Khamis, 4 Oktober 2012

 2:03 PTG      No comments
Assalamualaikum..
Kepada mereka yang belum mempunyai pekerjaan bolehlah anda melayari laman web   jomkerjaselangor
 

OBJEKTIF

Kepada Peserta:

1) Inisiatif serius untuk membantu masyarakat khususnya golongan belia untuk mencari peluang pekerjaan.
2) Menjadi medan 
mempertemukan peserta dengan bakal majikan.
3) Menerapkan nilai-nilai yang murni dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti melalui modul pembangunan insan secara terancang.

Kepada Majikan:

1) Membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran.
2) Membantu majikan 
mengurangkan kos mencari tenaga kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran.

KUMPULAN SASARAN

1) Semua ahli masyarakat Selangor yang mencari pekerjaan khususnya golongan belia yang tidak bekerja.
2) Semua majikan yang memerlukan kerja yang berkualiti, komited dan berkemahiran

YURAN

Peserta:       PERCUMA!!!!
Majikan:       PERCUMA!! 


BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM JOM KERJA?


1) Semua calon yang ingin menyertai Program Jom Kerja perlu membuat pra-pendaftaran melalui (sms/ on-line/email) kepada pihak urusetia Program Jom Kerja. Kaedah untuk sms ialah SMS<nama><tarikh program>ke 019-206 9492 (Imran)

2) Semua calon yang telah membuat pra-pendaftaran akan dimaklumkan semula mengenai tarikh dan tempat program.

3) Semua calon yang telah mendaftar akan menghadiri Program Jom Kerja selama 2 hari pada tarikh dan tempat yang telah dimaklumkan.

4) Semua calon yang telah berjaya menyertai Program Jom Kerja akan dihantarkan segala butiran mengenai calon kepada majikan-majikan yang terlibat.

5) Calon yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga terus dengan majikan yang berminat untuk mengambil calon sebagai pekerja.





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim