Rabu, 24 Oktober 2012

 1:18 PG         9 comments
. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan solat
 dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
 perkenankanlah doa permohonanku.( Surah Ibrahim:40 )

Alhamdulillah ..selawat dan salam buat Nabi Muhammad.ahli kelurga baginda dan para sahabat yang diredhai Allah SWT..Didoakan para pembaca sentiasa ditetapkan iman dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT.

Seronok dan bahagia mendidik anak ni rupanya jika kena gayanya.Sudah pasti rujukan kita ialah cara didikan Nabi. Rasullullah bersabda dalam sebuah hadis, maksudnya : " Hendaklah kamu menyuruh anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun."( Riwayat Abu Dawud ).

Antara asas penting dalam mendidik anak ialah solat.Apabila baik solat seseorang itu, nescaya urusan lainnya akan jadi baik juga. Terdapat beberapa panduan untuk membuadayakan solat dalam jiwa anak-anak antaranya :

1. Mengajarkan anak-anak cara wuduk yang betul.
 Kanak-kanak ni kalau kita tak tengok dia ambik wuduk..memang dia ambil sambil main-main je . Kata kat anak-anak ha basuh muka betul2 biar wajah kita esok berseri2 jumpa Allah SWT...sapu kepala tiga kali biar esok sejuk/tahan kepala kita masa dipadang mahsyar  menghadapi teriknya matahari....sehinggalah basuh kaki biar senang nanti kita meniti titian siratal mustakim...Allah..Allah.. seronok anak2 kita dengar cerita macam tu..sekurang2nya kita dapat tanamkan keyakinan pada mereka tentang hari akhirat.

2. Ajak solat berjemaah di rumah. Sure sangat kalau anak ramai macam saya ni bila diajak berjemaah lagi mudah untuk mereka semuanya solat. Kalau kita tak berjemaah..mana yang umur 9 dan 8 tahun dah mula faham senang diurus..tapi yang hat 6 dan 4 tahun ni main je la kalau dibiarkan. Jadi solat berjemaah automatik mereka boleh solat serentak..Subhanallah suasana rumah pun syahdu je masa tu..sunyi..bergema Amin...selepas baca Al-Fatihah..

3. Singgah Masjid. Bila balik kampung ke, shopping ke, jalan-jalan makan angin ke...bila waktu solat je singgah la kat masjid yang kita lalui biar anak-anak tahu tentang kepentingan solat..Emak tak boleh lewatkan solat ni nanti berhutang pulak ngan Allah Taala..Solat di masjid ni memang best la sampai saya ni cemburu ngan kaum Adam yang boleh pergi masjid setiap waktu solat. Para suami berjemaah la di masjid ajak anak2 lelaki..ibu solat di rumah ngan anak2 perempuan..ataupun satu keluarga pergi lagi bagus..saya teringin begitu tetapi keadaan saya sebagai Ibu tunggal menghalang untuk berbuat demikian untuk mengelakkan fitnah..

4. Ceritakan kelebihan solat. Budak-budak ni memang suka kalau kita bercerita. Saya pernah terdengar kata-kata Prof Dr. Saedah Siraj menyatakan bahawa para doktor telah membuat satu kajian malah doktor yang beragama bukan Islam pun mengakui bahawa kedudukan paling baik bagi manusia ialah posisi ketika sujud..Subhanallah..dia kata ketika sujud bekalan oksigen dapat diedarkan keseluruh badan menyebabkan otak ligat, badan cerdas.Mendatangkan keringanan pada tubuh badan dan ketengan emosi. Ulangan sujud yang dihayati dengan khusyuk selama beberapa saat membersihkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf. Apa yang membahagiakn kesan sujud ini akan membentuk peribadi yang baik dan anak kita jadi orang yang pandai..dalam Quran pun ada dinyatakan " Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada kemungkaran"..Selalu dan biasakan kita kata pada mereka...ha kalau nak jadi orang baik dan pandai mestilah solat...Masa saya dengar kat radio tentang Prof ni berceramah.. bila saya cerita kat anak saya....Alhamdulillah Farah pun dengar tadi mak kat kereta Mama masa balik dari sekolah..syukur ya Allah anak-anak percaya cakap kita.

Nampaknya takat ni dulu la ye..nak berenti dulu sebab nak menonton rancangan Labbaikallah TV Al-Hijrah. Terubat rindu..Ya Allah lindungi kami daripada sifat riyak dan takabbur..

9 ulasan:

  1. Like...syukur anak akk pun dah mula fhm dan mahu solat...cuma solat subuh belum lg...ustzh ain ada tips untuk ank umur 4 thn solt subuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilla ye kak..bab 4 tahun ni beruntung sgt kalu dah bole solat subuh..saya pun masih x dpt lg biasakn yg 4 thn tu..masih jauh dgn jarak 7 tahun klu ikut Hadis Nabi..cuba kita buat minta dia solat jg walau dah pukul 7 atau lebih..waktu solat lain pasti tak de masalahkn..

      Padam
  2. Subhanallah...terima kasih Ain kerana berkongsi Ilmu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kasih..cari pelaburan utk akhirat sebenarnya..takut miskin kat sana sape nak tolong kitakan...tq sudi baca

      Padam
  3. Alhamdulillah...semua 4 steps memang sy amal sejak adibah umur 5 tahun...yang penting pegang yang anak sulong..so senang adik2 amirah n azizah follow..

    Sekarang azizah yang belum 3 tahun pun dah ada telekung n akan ikut solat
    ~walaupun ikut dan dia j..x cukup rakaat n belum masuk waktu~

    Bila saya uzur n syam pula kerja..adibah akn jd imam adik2..syukurlah...terima kasih kak..ingat mengingati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kasih..ingat2kan akk jg la ye..maklumlah kita ni manusia biasa yg mudah lupa..

      Padam
  4. alhamdulillah, thanks aini dapat share. bila la kita dpt jumpa. hrp2 cuti sekolah ke blh jumpa.

    BalasPadam
  5. sama2 kasih..jom la dtg umah aku..tak sabar nak cutikan

    BalasPadam
  6. trima ksh aini...ingtkn..alhamdulillah ank2 mula blajar solat 5thn...bla masuk 7thn dah solat 5 waktu,tp kdg liat gak...lagi2 subuh...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim