Jumaat, 23 November 2012

 10:19 PG         No comments
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang banyak menguniakan nikmat kepada kita hari ini :

1. Bangun dengan mengucapkan Alhamdulillahillazi ahyana ba`da ma amatana wa ilaihinnusyur..dan kalimah tauhid Lailahaillallahu wahdahu la syarikalah...Alhamdulillah berpuasa ..

2. Kejutkan anak2 yg dah mulai wajib pra solat dan Solat subuh, baca mathurat dan baca surah Al-Kahfi sempena haru Jumaat..

3. Dapat selesaikan tugas lipat kain, basuh baju, belikan sarapan utk anak2 dan cari lauk utk berbuka petang   ini.

4. Ketika membelikan sarapan utk anak2..Terima kasih Ustazah Ummi yang membelikan kuih muih utk anak2 saya..dia kata tak ada apa nak bagi pd anak2 yatim ustazah ni..terimalah kuih kasui dan ketayap ni ye...saya doakan dia murah rezeki sedekah pd pg Jumaat dan sempena 9 Muharram ..Ya Allah sape nak makan kuih byk2 ni..terjumpa kawan yg ramai anak..ha saya bagi kat dia..nampak ceria menerima kuih muih drpd saya..

5. Keluar tak bawa phone sekali disemak 5 kali miss call dr kakak ipar Kak Om ..call balik dan dia kata nak sedekah durian kat anak2  katanya sempena 10 Muharram ni.. Ya Allah murahnya rezeki kami setiap hari..Sedang menaip entri diblog ni dtg anak saudara Mizah menghantar durian hampir sebakul..Syukran..mg rezeki kalian makin bertambah dan diberkati ku titipkan doa..puaslah Farah dan Hamka makan ni..Ijah agak kurang minat dan Mumtaz langsung tak suka..

6. Apabila anak2 bangun seorang demi seorang saya peluk dan panjatkan doa Allahumarhamhu/ha faiinni arhamuhu/ha..dan ku usap2 kepala mereka sempena istimewa-muharram.

7. Tindakan kami sekarang perlu bersyukur pada Allah SWT dengan solat dhuha dan mndoakan mereka yang banyak berbakti pada kami sekeluarga ..benarlah Firman Allah di dlm Surah Ar-Rahman ayat 21 :. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?


Alhamdulillah...

Apa yang kita dapat adalah semuanya daripada Allah SWT..wajarlah kita mengenang dan mengingati pemberi rezeki yang tidak putus2..nikmat sihat,kekayaan,sahabat yang baik, kenderaan yang selesa dan byk lg tidak mampu dihitung..


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim