Sabtu, 24 November 2012

 10:54 PG         No comments
Assalamualaikum ...
Semoga cuti sekolah kali ini kita manfaatkan sebaiknya utk anak2..
Ini adalah lanjutan dari entri aktiviti-mudah-cuti-sekolah-1-lipat-kain.
Dari awal cuti sekolah lagi saya cuba dan tak paksa anak2 utk solat Sunat Dhuha..Alhamdulillah mereka tak banyak soal dan dapat menunaikan setiap hari selepas mandi waktu pagi..
Hari pertama mereka melaksanakannya  mereka dah dapat hasilnya sehinggalah ke hari ini..saya nak cerita di sini rasa macam tak sedap pulak..tapi memang menyebabkan anak2 yakin dgn bersolat dhuha rezeki makin tambah.kesihatan kami alhamdulillah dan keluarga kami bahagia..syukur pada Mu Ya Allah atas kekuatan yang Kau berikan dan dengan keizinan Mu segala2nya ini berlaku.
Dulu saya adalah seorang pengidap sakit kaki yang agak teruk tak dapat berdiri dan berjalan pada waktu yang lama tapi setelah megamalkan solat dhuha ni Alhamdulillah sekarang kaki saya sudah tidak sakit lagi dan bila perhimpunan  selama 2 jam saya boleh bertahan dalam keadaan berdiri. Sahabat saya yang mengetahui saya sering sakit kaki pun terkejut di mana saya boleh bertahan sekarang..
Semoga Istiqamah latihan cuti sekolah ini

Solat Dhuha 
Ibn Manzur dalam kitabnya Lisan Al-Arab berkata: Dhuha merujuk makna matahari dikatakan cahayanya. Ada pendapat mengatakan cahayanya apabila sampai ke bumi . Justeru maksud solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari baru muncul atau terbit.

Antara kelebihan solat Dhuha:
Pertama :Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya yg bermaksud; "Apakah kamu suka aku tunjukkan suatu ibadah yang lebih menguntungkan kamu, banyak ghanimah dan kelebihannya? Siapa yang berwuduk kemudian mengunjungi masjid untuk solat Dhuha maka ia lebih menguntungkan banyak ghanimah dan kelebihan."

Kedua : Daripada Abu al-Darda`: Rasulullah SAW bersabda; " Sesungguhnya Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud: " Hai anak Adam! jangan kamu lemah ( utk mengerjakan ) drpd empat rakaat Dhuha pada awal hari, nescaya Aku cukupkan bagimu hingga akhir hari tersebut."

Ketiga : Daripada Abu Zar , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Setiap anggota sendi kamu adalah sedekah, setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah. Dan semua ini diperolehi dengan dua rakaat solat Dhuha."

Antara intipati hadis ini ialah :
- Orang yang melakukan solat dhuha akan dimurahkan rezeki ( luaskan maksud rezeki bukan dgn tafsiran kewangan shj tetapi dgn mndapat nikmat kesihatan, rumah dan kenderaan  yg selesa, jiran dan sahabat yg baik dan lain-lain lagi ).
- Orang yang melakukan solat dhuha akan diberikan pahala yang banyak.
- Orang yang melakukan solat dhuha akan dipelihara Allah.
- Orang yang melakukan solat dhuha akan dihapuskan dosanya.
-Orang yang melakukan solat dhuha dianggap tidak termasuk golongan yang lalai, sebaliknya termasuk golongan abidin dan qanitin.
- Solat dhuha dianggap sedekah bagi setiap anggotanya yang mempunyai 360 sendi.

Ruang waktu dan waktu afdal.
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 28 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7.30 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya.
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Berkaitan dengan doa saya amat berminat dan lebih cenderung dengan doa daripada Rasulullah yang telah dipanjatkan untuk Anas Bin Malik setelah saya menonton you tube daripada Ustaz Zahazan ini :
Doa murah rezeki dan panjang umur. 
(Dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Doa ini adalah yang kami amalkan..saya doakan utk ahli keluarga dan sahabat handai tidak khusus pada saya seorang..saya telah ubah doa ni drpd singular kepada plural.

 
اَللَّهُمَّ اكْثِرْلَناَ فِي مَالِنَا وَوَلَدَناَ
وَوَاسِعْلَنَا فِي دَارِنَا
وَبَارِكْلَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَنَا
وَأَحْسِنْ عَمَلِنَا وَاغْفِرْلَنَا
Maksudnya :Ya Allah, perbanyakkanlah harta kami dan anak-anak kami luaskanlah rumah kami, berkatilah kami pada semua kurniaanMu kepada kami, perbaikilah amalan kami dan ampunkan untuk kami.



Untuk mendidik anak atau orang lain yang paling penting kita mulakan dahulu setiap sesuatu amalan tersebut agar mudah dan menjadi contoh kepada mereka.Semoga entri ini  ada manfaatnya utk kita semua.







0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim