Jumaat, 16 November 2012

 11:03 PG         No comments
 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. 
Semoga Allah mengurniakan zuriat pada kita sebagai penyejuk mata dan warisan yang bermanfaat kepada kita dunia akhirat. Alhamdulillah juga kita dikurniakan anak2 yang mudah diurus dan mendengar kata..ayuh kita jgn berputus asa dan mesti berdoa setiap hari biar mereka menjadi anak2 yang soleh..oopps apa2 hal pun kita ibubapa perlu jadi contoh pada mereka nak anak soleh kita kena soleh dulul.nak anak tutup aurat kita punya aurat pun kena jagalah..jadi qudwah hasanah.Bukankah kita ibu bapa yang mencorakkan anak.

Malam tadi tuang baju sebakul untuk dilipat..alhamdulillah tanpa disuruh anak2 berebut nak tolong lipat kain..saya tengok je cara mereka nak lipat mula2 diaorang buat pembahagian asingkan baju masing2 dan mulalah melipat..mungkin dah terbiasa jadi tidak bermasalah sangat. Lihatlah gelagat mereka di bawah ni : di sebabkan saya kata nak ambik gambar untuk buat entri kat blog..ooo masing2 sibuk capai tudung..alhamdulillah mereka sudah tahu menjaga aurat tanpa disuruh..Amin

Baru dapat lipat sepasang
Farah sedang melipat baju adiknya Hamka (dah tidur dlm buaian )
Beriya Mumtaz
Alhamdulillah...kira boleh la
Mudah kerja emak dia  ramai yang tolong..
Nampak Cool je Ijah ni
Inilah hasil lipatan mereka..syukur Alhamdulillah 

Mudah bukan aktiviti ni daripada anak menonton tv atau sibuk bermain apa salahnya kita ajar mereka untuk kemahiran hidup..sebagai persediaan untuk tinggal di asrama nanti. Bagi saya aktiviti ini sesuai untuk anak lelaki atau perempuan..
Ok apa kata kita mulakan aktiviti mudah cuti sekolah ini.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim