Jumaat, 23 November 2012

 2:06 PTG         No comments
Assalamulaikum WBT....
Rasa kasihan dan menitis air mata melihat apa yang terjadi pada rakyat Palastin pada masa kini. Saya melihat begitu banyak paparan gambar yang menyayat hati..terutama yang melibatkan kanak2..teringat anak sendiri jika berlaku sedemikian rupa..Lepas solat berjemaah  tadi kami memanjatkan doa Qunut Nazilah agar hancurlah Israel dengan bantuan Allah SWT seperti mana Allah mengirimkan Taufan Sandy kepada Amerika akibat filem menghina Islam..benar rakyat Palastin sedang diuji dan di sebalik itu syahid adalah ganjaran teristimewa bagi mereka..Mereka tabah,bersemangat dan berani dalam mempertahankan Islam dan Iman..jika dibandingkan dengan diri kita di Malaysia ini bagaimana agaknya..orang dewasa, remaja dan kanak2 adakah semangat juang kita tinggi seperti mereka..itulah yang saya renungkan..

Kita di sini sibuk menyiarkan berita dan gambar2 akibat serangan..lalu kita bertindak memboikot barangan keluaran yang bersekongkol dengan Israel..tetapi berapa lama tahan tak makan Macdonal atau lain2 produk kalau anak dah merengek..Astaghfirullah..
Satu hal lagi saya pernah terbaca artikel yang mana Israel ni tak hairan pun kita bakar bendera dia..kutuk di peringkat Antarabangsa dan sebagainya..biarlah umat Islam meraung dan melolong membenci kita..dia orang sekadar berteriak sahaja dan hanya sementara..kita tak perlu risau SELAGI  KITA TIDAK LIHAT MEREKA SOLAT SUBUH BERJEMAAH SEPERTI MANA MEREKA SOLAT JUMAAT...memang benar pun kenyataan ini..kita lihat berapa ramai antara kita yang sanggup bangun di awal pagi untuk solat berjemaah di surau atau masjid untuk bersolat subuh..tetapi dikalangan orang lelaki terutamanya yang bakal berjuang dan berjihad untuk Agama jika berlaku seperti di Palastin lebih sanggup bercekang mata menonton bola sepak hingga dini hari..kemudian tidur sehingga terlepas solat subuh...berilah kami hidayah Ya Allah..Tandanya kita kena berusaha mengajak dan menyeru umat Islam di Malaysia ini khususnya dan umumnya seluruh umat Islam di dunia untuk solat subuh berjemaah seperti mana ramainya umat Islam menunaikan solat Fardu Jumaat..nampak sukar tetapi kita boleh sebenarnya..ayuh para muslimin bangun..dan kita berjihad untuk melawan nafsu kita..para Muslimat pula beri semangat dan gerakan suami dan anak2 supaya solat subuh berjemaah di masjid atau di surau...amat mengejutkan fakta umat Islam di Malaysia sebanyak 80% tidak menunaikan solat..

Mereka diserang dengan Bom dan lontaran peluru..adakah kita aman sebenarnya? kita sebenarnya dibom dengan lontaran hiburan yang melalaikan ..malah saya sendiri sentiasa perlu menjelaskan pada anak2 kenapa kita tak boleh main game ini..kenapa kita tak boleh menonton cerita/video ini...Program TV banyak yang menganjurkan kita ketawa, menyanyi,pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam2 lagi..kita rasa aman tetapi sebenarnya kita terancam dan makin jauh dengan ajaran Islam berbanding mereka di Gaza nyawa sentiasa dihujung tanduk dan rahmat Allah sentiasa ada kepada mereka kerana mereka sentiasa berdoa dan berharap serta terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir...

Paling membahagiakan melihat laporan mengapa kanank2 di sana menjadi buruan utk dibunuh oleh tentera Zionis..puncanya adalah kanak2 ini majoriti adalah penghafaz Al-Quran..mereka tdk mahu golongan ini membesar dan jika dibiarkan akan membawa padah kepada mereka...subhanallah tetapi anak2 kita di sini bagaimana..nak suruh hafal satu doa setiap hari pun susah..asyik ada sahaja alasan..ikhtibar utk saya mengajarkan anak2 dgn Al-Quran setiap hari dimusim cuti ni minta mereka hafaz surah2 pendek..kita tetapkan jadual..

Aurat..ramai yang tahu tapi tak sedar..sombong..Lelaki tak boleh pakai seluar atas lulut dan seluar ketat yang menampakkan otot2...tetapi kita pakai jg..perempuan apatah lagi nampak sangat kepincangannya..ramai antara kita memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sebenarnya..berbaju jarang, seluar ketat,tudung pendek..Astaghfirullah..terasa janggal melihat perempuan berfurdah berbanding perempuan yang tak menutup aurat..benar2 kita terancam. Malu nak pakai kupiah dan tudung labuh takut dicop alim sangat..ketinggalan dan tak up to date...

Pada ketika ini doa kita dimakbulkan di mana genjatan senjata telah dicapai ..aman ..mungkin buat seketika bukan kita tak tahu perangai orang Yahudi ni sering mungkir janji..
bagi saya ikhtibar daripada kisah ini marilah kita sama2 merubah diri dan keluarga serta masyarakat utk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar jgn leka dibuai dgn kenikmatan keamanan dan kesenangan..kalau dulu kaum nabi Lut dimusnahkan disebabkan kes liwat, Kaum Nabi Syuaib dgn kes penipuan timbangan dan banyak lagi kisah nabi yang mana Allah hapuskan mereka disebabkan satu kesalahan sahaja..jadi kalau dikira2 kita sekarang ni apa je kesalahan yg masyarakat atau umat Islam tak buat,LGBT,Zina, buang bayi, rasuah, kezaliman, penipuan,rompakan dan mcm2 lagi.,..Alhamdulillah kita tak digulung lagi dgn Allah SWT ..kalau ikut kelayakan utk dimusnahkan memang dah layak sgt...mg diri saya terutamanya sentiasa beringat..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim