Jumaat, 2 November 2012

 3:32 PTG         No comments


Bismillah dan Assalamulaikum


Bagi kemas kini dan permohonan BR1M 3.0 2014 sila klik link di bawah 


Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman ayat 71-72 ;"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?.Maha Sucilah nama Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

Alhamdulillah BR1M kembali lagi..dapatlah merasa Rm500 lagi..sungguh Allah begitu Maha Pemurah..semoga Allah merahmati pemimpin negara kita yang prihatin terhadap rakyatnya.


Kali ini tidak perlu untuk mengisi borang lagi hanya perlu kemaskini maklumat..cuma apabila terbaca blog ciklaili.com (lawatlah blog beliau banyak informasi ) teringat akan adik saya yang pasti layak untuk mengisi borang ini.Adik saya ini adalah antara insan yang diuji oleh Allah SWT dengan mengidap penyakit misteri lebih daripada 10 tahun ..kami tetap berusaha untuk mengubatinya tetapi masih belum diizinkan Allah lagi..alhamdulillah dia redha dan tabah mengerti disebalik ujian yang diberikan kepadanya.

Ok la sesiapa yang mahu daftar secara online atau mengemas kini maklumat BR1M 1.o klik di sini : Bismillah dulu..


Bagi yang ingin mengisi secara manual boleh upload di :


Pada masa BR1M kali pertama saya hanya perlu menghantar ke pejabat ADUN UMNO kawasan sahaja boleh..tidak perlu ke kaunter LHDN..

Berikut syarat2 bagi mereka yang layak memohon :   

Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan   isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar  bulanan RM3,000 dan ke bawah.
 

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim