Jumaat, 2 November 2012

 10:33 PG         No comments
 Suhbanallah wa bihamdi Subahanallahilazim...ringan dimulut tetapi berat timbangannya di sisi Allah SWT.

Alhamdulillah dengan izin Allah Mumtaz telah berjaya menduduki tempat pertama sekali lagi dapat menewaskan 10 pelajar yang lain. Tapi markah tidak mencapai 90% ke atas hanya dapat 87% sahaja. Masa proses penandaan saya di ajak oleh guru2 PASTI untuk turut serta..tapi saya menanda untuk murid 5 tahun..

Hakikatnya dalam mendapat keputusan ini ada perkara yang lebih menggembirakan saya iaitu saya berjaya meyakinkan Mumtaz bahawa Benar ! Allah Maha Mendengar . Dia boleh berkata Allah la mak yang bagi Mumtaz pandai..Allah..Allah..terima kasih ya Allah ..rasa berjaya meyakinkan bahawa Allah lah yang membantu kita selama ini..Allah dah maqbulkan doa mak.

Menjadi rutin selepas sahaja solat berjemaah saya gunakan kesempatan untuk berdoa. Anak saya mendengar ..saya berdoa menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu je bila menyentuh hal anak2 menyerap sikit dekat hati mereka..kesannya mereka rasa terharu nama mereka disebut..buatlah sahabat2 sekelian..kalau kadang2 mereka bergaduh saya minta dilembutkan hatinya..bila nak periksa minta dapat nombor satu begitu juga dengan akhlak mereka..

Kali ini kami akan cuba berusaha pula mencapai kejayaan di Peringkat Negeri pada 11.11.2012. Alhamdulillah dengan izin Allah kali ini peperiksaan diadakan di Daerah Sabak Bernam berbanding tahun sebelum ini di Gombak dan di Banting yang jauh2 tu..dulu arwah suami ada ok la jauh2..Allah Maha Pengasih memudahkan urusan kami..

Pada musim2 keputusan peperiksaan nak keluar ni UPSR/PSRA, PMR ibubapa dan pelajar makin hampirkanlah diri pada Allah SWT..begitu juga bagi yang ingin menghadapi SPM/STPM..atau apa sahaja..berdoalah..

Doakan kejayaan kami..ya Allah jauhilah kami dari sikap riya`..sombong..dan takabbur..segala2nya adalah daripadaMu dan hanya ujian utk kita samada menjadi lebih bersyukur atau sebaliknya.. pasti kita memilih utk bersyukur..

 
Keputusan Akhir secara keseluruhan..Alhamdulillah

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim