Alhamdulillah melalui kitab-Nya Allah SWT menjawab kenapa kita terpilih..
Kenapa kita sering diuji..
Firman Allah,maksudnya: Patutkah manusia menyangka
Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami
telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang
sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang
orang-orang Yang berdusta.
Surah Al-Ankabut: 2-3
Kenapa kita tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman Allah, Maksudnya : Dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah Al-Baqarah: 216
Kenapa kita diuji ujian seberat ini?
Firman Allah, maksudnya : Allah tidak memberati
seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. Surah Al-Baqarah;286
Bagaimana kan kita hadapi ujian ini?
Firman Allah,maksudnya:Dan mintalah pertolongan
(kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk.Surah
Al-Baqarah:45
Firman Allah lagi,maksudnya: Wahai orang-orang Yang
beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan
perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).Surah Ali Imran:200
Apa yang boleh kita dapat dari semua ini?
Firman Allah,maksudnya:Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan
(balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada
jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan
syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah
di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang
lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan
jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli
(yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
Surah At—Taubah:111
Hati pasti terasa lega setelah mengetahui rahsia disebalik sesuatu ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita...semoga kita sentiasa redha dan berlapang dada..telusurilah kitab-Nya saban hari pasti suatu kemanisan akan kita rasai..
Surah At—Taubah:111
Hati pasti terasa lega setelah mengetahui rahsia disebalik sesuatu ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita...semoga kita sentiasa redha dan berlapang dada..telusurilah kitab-Nya saban hari pasti suatu kemanisan akan kita rasai..
Tiada ulasan:
Catat Komen