Khamis, 11 Oktober 2012

 2:54 PTG      1 comment
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...
Doakanlah semoga mereka bahagia..
Entri kali ini ingin memujuk hati berkongsi rasa dengan insan yang wanita yang mungkin diuji oleh Allah SWT berkongsi kasih...

Poligami ini adalah syariat Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran Surah An-Nisa` ayat 3 ;  maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Berbunga hati seorang lelaki membaca firman Allah di atas bukan?. Nasihat saya insan yang serba kekurangan ini kalau anda ingin berkahwin lebih daripada satu perkara berikut kita patut lakukan supaya rumahtangga yang akan kita bina yang kita sudah tahu pahit maungnya dapat ditelusuri dengan baik dan mencapai kerahmatan dan keredhaan Allah SWT..

1. Lakukankanlah Istikharah dahulu. Saya sangat yakin dengan istikharah ini. Tanya Allah SWT dahulu adakah perkara tersebut baik atau tidak untuk kita...

2. Yakin benar2 kita mampu daripada segi memberi nafkah zahir dan juga batin.

3.Banyakkan solat hajat pohon pertolongan sungguh2 daripada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan dilembutkan hati isteri, keluarga daripada kedua2 belah pihak.

4. Ini yang paling sukar..tapi kene buat. Berterus teranglah dengan isteri yang pertama. Jangan bohongi isteri..rumahtangga nak bahagia jalannya mesti benar dan bukan dengan jalan penipuan.

5. Calon bagi isteri kedua..anda pastikan dahulu anda benar ikhlas bukan niat merampas dan ingin menguasai..lakukan langkah pertama juga dengan solat istikharah biar kita ada keyakinan dan sandaran yang mantap daripada Allah SWT.

Saya boleh menerima isu poligami ni pun setelah saya bergelar ibu tunggal..tapi kalau dulu semasa ada suami oh!..tidak rela rasanya..walau pun tahu perkara ini adalah dibolehkan oleh Allah SWT...Semuanya benar2 ujian.. ada suami ujian, tak de suami pun ujian..berkongsi suami apatah lagi..sebenarnya setelah saya merasai menjadi ibu tunggal ini betapa berat ujian yang diberikan rupa2nya banyak nikmat yang Allah berikan berbanding semasa ada suami ...Amatilah firman Allah SWT ini dalam surah At-taubah ayat 51:
 
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".

 Berdasarkan ayat cinta daripada Allah SWT itulah yang menjadikan saya kuat, tabah, harus berani mendapat gelaran Ibu Tunggal sedap didengar tetapi bila kalimah janda aduh..terasa malu dan perit.. Itulah yang terbaik untuk saya dan ayat Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal..berjaya memujuk hati dan timbul satu keyakinan bahawa Allah SWT akan sentiasa menjaga kita lebih baik lagi dan lebih sempurna.

Mungkin apa yang saya rasa ini mampu meredakan hati insan yang berkongsi kasih. Kelebihan tersebut ialah :

1. Dapat merasai bahawa setiap apa yang kita miliki adalah bukan hak mutlak kita.Suami, anak, harta semuanya hanya pinjaman hatta kita sendiri pun tidak memiliki diri kita. Apabila nikmat rasa tidak memiliki ada pada kita seandainya suatu hari ia hilang atau dicuri atau dikongsi hati akan redha akan ketentuan Allah. Walaupun hati kita berat, susah, pedih dikata orang..pedulikan mereka teruskan melangkah...pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cari ilmu, baca buku, baca Al-Quran cari panduan, zikir selalu...hati pasti tenang. Itu semua janji Allah dan rasul yang pasti benar..mula2 buat memang tak terasa apa2 tapi bila dah biasa baru kita dapat rasai nikmat kemanisan amal..

2. Dapat dekat lagi dengan Allah SWT..nikmat paling hebat dan wajib disyukuri..dengan tiadanya suami membuatkan kita insaf diri kita lemah, perlukan tempat untuk bergantung dan mengadu. Perlu cari jalan penyelesaian dengan cara yang baik berpandukan Al-Quran & Al-Hadith. Masa yang terluang di waktu malam dihabiskan dengan rutin melayan karenah anak, mengajarkan ilmu pada masyarakat, membaca Al-Quran dan berqiamullail. Luahkan apa sahaja pada Allah SWT terutama di waktu sepertiga malam..hatta  sampai nak bayar bil elektrik pun ngadu pada Allah..Ya Allah Kau tahu bil elektrik rumah ku dah sampai..tapi aku tak de duit nak bayar Ya Allah..Sesungguhnya Kau Maha Kaya , Maha Pemberi Ya Allah kurniakanlah aku rezeki Ya Allah... Alhamdulillah esok pagi dapat dapat rezeki dengan menerima tempahan kek dan roti daripada rakan2. Terima kasih Ya Allah sesunggunnya Kau Maha Mendengar. Allah uji kita berkongsi untuk kita lebih dekat dengan Nya rupanya...percayalah dulu masa suami tu kita punya secara keseluruhannya mungkin kita lupa nak berdoa pada Allah..nak ngadu..tapi sekarang berkat ujian ni kita mampu doa, mampu ngadu dengan Allah..Allah..Allah,,rupanya Allah rindu pada suara kita...Apa lagi ambil peluang ini rebutlah...

3. Peluang menghadiri majlis ilmu : satu nikmat lagi. minta izin suami untuk tambah ilmu semasa dia di rumah isteri baru. Tidakkah kita beruntung dapat tambah ilmu, membaca Al-Quran. Dalam majlis ilmu malaikat mendoakan kita. Ilmu atau kata2 para penceramah sebenarnya boleh memujuk hati kita untuk menerima hakikat apa yang kita lalui masa ini. Kita insan yang terpilih..kita insan yang terpilih..pilihan daripada Allah adalah yang terbaik walau pun sekarang ni kita rasa tak boleh terima jgn persoalkan kenapa aku diuji begini..sebenarnya kita memang mampu diberi ujian itu kalau tak mampu Allah pasti tak bagi .Lihat firman Allah dalam ayat ini "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya"srh Al-Baqarah ayat 286. Mari sama -sama kita berfikir menggunakan akal dan jangan menggunakan emosi.

4. Perbaiki kelemahan diri yang mungkin kita abaikan selama ini. Selama ini mungkin kita rasa selesa dengan kedudukan kita. Bagaimana keperluan suami zahir dan batin ada tak sediakan air minuman selepas ia penat pulang daripada bekerja, kerapian diri kita, tutur kata kita dan macam2 lagi...masa inilah baru kita tahu rupanya suami kita memendam rasa dengan perangai kita sehingga tekad beralih arah pandangan pada perempuan lain.

Sebagai seorang perempuan kita mengakui yang mana di akhir zaman ini perempuan lebih ramai berbanding lelaki...itulah salah satu hikmah poligami dibolehkan dalam Islam untuk memelihara kesucian sistem kekeluargaan.  Berdoalah pada Allah SWT semoga kita jangan diuji dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapi...

Maafkan saya jika coretan ini mengguris hati mana2 pihak. Jika kita sentiasa menjaga adab dan sentiasa menghalusi kehidupan berlandaskan Al-quran dan Al-Hadis pasti fitnah, kecelaruan dan pelbagai mehnah dapat kita atasi dengan baik atas bantuan Allah SWT..

Untuk satu perkongsian juga bolehlah anda ikuti kisah di blog Ustaz Pahrol Muhammad Juoi Seorang isteri yang diuji 

Alhamdulillah dan terima kasih Allah atas segala nikmat kuniaanMu..Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallah Hil Azim..

 

1 ulasan:

  1. Ayat 286 sursh al baqarah tu sy pegang sebagai penyejuk hati dikala dihimpit cabaran dan dugaan... Alhamdulillah, janji Allah itu sgt2 sy semat dlm hati....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim