Ahad, 14 Oktober 2012

 8:18 PG      No comments
Assalamulaikum pembaca blog saya yang dirahmati Allah..saya doakan semoga kita sentiasa dikurniakan jalan untuk sentiasa mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung..


Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepadaMu ya Allah kami menyembahMu
Ya Allah hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang2 yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
لآukan  jalan mereka yang dimurkai..
dan bukan pula jalan mereka yang sesat..

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم.....الفاتحه


Jumaat 12 Oktober 2012

Sibuknya jadual hari ini..kene balik cepat sebab nak adun Kuih Apam Cina yang dioder daripada Mak Cik Asiah sempena kenduri kesyukuran anaknya yang dikurniakan nikmat rumah baru. Tup-tup biasalah telefon berbunyi panggilan daripada ibu mertua menyatakan Pak Jamal meninggal dunia baru je tadi kira2 jam 10.55 pg.Innalillahi wa inna ilahiri rajiun...Ya Allah syukur Kau menjemputnya di hari yang penuh keberkatan...Pak Jamal ni adalah pak saudara sebelah arwah suami.Rumah pun tak jauh dari rumah saya...kemudian telefon berdering lagi..mengkhabarkan berita yang sama..Apa yang istemewanya sebelum hari kematiannaya dia telah berpesan pada anak2nya meminta agar dia jangan ditinggalkan berseorangan kerana dia yakin kematian bagi dirinya semakin hampir..Subhanallah satu nikmat bagi dirinya..semoga kita dapat anugerah istimewa sepertinya...Jenazahnya dikebumikan selepas solat asar dan setelah selesai segala urusan hujan renyai2 membasahi bumi...MasyaAllah..Semoga Allah SWT merahmatinya,mengampuninya dan termasuklah ia dikalangan orang yang beriman....

Sabtu 13 Oktober 2012

Subhanallah ..Allahumma Sayyiban Nafi`a..hujan turun kadangkala lebat kadangkala renyai2..di Kalumpang Resort and Traning Centre. Bawa anak2 semoga mereka tahan lasak terkena hujan. Berprogram dengan anak murid ting 4 ala2 explorase utk peperiksaan SMA. Seharian anak2 ke hulu ke hilir bila malam alhamdulillah tak la meragam bila ditidurkan cepat je terlelapnya..Sunyi sudah Chalet Bangau ni sementara tunggu anak2 lena buka laptop jap..Adui maalasnya nak ambil telefon yang jauh dari tempat duduk..InsyaAllah..InsyaAllah ha lagu Maher Zain berkumandang menandakan SMS daripada sape pulak kali ni...Dari jiran "assalamualaikum dah tdo ke...Kang ( Abang ) Sanep dah pulang kerahmatullah... Subhanallah Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Kang Sanep dan Isterinya Kak Las buka warung kat Kampung Banting..sedap nasi lemak mereka ni anak2 pun suka sangat.  mereka suka bagi makanan pada anak2 saya izinkanlah kami bersedakah pada anak yatim ni Ain...itulah selalu ucapannya bila menghantar roti canai  ke rumah saya.Betapa kematian sejak akhir2 ini begitu mengelilingi hidup saya..saya jadi tergamam,terkedu, rasa takut...mengalir air mata..Ya Allah ampunilah segala dosa2 kami Ya Allah..ikhtibar perlu saya ambil..
di luar challet kedengaran orang berkaraoke  berduet antara lelaki dan perempuan..bersorak sorai..andai mereka terfikir kematian itu bila2 masa sahaja akan menjemput kita pasti mereka takut utk beraktiviti sedemikian..lantas tangan mengambil tasbih memohon keampunan beristigfar dan memuji Allah ..penuh keinsafan...menuju ke Dewan untuk menggantikan rakan yang dah keletihan ..Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah kang sanep...InsyaAllah esok petang saya akan ziarah keluarganya..

Selepas ini siapalah lagi yang bakal akan dijemput....mungkinkah saya atau kita..Ya Allah yang Maha Pengasih matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu dengan kematian yang baik dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan yang buruk..amin ya Rabbal a`lamin

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim