![]() |
Seronok mereka mendengar cerita..kena cari modal lagi nak cerita apa lepas ni.. |
Assalamualaikum...selamat bercuti sahabat2 dan adik2. Semenjak akhir2 ini, anak2 ustazah sering bertanya tentang kisah-kisah Nabi yang jarang mereka dengar seperti Nabi Daud, Nabi Ilyas dan Nabi Idris. Jadi, sibuklah ustazah mencari bahan bacaan untuk halua telinga anak2..semoga kisah yang dipaparkan ini ada manfaatnya untuk kita bersama. Untuk para ibu atau ayah sampaikanlah kisah ini pada anak2 biar mereka tahu siapa dan apakah sejarah Nabi2 serta ambillah pengajaran di sebalik kisah yang disampaikan.
A.Nabi Idris a.s. Semasa Kecil.
Nabi Idris a.s. dilahirkan dan dibesarkan di sebuah daerah yang bernama Babylon.Sejak kecil,Nabi Idris a.s. telah berguru tentang kehidupan dan pelbagai perkara kepada Nabi Syits.Kemana pun Nabi Syits berdakwah Nabi Idris akan sentiasa menemaninya.
Nabi Idris a.s. adalah pemuda yang sangat bijak,pandai dan memiliki aspirasi
yang tinggi. Nabi Idris a.s. dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam a.s. dan merupakan manusia pertama
yang belajar menulis.Nabi Idris a.s. juga adalah manusia yng menemui sains
astronomi dan aritmetik. Sebagai nabi, nabi Idris a.s. dikurniakan pelbagai
kepandaian oleh Allah SWT.
Selain pandai menulis, membaca,mengetahui ilmu alam dan ilmu matematik, Nabi
Idris a.s. selalu membuat pakaiannya sendiri dengan fesyen yang indah.
Selain bidang itu, Nabi Idris juga dianugerahkan Allah SWT pandai
membuat rumah dengan binaan sederhana tetapi indah. Rumah-rumah yang dihuni
manusia pada ketika itu, meniru reka bentuk rumah Nabi Idris
a.s.Kelebihan-kelebihan Nabi Idris a.s. tersebut di manfaatkan untuk mengajak
orang melakukan kebaikan, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran.
B. Singa daripada Segala Singa.
Dalam misi kenabiannya, Nabi Idris a.s menerima wahyu daripada Allah SWT
melalui Malaikat Jibril sebanyak 30 shahifah iaitu 30 helai firman Allah
SWT yang perlu disampaikan kepada umat manusia. Nabi Idris a.s menetang manusia
yang menyembah manusia yang mengagung-agungkan patung atau berhala. Selain itu,
Nabi Idris a.s. juga menganjurkan kaumnya untuk melakukan puasa sebagai latihan
untuk mengawal nafsu.
Nabi Idris a.s di dalam Al-Quran digolongkan sebagai manusia yang sabar.
Seringkali Nabi Idris a.s mendapat dugaan tetapi semua itu dapat di atasinya.
Nabi Idris a.s. percaya bahawa Allah SWT akan menolongnya. Dalam berdakwah,
pasti ada manusia yang menolak ajarannya dan berasa tersinggung. Malah mereka
melakukan kezaliman dan bersikap kasar terhadapnya. Namun, Nabi Idris a.s.
tetap tenang menghadapinya.
Nabi Idris a.s sering bertindak tegas terhadp orang-orang yang
tidak beriman dan zalim.Selain tegas, Nabi Idris a.s adalah seorang yang gagah
berani dan tangkas menunggang kuda. Nabi Idris a.s. dan pengikutnya selalu
menang dalam peperangan melawan orang-orang zalim.
Oleh kerana kegagahan,keberanian serta kecerfikan itulah, Nabi Idris
a.s. digelar sebagai asadul asad yang bermaksud "singa daripada
segala singa" .
C.
Nabi Idris a.s diangkat menjadi Nabi.
Selama puluhan tahun berdakwah, Nabi Idris a.s. hanya mendapat beberapa
orang pengikut sahaja. Namun, Nabi Idris a.s. tetap tegar dan tidak pernah
putus asa. Nabi Idris a.s. tidak mahu memaksa suatu kaum untuk masuk ke dalam
ajaran Allah SWT. Jika ada sekelompok manusia menolak apa yang
disampaikannya beliau akan meninggalkannya dan mencari daerah baru untuk
berdakwah.
Walaupun Nabi Idris a.s. menghadapi banyak musuh, Nabi Idris a.s selalu
dilindungi oleh Allah SWT. Selain itu, beliau memang seorang yang bijak dan
pandai dalam menyusun strategi perang. Walau pun dari segi jumlah pengikut,
Nabi Idris a.s. tidak mempunyai banyak pengikut namun mereka adalah pengikut
yang sangat beriman. Oleh kerana, kebijaksanaan, ketegasan dan kesabarannya,
akhirnya Nabi Idris a.s. diangkat menjadi Nabi iaitu pada usia 82 tahun.
Pengajaran daripada kisah di atas :
1. Gunakan kemahiran atau kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk mengajak orang lain mengenali Islam dan beriman kepada Allah.
2. Sentiasa bersabar menghadapi ujian hidup.
3. Tegas dan teguh dalam urusan keimanan kepada Allah SWT.
4. Yakin akan bantuan Allah SWT jika kita benar2 bertakwa kepada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Komen