Sabtu, 3 November 2012

 11:15 PTG      4 comments


Assalamualaikum...

Ya Allah..tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka... bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Selain usaha,doa merupakan senjata yang perlu digunakan dalam mencapai cita-cita.berikut diberikan beberapa doa yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.


Inilah rutin kami di SAMTAJ Sg. Besar
Semoga dengan usaha  tekun dan segala doa yang dipohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan oleh-Nya.Moga semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan berjaya denan camerlang.Selamat maju jaya!

1.Ketika pelajar-pelajar hendak keluar dari rumah,adik-adik boleh lakukan perkara seperti berikut:
a. Membaca ayat Al-Kursi dengan niat semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
b.  Melangkan keluar dengan kaki kanan dan baca Basmallah.

2.Doa penerang hati

اَللَّهُمَ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ  رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَاحِمِينَ

Ertinya:Ya Allah,bukakanlah kepada kami hikmah Engkau dan tunjukkan khazanah-khazanah dan rahmatkan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pelajar-pelajar boleh membaca doa ini ketika berada di dewan peperiksaan dan lebih afdal atau sebaik-baiknya mengadap kiblat. Doa ini hendaklah di baca sebelum menjawab soalan-soalan periksaan.

3. Doa menambah ilmu dan mendapat ilham.

اَللَّهُمَ  أَلْهِمْنِي رُشْدِيْ وَأَعِذْنِيْ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ رَبِّ زِدْنِيْ عِلْمًا وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا

Ertinya : Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan, lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku. Tuhanku, tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman.

4. Menuju ke dewan peperiksaan
Sewaktu menuju ke dewan peperiksaan pelajar-pelajar boleh membaca doa ini :

اَللَّهُم اجْعَلْنِي فِي قَلْبِيْ نُوْرًا وَ فِي لِسَانِي نُوْرًا وَ فِي بَصَرِي نُوْرًا وَ فِي سَمْعِي نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا  وَعَنْ يَسَارِي نُوْرًا وَمِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِيْ فِيْ نَفْسِيْ نُوْرًا                          
Ertinya: Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya dan pada lidahku cemerlang, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya,jadikanlah pada hadapanku cahaya dan jadikanlah di pihak atasku cahaya, dan di pihak bawahku cahaya. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya. ( riwayat muslim )

5. Semasa hendak memulakan peperiksaan ;
Pelajar-pelajar boleh membaca :
a.    Surah Al-Fathehah dengan memohon pada Allah agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.
b.    Ayat Kursi dengan niat meminta kepada Allah agar Dia menghilangkan segala kegusaran dan kegementaran hati agar memperoleh kejayaan cemerlang.
c.    Kemudian  baca doa berikut :

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

 Ertinya: Segala puji bagi Allah dengan sebenar-benar pujian.Manakala selawat dan salam (diucapkan) kepada utusanNya Nabi Muhammad dan keluargannya.
d.    Mula menjawab soalan-soalan dengan Basmallah

6.Doa ketika terlupa nota yang dibaca :
 
الِلَّهُمَّ ارْزُقْنِي فَهْمَ النَّبِيّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَإِلْهَامِ الْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ.
يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيْمُ, إِفْتَحْ قَلْبِيْ فُتُوْحَ الْعَرِفِيْنَ


Ertinya : Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahamanku kefahaman para Nabi dan pemeliharaan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir denganMu. Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang arif.

  7.Ketika berasa susah menjawab soalan peperiksaan pelajar boleh baca :

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلُ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ إِذاَ شِئْتَ سَهْلاً

Ertinya : Ya Allah ,tiada kemudahan itu melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki .” ( Riwayat Ibn Hibban )

Ulang bacaan berikut :

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Ertinya: Sesungguhnya beserta kesukaran itu terdapat kemudahan.

  8. Setelah selesai menjawab soalan peperiksaan.
Baca pula doa berikut :

الْحَمْدَ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Ertinya: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan ( Riwayat Al-Hakim)


3.    9.Apabila memperolehi keputusan Cemerlang.
Jangan lupa pelajar-pelajar untuk membaca doa berikut :

الْحَمْدَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ حَمْدًا يُواَفِى نِعْمَهُ وَيُكاَفِئُ مَزِيْدَهُ.
اَلْحَمْدُ للَّهِ بِنِعْمَتَهِ تَتِمُ الصَّلِحَاتِ
Ertinya: Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam sebagai pujian di mana Dia menyempurnakan nikmat-Nya dan membalas (memberi) tambahannya (apabila nikmat itu disyukuri). Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya menjadi sempurna segala kebaikan.”(Riwayat Ibn Majah & ibn Sunni )

4.   10. Bagi pelajar-pelajar yang gagal.
Jangan putus asa sebaliknya bacalah doa ini :
اَللَّهُم أَجُرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ertinya : Ya Allah, berilah pahala kepada hamba berhubung dengan bala (kegagalan) yang mengenai aku ini, dan susulilah ia dengan yang lebih baik bagi aku! ( Riwayat Imam Malik )










4 ulasan:

  1. assalamualaikum ustazah ain..terima kasih atas sebab share amalan2 untuk pelajar ni..saya nak ambil spm tahun ni..doakan kejayaan saya ustazah :) ustazah,ada tak amalan surah yang elok saya amalkan dalam masa terdekat ni..untuk saya dapat tenangkan hati, tenangkan fikiran, dan memudahkan saya untuk mengulangkaji pelajaran.. terima kasih ustazah :)

    BalasPadam
  2. terima kasih ustazah ain :')

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...mohon copy yer ustazah...untuk anakanda..

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum terima kasih ustazah ain

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim