Ahad, 21 Oktober 2012

 1:43 PG      No comments
Assalamualaikum...

Satu harapan...moga terkabul
Sudah beberapa malam menonton Tv Al-Hijrah menyaksikan solat isyak secara live dari Masjidil Haram pada jam 12.35 pagi..sudah lewat malam tetapi dek kerana terlalu ingin mata pun tak mengantuk. Hati penuh semangat dan beruntungnya mereka yang sedang berada di sana. Apa yang indahnya apabila selesai azan ada imam yang membaca doa sebelum iqamah dialunkan..alangkah indahnya bait2 doa yang dipanjatkan hingga menitis air mata.Alhamdulillah sempat beberapa kali menonton Labkallah yang mana pengacara TV Al-Hijrah menemubual penjaga kunci pintu Kaabah..sungguh terasa dekat..kalau anda sangat berminat pada kisah haji ini atau cerita berkaitan tinggal di Madinah lawatilah blog Prof. Dr. Kamil Ibrahim . Sempat saya mendoakan ibu dan ayah ustazah Siti Nor farehan Musa yang kini berada di sana. Mak induk ngan Pakcik Musa ni hampir2 saje tdk dapat pergi kerana Pak Cik Musa diserang sakit jantung pada malam sebelum jadual asal untuk berangkat. Alamdulillah rezekinya tetap ada dan kesihatannya sempat pulih dan dia baru saja berangkat pada minggu lepas..moga mereka sihat di sana..janganlah mak cik Induk lupa untuk doakan saya...


Gambar kat bawah ni anak saya yang ketiga MUMTAZAH dipanggil mumtaz...terkesan juga pada dia apabila kita asyik sering berdoa semoga Allah kabulkan doa kami untuk pergi ke Baitullah satu keluarga suatu hari nanti..apa yang dia kata..Mak..kalau mak nak pergi haji mak pegi la mumtaz tak nak ikut...Subhanallah kenapa mumtaz tak nak ikut..Dia jawab ..ye la mumtaz nanti kene pakai baju macam ni
( sambil ambil tuala dan menggayakan orang yang sedang pakai kain ihram untuk lelaki )Mumtaz malu tak tutup aurat..Tergelak saya dibuatnya dengan anak saya yang baru berusia 6 tahun ni...saya cuba menerangkan kepadanya hal yang sebenar...
Berkatilah anak ku ni ya Allah



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim