Khamis, 22 November 2012

 8:31 PTG         No comments
Kisah kelebihan Puasa 10 Muharam

Assalamulaikum..esok adalah 9 Muharram jadi saya ingin mengajak diri dan sahabat2 untuk berpuasa sunat selama 2 hari..kenapa kena puasa pd 9 dan 10, ini kerana mahu membezakan antara puasa orang kafir/yahudi di mana mereka hanya berpuasa pada 10 muharram sahaja. Alhamdulillah satu kelebihan 10 Muharram ni kita digalakkan mengusap kepala anak yatim..akan saya usaplah kepala anak saya yang empat orang ni yang penting semata2 kerana Allah SWT..saya ingin mengajar diri dan anak2 biarlah kita melakukan apa2 kebaikan dgn tdk mengharapkan balasan tahulah Allah SWT memberi ganjaran yg sepatutnya..bagi yg sedang menjalani peperiksaan eloklah berpuasa begitu juga dgn ibu bapa..doa orang yg sedang berpuasa adalah sangat Makbul...kedengaran anak yang sulong bertanya pada adik2nya siapa nak ikut mak puasa esok..syukur ada anak yang ikut puasa..klik di sini :
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s., Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim