Isnin, 26 November 2012

 1:22 PTG         1 comment
Ya Allah tunjuki kami jalan yg lurus iaitu jln org2 yg Kau kurniakan nikmat kepada mereka
Assalamulaikum...terasa rindu dua hari sunyi daripada menaip entri terbaru..Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai hadith Nabi yang menyatakan bahawa kaum wanita ramai yang menjadi ahli neraka. Saya sangat takut  dengan hadith tersebut sebab saya wanita dan takut tergolong dgn wanita yang dimaksudkan.Apabila saya membaca artikel ilmiah itu saya rasa terpujuk dan dapat pencerahan melalui huraian daripad Ustaz Omar Md. Noor yang mana artikel beliau adalah seperti berikut :

Pada zaman Nabi S.A.W.,telah berlaku gerhana matahari.Lalu, Baginda melakukan solat gerhana bersama-sama sahabat Baginda.Ketika solat, Nabi S.A.W. Lalu, Baginda melaksanakan solat sunat gerhana bersama-sama para sahabat Baginda. Ketika solat, Nabi SAW berdiri sangat lama, begitu juga ketika rukuk. Kemudian, Baginda bangkit untuk berdiri semula, lalu rukuk dan sujud.

Dalam rakaat kedua, Baginda SAW kembali berdiri dengan lama, namun tidak lama seperti raka`at pertama. Nabi SAW selesai daripada solatnya apabila gerhana tersebut telah berlalu.
Selesai solat, Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi.Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti di hari. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita". 
Para sahabat bertanya: " Apakah sebabnya wahai Rasulullah?".
"Sebabnya ialah kekufuran mereka" jawab Nabi SAW. 
Mereka bertanya lagi: " Adakah mereka kufur kepada Allah?" 
Baginda membalas: " Mereka kufur ( tidak berterima kasih ) kepada suami dan suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada hidup mereka dengan baik seumur hidupmu,lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: " aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu." Riwayat al-Bukhari dan Muslim drpd Ibn Abbas.

Ahli Neraka Paling Ramai
Sebahagian orang yang tidak faham, menyangka hadith ini merendahkan kaum wanita, padahal sama sekali tidak seperti itu. Malah, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang selalu membela dan meninggikan martabat wanita.
Yang pasti, ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang. Bukan juga bangsa dan warna kulitnya, tetapi  amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
          Allah berfirman yang bermaksud :Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka ,mereka kekal di dalam nya."
(Surah al-Baqarah 2:81)
            Ramainya bilangan wanita di dalam neraka adalah kerana populasi mereka yang besar di dunia ini dan kebiasaannya,bilangan kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh sebab itu,wanita bukan hanya paling ramai di neraka,bahkan paling ramai juga di syurga.Demikianlah pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim.
           Untuk lebih meyakinkan bahawa hadis ini bukan untuk menyindir kaum wanita, sebuah riwayat lain ada menyebut kaum  wanita yang Nabi S.A.W. lihat pada saat itu ialah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu.
    Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang  jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya.Jika diminta,mereka bakhil .Jika meminta,mereka sangat memaksa.Dan jika diberi,mereka tidak berterima kasih."
           Jelas sekali,Rasulullah s.aw. bukan menekankan status mereka sebagai wanita.Akan tetapi , Baginda menitik beratkan pada sifat-sifat buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi sebab mereka terhumban ke dalam neraka.

Nafikan Kebaikan 
    Jika  kita fikirkan lebih mendalam, hadis ini sebenarnya  memihak kepada wanita.Dengan hadis ini, Rasullullah s.a.w hendak mengingatkan kaum wanita sifat2 yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Sifat2 itu sgt halus dan sering kali dianggap ringan dan temeh. Tujuannya agar mereka dapat memperbaiki diri sehingga terselamat daripada siksa Allah.
     Rasulullah SAW menjelaskan, salah satu sifat buruk yang sering kali terdapat pada diri wanita ialah mudah memperkecilkan atau melupakan kebaikan seseorang ketika marah. Semua kebaikan masa lalu terhapus hanya kerana satu kesalahan yang berlaku.
      Seseorang suami yang selalu memenuhi keperluannya dilihat seolah2 tidak pernah memberikan apa-apa. Seorang anak yang selalu berbakti dengan pelbagai pemberian, seolah2 hanya pandai menyakiti hatinya sahaja. Senario ini berlaku ampir setiap hari di sekeliling kita, namun kita jarang2 memerhatikannya dan mengambil ikhtibar. Ramai yang menganggapnya ringan, padahal di sisi Allah cukup berat.
       Menafikan kebaikan walau sekecil mana pun, merupakan sikap yang kejam dan kasar hanya orang yang tidak mempunyai kefahaman dan kesedaran sahaja yang bertindak demikian. Perbuatan ini sama sahaja seperti membalas kebaikan dengan kejahatan yang sangat melukakan perasaan. Bayangkan betapa hancurnya hati seseorang apabila kebaikannya tidak dihargai, bahkan dilupakan. Perbuatan ini haram dilakukan kepada orang lain, lebih2 lagi kepada orang yang selalu menyayangi dan mencintai setiap ketika.
    Ibn Battal al-Maliki berkata dalam Sharh Sahih Al-Bukhari: " Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk selalu berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalagi kepada suami yang selalu memberi kebaikan sepanjang hidupnya."

Sering melaknat.

      Selain sifat ini, Rasulullah SAW mengingatkan satu lagi sifat yang lain. Dalam hadith riwayat al- Bukhari daripada Abu Sa`id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah SAW lalu di hadapan sekumpulan wanita. kemudian Baginda bersabda mafhumnya: " Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakkannya menjadi ahli neraka." Mereka bertanya " mengapa wahai Rasulullah?" 
Baginda menjelaskan " kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan."Laknat yang dimaksudkan di sini ialah kata2 makian dan celaan yang lahir akibat kekesalan, sama ada ditujukan kepada manusia ataupun benda2 lain termasuk benda yang tidak bernyawa.
       Seperti sebelumya, sikap dan sifat ini mencerminkan kekeruhan hati dan kegelapan jiwa pelakunya. Pepatah Arab menyebut :" Cerek hanya mengeluarkan apa yang terdapat di dalamnya. Jika isinya kopi, ia akan mengeluarkan kopi, jika isinya susu, ia akan mengeluarkan susu."


Imam Al-Nawawi berkata :"Hadis ini mengandungi anjuran untuk memperbanyakkan sedekah,amalan baik.istighfar dan pelbagai ketaatan yang lain.Ia juga mengajarkan bahawa perbuatan baik dapat menghapuskan dosa-dosa."

Sifat,Bukan Jantina 

       Apabila mensyarahkan hadis ini dalam Majalis Sahih Al-Bukhari di Damsyiq, Umar Mohd Noor mendengar al-Muhaddith Sheikh Muhammad Na`im al-Reksusi berkata : “ Pengajaran dalam hadith ini bukan sahaja khas untuk wanita, malah ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memiliki sifat2 seperti ini dalam dirinya, termasuk juga lelaki.”
            Sungguh bijak ucapan beliau. Setiap sifat buruk yang dinisbahkan kepada wanita, tidak terkecuali juga untuk lelaki. Walau sifat2 itu mungkin banyak pada kaum wanita kerana sebab-sebab tertentu, namun bukan bererti lelaki terlepas daripadanya.
            Berapa ramai lelaki yang memperkecilkan kebaikan isteri? Cukup ramai. Kita sering melihat para suami yang lidahnya sangat berat untuk mengucapkan terima kasih kepada isterinya,bukan?Berapa ramai lelaki yang mudah melaknat apabila perkara yang tidak disukai menimpanya?Juga tidak sedikit. Sudah tentu, ini merupakan sikap yang sangat tercela walaupun dilakukan oleh lelaki.

Wanita Sempurna.

  Kelebihan wanita terletak pada kehalusan perasaannya. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik, ia akan menjadi hamba Allah yang sangat dicintai. Dalam hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “ Wanita terbaik yang pernah menunggang unta ialah wanita Quraisy. Mereka sangat sayang kepada anak pada masa kecilnya dan sangat pandai menjaga suaminya.”
            Baginda juga bersabda yang bermaksud: “ Lelaki yang mencapai kesempuraan sangat ramai. Namun tidak ada wanita yang sempurna melainkan Asiah isteri Firaun dan Maryam binti Imran.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim).
            Menurut al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, kesamaan yang terdapat pada Asiah dan Maryam adalah kedua-duanya mengasuh seorang nabi. Asiah mengasuh Nabi Musa a.s, manakala Maryam mengasuh Nabi Isa a.s.
            Jadi kecemerlangan mengasuh dan mendidik anak membawa mereka kepada kesempurnaan dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dan keluarga kita daripada sifat2 ahli neraka ini, serta menghiasi kita dan mereka dengan sifat2 ahli syurga. Amin ya Rab al-`alamin...

Semoga Allah sentiasa mengampuni diri kita..teringat akan arwah suami..terasa banyak kesilapan padanya..sebagai ganti dan penebus dosa akan ku doakan selalu smg beliau diampuni,dirahmati dan tergolong di antara org2 yg beriman..bg yg masih mempunyai suami bersyukurlah dan hargailah suami selalu smg syurga menjadi milik kita..

     
 

1 ulasan:

  1. wanita lebih ramai dari lelaki... tapi tak semestinya lelaki senang-senang terlepas. jadi, kenalah beramal baik lelaki mahupun wanita....

    --> singgah dulu di TechKini.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim