantu kami sekeluarga..
Baiklah bagi sesiapa yang ada kebuntuan untuk membuat pilihan inilah caranya :  
 

Sebelum istikharah

-Istiakharah hanya perkara dunia yang harus sahaja.
-Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.
-Neutral iaitu tidak mempunyai apa-apa kecenderungan
terhadap pilihan yang ada.

Semasa istikharah

1.Menunaikan solat sunat dua rakaat.
2.Bacaan surah.Rakaat pertama:Surah Al-Kafirun.Rakaat kedua:Surah Al-Ikhlas.
3.Selepas salam,baca doa istikharah berikut:


اَللَّهُمَّ إِنّيْ أَسْتَخِرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ بِفَضْلِكَ الْعَظِيمِ. فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أََقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّم الْغُيُوْبِ.اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرًا لِيْ فِيْ دِيْنِي وَمَعِيْشَتِي, وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ,فَيَسِّرْهُ لِي, ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرُ شَرٌّ لِي فِيْ دِيْنِي وَمَعِيْشَتِي, وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, أَوْ  قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ, فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاصْرِفْنىِ عَنْهُ, وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ, ثُمَّ أَرْ ضِنِي بِهِ


Maksudnya:”Ya Allah,aku memohon petunjuk daripada dengan ilmu-Mu, dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasan-Mu,dan aku memohon daripada-Mu dengan limpah kurnian-Mu yang besar.Sesungguhnya,Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui,dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.Ya Allah,Seandainya  Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutlah urusan yang dimaksudkan)baik bagiku, agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku,agamaku,kehidupanku dan kesudahanku urusanku sama ada cepat atau lambat,maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikkan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya.”           (Riwayat ibn Majah,Abu daud dan lain-lain)

Selepas istikharah

- Meneruskan solat dan doa istikharah hingga tiga kali.
- Memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan
          hati.
- Jika telah memperoleh jawapan,bersyukurlah kepada Allah.
- Jika keptusan yang diambil kurang baik,maka ia disebabkan kurang peka                                    dengan jawapan ditunjukkan oleh Allah S.W.T , tersilap membuat pilihan,telah mempunyai kecenderungan hati sebelum istikharah atau pelbagai kemungkinan lain.oleh sebab itu,janganlah menyalahkan Allah,sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujiian yang menguji kemantapan iman terhadap qadak dan qadar..

Hasil:
Apakah hasil yang kita dapat selepas istikhharah?Hasilnya kita akan berasa bahagia kerana:
1.Sebelum istikharah:Berserah diri kepada Allah S.W.T.
2.Semasa istikharah:Tenang
3.Selepas istikharah:Reda dengan ketentuan Allah.

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Az Zukruf 43:13-14 )  

3 ulasan:

  1. Subhanallah...Entry ini benar2 mengetuk pintu hati saya...Jazakallah...

    BalasPadam
  2. betul ustazah...tawakal kepada ALLAH selepas istikharah memang membuatkan jiwa kita tenang sgt...
    http://imanvitahouse.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim