Selasa, 27 November 2012


Alhamdulillah dgn izin Allah SWT jua saya dan ramai penduduk Kg Banting dapat menimba ilmu di satu ceramah Masjid Al-Fitrah..ceramah bertajuk Maal Hijrah..
Saya ingin berkongsi beberapa pemandangan dalam perjalanan menuju ke masjid setelah azan maghrib berkumandang..saje pergi selepas azan biar tak banyak bertembung dgn jemaah lelaki..

1. Satu keluarga masih sibuk merepair warung minum pagi.
2. Penjual durian masih bersembang dengan sekumpulan anak2 muda.
3. Warung kopi masih dipenuhi dengan orang lelaki yang dah berusia.
4. Sebuah warung sedang sibuk mengemas untuk menutup gerai..

Perasaan saya :
1. Hiba.. mengapa mereka belum pulang ke rumah bersiap sedia untuk solat maghrib.
2. Apakah peranan saya..
3. Mendoakan mereka smg Allah memberi hidayah ..
4. Kita masih belum menghayati konsep Maal Hijah..
5. Teringat rakyat di Palastin ikhtibar-serangan-di-palastin.
6. Saya sendiri perlu banyak berubah sebelum bergerak merubah keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.. 
Alhamdulillah..satu perkongsian untuk guru Pendidikan Islam Ting 1 yang melaksanakan PBS. Bolehlah kita semak2 dan bersedia untuk mengajar tahun 2013 ni. Saya dapat bahan ni daripada Ustazah Yasirah Yazid GC daripada Johor. Terima kasih Ustazah..pasti bermanfaat utk kami..saya sentiasa doakan semoga perkongsian ini menjadi amalan atau warisan kita sebagai persediaan dan bekalan di kampung abadi kita nanti :


                               
Assalamualaikum..emm hari ni cuti sekolah lagi, bahagia dapat masak. Hari ni masak simple je..tadi dah basuh beras dan baca Al-Fathehah sekali hempus kat beras yang nak di masak. Mari kita hayati erti Al-Fathehah yang begitu indah maknanya :

 Bukan apa mengharapkan keberkatan daripada rezeki kurniaan Allah..smg anak mudah mendengar kata, soleh dan terikat kasih sayang antara kami sekeluarga..

Sambil siang ikan dan ayam alunkan zikir munajat Ustaz Amal guna cd biar ada aura kat masakan..bole juga mulut terikut kumat kamit...berusaha sedaya upaya ingin menghidupkan suasana islamik dalam rumah..

Ok la nak teruskan memasak cuma goreng ikan dan sup tom yam je.pasti anak2 suka.mungkin nak pergi bermusafir petang ni...mg Allah mudahkan urusan

Alhamdulillah..Allah SWT sentiasa memberi kita jalan untuk menyelesaikan masalah. Adik saya pengidap penyakit misteri dan syukur kini penyakitnya tidak seteruk 10 tahun yang lalu..jangka masa yang lama..puas berubat akhirnya kami banyak belajar bahawa perawatan penyakit jenis ini memerlukan usaha gigih daripada pengidap penyakit itu sendiri 70%..30% adalah bantuan orang lain. Memang kasihan pada adik pernah hilang ingatan, mengamuk, murung dan setelah pulih banyak perkara yang dilupai..Alhamdulillah adik saya ini orang yang faham dan banyak redha dgn apa yang menimpanya..setiap kali perubatan ramai yang menyatakan dapat tinggalan saka drpd arwah atuk dan nenek..wallahu `alam

Apa yang saya lihat perubahan ketara pada adik saya ini apabila dia banyak mengamalkan zikir, membaca Al-Quran dan Qiamullail..zikir yang sentiasa diamalkan ialah Mathurat dan zikir daripada buku Ustaz Sarhan yang saya hadiahkan kepadanya..jadi sesiapa yang ada penyakit misteri ni cubalah beli buku ini dan buat rawatan sendiri..dalam buku ini ada keizinan daripada Ustaz Sarhan utk mengamalkan amalan zikir daripada Al-Quran..Nauzubillah bila jumpa bomoh nanti takut terpesong aqidah..dan syirik.

Terbaru saya ada menonton TV rancangan Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sarhan juga pada 25 Nov, beliau menyatakan amalkan zikir amat mudah seperti berikut daripada surah al-Anbiyaa ayat 87:

yang mana inilah zikir Nabi Yunus ketika ditelan ikan Nun..yang menyebabkan ikan tersebut kegelisahan dan akhirnya memuntahkan Nabi Yunus..jadi cuba kita amalkan hari2, pegang tasbih jgn jemu..inshaa Allah pasti mujarab..bukankah selain kita merawat diri pahala memohon pada Allah kita perolehi sambil mengingatiNya saban waktu..kalau diturutkan beruntung mereka yang sakit ini sentiasa dekat dgn Allah SWT..kita yang sihat ni seringkali terlupa..Astagfirullah..banyak sebenarnya amalan yang mudah cuma kita kena rajin mencari dan setelah berjumpa jangan lupa diamalkan..akhirnya kesannya kita akan rasai...


Subhanallah..persoalan jodoh pada sesiapa yang belum bertemu  pasti menjadi satu kegusaran anak gadis atau teruna..masyarakat sekeliling bertanya. Bersabarlah.. Cari Allah dengan Doa dan amalan. Usai kita berusaha dengan menggunakan langkah dituntut Islam, menyerahlah kepada Sang pencipta bagi memakbulkan permintaan itu. Di sini saya lampirkan lapan tips ringan jodoh cuba praktikkanlah :

·         Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan apa bahasa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

·         Berdoa dihening malam

·                     Satu hadith yang direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud;

 “ Allah SWT turun ke langit dunia sepertiga  waktu malam masih tersisa, Allah menyeru : Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya  Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya. 

·         Doa Ibu bapa
Ungkapan doa yang paling mustajab adalah doa kedua orang ibubapa terutamanya ibu. Ibu bapa perlu berdoa supaya anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak terutama anak2 masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.

·         Puasa pada hari jadi
Amalan Rasulullah. Puasa di hari lahir, pasti tidak ramai yang berbuat demikian bukan..puasa ini dipanggil puasa hajat. Pada saya, saat kita dilahirkan adalah detik paling suci, seolah bebas dari hamparan dosa dan noda. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan Allah.

·         Solat Sunat Taubat
Lakukanlah solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang. Kita mahu Allah tunaikan hajat kita, tetapi hal kita dengan Allah SWT belum selesai. Kerana itulah kita perlu meminta ampun terlebih dahulu kepadaNya.

·         Pohon Restu Ibu bapa
 Apabila hati sudah berkenan pada seseorang jangan sorokkan dari ibu bapa, bagi tahu mereka kerana mereka lebih tahu siapakah yang terbaik untuk kita. Jika Ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik utk kita, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

·         Amal doa pilihan dan solat hajat.


Baqarah [45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.

Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

BILA?
Baqarah [214] : …….Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Inshaa Allah..pasti anda mampu memberi dan memiliki..


Isnin, 26 November 2012

Ya Allah tunjuki kami jalan yg lurus iaitu jln org2 yg Kau kurniakan nikmat kepada mereka
Assalamulaikum...terasa rindu dua hari sunyi daripada menaip entri terbaru..Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai hadith Nabi yang menyatakan bahawa kaum wanita ramai yang menjadi ahli neraka. Saya sangat takut  dengan hadith tersebut sebab saya wanita dan takut tergolong dgn wanita yang dimaksudkan.Apabila saya membaca artikel ilmiah itu saya rasa terpujuk dan dapat pencerahan melalui huraian daripad Ustaz Omar Md. Noor yang mana artikel beliau adalah seperti berikut :

Pada zaman Nabi S.A.W.,telah berlaku gerhana matahari.Lalu, Baginda melakukan solat gerhana bersama-sama sahabat Baginda.Ketika solat, Nabi S.A.W. Lalu, Baginda melaksanakan solat sunat gerhana bersama-sama para sahabat Baginda. Ketika solat, Nabi SAW berdiri sangat lama, begitu juga ketika rukuk. Kemudian, Baginda bangkit untuk berdiri semula, lalu rukuk dan sujud.

Dalam rakaat kedua, Baginda SAW kembali berdiri dengan lama, namun tidak lama seperti raka`at pertama. Nabi SAW selesai daripada solatnya apabila gerhana tersebut telah berlalu.
Selesai solat, Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi.Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti di hari. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita". 
Para sahabat bertanya: " Apakah sebabnya wahai Rasulullah?".
"Sebabnya ialah kekufuran mereka" jawab Nabi SAW. 
Mereka bertanya lagi: " Adakah mereka kufur kepada Allah?" 
Baginda membalas: " Mereka kufur ( tidak berterima kasih ) kepada suami dan suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada hidup mereka dengan baik seumur hidupmu,lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: " aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu." Riwayat al-Bukhari dan Muslim drpd Ibn Abbas.

Ahli Neraka Paling Ramai
Sebahagian orang yang tidak faham, menyangka hadith ini merendahkan kaum wanita, padahal sama sekali tidak seperti itu. Malah, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang selalu membela dan meninggikan martabat wanita.
Yang pasti, ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang. Bukan juga bangsa dan warna kulitnya, tetapi  amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
          Allah berfirman yang bermaksud :Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka ,mereka kekal di dalam nya."
(Surah al-Baqarah 2:81)
            Ramainya bilangan wanita di dalam neraka adalah kerana populasi mereka yang besar di dunia ini dan kebiasaannya,bilangan kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh sebab itu,wanita bukan hanya paling ramai di neraka,bahkan paling ramai juga di syurga.Demikianlah pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim.
           Untuk lebih meyakinkan bahawa hadis ini bukan untuk menyindir kaum wanita, sebuah riwayat lain ada menyebut kaum  wanita yang Nabi S.A.W. lihat pada saat itu ialah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu.
    Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang  jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya.Jika diminta,mereka bakhil .Jika meminta,mereka sangat memaksa.Dan jika diberi,mereka tidak berterima kasih."
           Jelas sekali,Rasulullah s.aw. bukan menekankan status mereka sebagai wanita.Akan tetapi , Baginda menitik beratkan pada sifat-sifat buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi sebab mereka terhumban ke dalam neraka.

Nafikan Kebaikan 
    Jika  kita fikirkan lebih mendalam, hadis ini sebenarnya  memihak kepada wanita.Dengan hadis ini, Rasullullah s.a.w hendak mengingatkan kaum wanita sifat2 yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Sifat2 itu sgt halus dan sering kali dianggap ringan dan temeh. Tujuannya agar mereka dapat memperbaiki diri sehingga terselamat daripada siksa Allah.
     Rasulullah SAW menjelaskan, salah satu sifat buruk yang sering kali terdapat pada diri wanita ialah mudah memperkecilkan atau melupakan kebaikan seseorang ketika marah. Semua kebaikan masa lalu terhapus hanya kerana satu kesalahan yang berlaku.
      Seseorang suami yang selalu memenuhi keperluannya dilihat seolah2 tidak pernah memberikan apa-apa. Seorang anak yang selalu berbakti dengan pelbagai pemberian, seolah2 hanya pandai menyakiti hatinya sahaja. Senario ini berlaku ampir setiap hari di sekeliling kita, namun kita jarang2 memerhatikannya dan mengambil ikhtibar. Ramai yang menganggapnya ringan, padahal di sisi Allah cukup berat.
       Menafikan kebaikan walau sekecil mana pun, merupakan sikap yang kejam dan kasar hanya orang yang tidak mempunyai kefahaman dan kesedaran sahaja yang bertindak demikian. Perbuatan ini sama sahaja seperti membalas kebaikan dengan kejahatan yang sangat melukakan perasaan. Bayangkan betapa hancurnya hati seseorang apabila kebaikannya tidak dihargai, bahkan dilupakan. Perbuatan ini haram dilakukan kepada orang lain, lebih2 lagi kepada orang yang selalu menyayangi dan mencintai setiap ketika.
    Ibn Battal al-Maliki berkata dalam Sharh Sahih Al-Bukhari: " Rasulullah SAW memerintahkan kita untuk selalu berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalagi kepada suami yang selalu memberi kebaikan sepanjang hidupnya."

Sering melaknat.

      Selain sifat ini, Rasulullah SAW mengingatkan satu lagi sifat yang lain. Dalam hadith riwayat al- Bukhari daripada Abu Sa`id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah SAW lalu di hadapan sekumpulan wanita. kemudian Baginda bersabda mafhumnya: " Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakkannya menjadi ahli neraka." Mereka bertanya " mengapa wahai Rasulullah?" 
Baginda menjelaskan " kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan."Laknat yang dimaksudkan di sini ialah kata2 makian dan celaan yang lahir akibat kekesalan, sama ada ditujukan kepada manusia ataupun benda2 lain termasuk benda yang tidak bernyawa.
       Seperti sebelumya, sikap dan sifat ini mencerminkan kekeruhan hati dan kegelapan jiwa pelakunya. Pepatah Arab menyebut :" Cerek hanya mengeluarkan apa yang terdapat di dalamnya. Jika isinya kopi, ia akan mengeluarkan kopi, jika isinya susu, ia akan mengeluarkan susu."


Imam Al-Nawawi berkata :"Hadis ini mengandungi anjuran untuk memperbanyakkan sedekah,amalan baik.istighfar dan pelbagai ketaatan yang lain.Ia juga mengajarkan bahawa perbuatan baik dapat menghapuskan dosa-dosa."

Sifat,Bukan Jantina 

       Apabila mensyarahkan hadis ini dalam Majalis Sahih Al-Bukhari di Damsyiq, Umar Mohd Noor mendengar al-Muhaddith Sheikh Muhammad Na`im al-Reksusi berkata : “ Pengajaran dalam hadith ini bukan sahaja khas untuk wanita, malah ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memiliki sifat2 seperti ini dalam dirinya, termasuk juga lelaki.”
            Sungguh bijak ucapan beliau. Setiap sifat buruk yang dinisbahkan kepada wanita, tidak terkecuali juga untuk lelaki. Walau sifat2 itu mungkin banyak pada kaum wanita kerana sebab-sebab tertentu, namun bukan bererti lelaki terlepas daripadanya.
            Berapa ramai lelaki yang memperkecilkan kebaikan isteri? Cukup ramai. Kita sering melihat para suami yang lidahnya sangat berat untuk mengucapkan terima kasih kepada isterinya,bukan?Berapa ramai lelaki yang mudah melaknat apabila perkara yang tidak disukai menimpanya?Juga tidak sedikit. Sudah tentu, ini merupakan sikap yang sangat tercela walaupun dilakukan oleh lelaki.

Wanita Sempurna.

  Kelebihan wanita terletak pada kehalusan perasaannya. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik, ia akan menjadi hamba Allah yang sangat dicintai. Dalam hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “ Wanita terbaik yang pernah menunggang unta ialah wanita Quraisy. Mereka sangat sayang kepada anak pada masa kecilnya dan sangat pandai menjaga suaminya.”
            Baginda juga bersabda yang bermaksud: “ Lelaki yang mencapai kesempuraan sangat ramai. Namun tidak ada wanita yang sempurna melainkan Asiah isteri Firaun dan Maryam binti Imran.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim).
            Menurut al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, kesamaan yang terdapat pada Asiah dan Maryam adalah kedua-duanya mengasuh seorang nabi. Asiah mengasuh Nabi Musa a.s, manakala Maryam mengasuh Nabi Isa a.s.
            Jadi kecemerlangan mengasuh dan mendidik anak membawa mereka kepada kesempurnaan dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dan keluarga kita daripada sifat2 ahli neraka ini, serta menghiasi kita dan mereka dengan sifat2 ahli syurga. Amin ya Rab al-`alamin...

Semoga Allah sentiasa mengampuni diri kita..teringat akan arwah suami..terasa banyak kesilapan padanya..sebagai ganti dan penebus dosa akan ku doakan selalu smg beliau diampuni,dirahmati dan tergolong di antara org2 yg beriman..bg yg masih mempunyai suami bersyukurlah dan hargailah suami selalu smg syurga menjadi milik kita..

     
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Blog Archive

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim