Rabu, 31 Oktober 2012

 9:42 PG         5 comments
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Pagi2 sudah bergegas menghantar anak yang 3 Mumtazah menjalani peperiksaan peringkat Daerah Sabak Bernam di Pasti Al-Hidayah Simpang Empat BNO. Anak saya ni bersekolah di Pasti Luqmanul Hakim Kg Permatang Sabak Bernam. Saya memilih untuk menghantar sendiri anak saya memandangkan Cikgunya tiada pengganti jika dia yang menghantar...

Inilah salah satu kelebihan sekolahkan anak di PASTI..anak-anak kita ada periksa macam sekolah rendah juga. Apa yang menariknya pada peperiksaan akhir tahun, murid yang dapat nombor 1 bagi yang berusia 5 dan 6 tahun akan menjalani peperiksaan sekali lagi di peringkat Daerah. Jika berjaya di peringkat Daerah pula akan periksa sekali lagi di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan..hebat bukan pihak pengurusan PASTI. Soalannya juga boleh tahan, salah satu soalan yang famous ialah, saya ambil perkataan SEMBAHYANG dan murid dikehendaki mencipta perkataan lain menggunakan huruf yang terdapat perkataan sembahyang itu...huh susah tu ..saya pun jenuh nak ajar anak saya..pas tu soalan matematik yang melibatkan pengiraan duit..tidak mengapalah saya doakan anak2 ni boleh jawab dengan baik. Lucunyana yang berdebar cikgu dan ibu bapa..tapi anak ok je macam tak ada apa2...

Sementara menunggu pelajar dari sekolah2 lain saya cuba perhatikan aktiviti PNP di sini mereka berbaris sebelum masuk kelas dan terdapat seorang murid mengetuai perbarisan mcm ketua umum je siap guna mikrophone lagi..bagus la boleh didik keyakinan tu..Lepas tu mereka pun berikrar ramai2 " AsHaduallailahaillah wa ashaduannamuhammadurrasulullah.". siap dengan terjemahannya lagi..terapan akidah yang sewajarnya kita tanamkan pada anak2..mereka juga memanjatkan doa2 yang telah mereka hafaz..

Selain itu, mereka mengucapkan rukun Islam dan rukun Iman..ada pula soalan daripada eja2 perkataan..ada murid 4 tahun dah boleh eja rambutan, sayang dan lain2 lagi..

Kalau saya perhatikan buku teks yang digunakan untuk PNP mereka kita memang puas hati antaranya Peribadi Muslim, Sains Sosial, Bahasa Inggeris, Matematik,Al-Quran dan Hadith..dan banyak lagi..

Sebagai ibu saya bersyukur dapat menemankan anak menjalani peperiksaan ..terima kasih pengetua benarkan saya keluar sebentar..sempat saya solatkan hajat dan berdoa selalu serta bacakan Surah Al-Fathehan dan Surah An-Insyirah tiupkan diubun2nya..selain itu saya arahkan anak melefon Cikgunya Puan Masroha ..." Cikgu doakan Mumtaz bole jawab ye .." banyak juga pesan Cikgunya..

Nampak takut juga Mumtaz ni jgn menangis mcm tahun lepas sudah la
 

Yakin ke tak ni...

Kawannye pun nak bergambar jg dari PASTI lain..

Perbarisan

Ni ketua Umum ..

Bersemangat


Seramai 11 orang murid 6 Tahun

Murid 5 Tahun

mereka pun ada buat analisa peperiksaan..
Apa pun keputusan anak saya, saya akan terima dengan penuh kesyukuran..semoga kejayaan yang dilakar oleh kakak2nya berulang sekali lagi. Rabbi Yassir wa La tu`assir..Ami Ya Rabbal Alamin..

 


5 ulasan:

  1. Saya mendoakan semoga anak akak berjaya dengan kehendaknya .. InsyaAllah Mumtaz seperti namanya..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berjaya sekali lagi dan akan pergi wakil peringkat negeri..tapi siap minta hadiah I-pad pulak..

    BalasPadam
  3. Comel Mumtaza. Semoga mumtaz sentiasa..

    BalasPadam
  4. sitikhadeejahbasharah11/06/2012 5:06 PTG

    comel nya mumtaz..alhamdulillah kak..rezeki anak cemerlang..sbb mak nya pun cemerlang..he3x ..mumtaz chiyok!

    BalasPadam
  5. Syukran Cik Lah..ingat kain pelekat yg akak bg pd arwah suami..
    Alhamdulillah Cik Djah Basharah: Mg anak Cik Djah gitu jg nnti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim