Ahad, 28 Oktober 2012

 7:27 PG         2 comments
Assalamualaikum..
  
Terima kasih ciklaili yang telah menempah kek Sifon Pandan Blueberry pada saya sempena sambutan Hari Raya Idul Adha. Ada ambil gambar tapi panjang pula ceritanya nak diupload kat sini tapi tak tak dapat so guna gambar lain la yang orang lain tempah..mungkin Cik Laili ada ambil gambar kek yang tak berapa comel tu pun..harap2 sedap la ye..disebabkan Cik Laili ni cikgu blog saya maka saya telah lebihkan gram kek ni dan beri dia diskaun pada kek yang ditempah sebanyak 2 biji 1 kek ini dan 1 kek coklat

Mai sini..sapa yang nak buat sendiri ini resepinya :

KEK SIFON PANDAN BLUEBERRY
Sempena Hari Jadi Atira adik Cikgu Shida


Untuk Ibu Cikgu Atiqah
BAHAN A

7 Biji putih telur gred B
150gm gula custer
1/4 sudu teh cream of tartar

Pukul guna kelajuan yang tinggi putih telur sehingga agak gebu dan masukkan gula dan cream of tartar. Pukul seketika. Pada bekas berlainan sediakan bahan B

BAHAN B

7 biji kuning telur
150gm gula custer
240 gram tepung kek
1/2 sudu makan baking powder
100gm santan kotak
100gm air
55gm minyak masak
satu sudu teh pewarna hijau dan perasa pandan

- Pukul telur dan gula hingga gebu.Masukkan santan, air,minyak,pewarna dan perisa. Kemudian ayak tepung dan baking powder. Putar hingga halus dan campurkan bahan A & B.
- Letak pada loyang yang tidak perlu digris dengan apa2 untuk mengelakkan kek tak jadi.
-Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar selama 45 min..
-Lepas masak terus sahaja terbalikkan loyang agar kek tidak turun .

BAHAN C
Blueberry untuk letak ditengah kek setelah kek dibelah 2.
utk cream :
75gm mentega
175gm krimwell
90gm susu pekat manis
2 sudu makan gula icing

- Pukul mentega dan creamwell selama 10 monit guna kelajuan tinggi. Masukkha susu dan gula icing pukul sebati. Kemudian hiaslah ikut kreativiti anda.

Bagi sesiapa yang ada terlibat dengan perniagaan kecil2 mcm saya ni apakata kita buat sedekah sikit paling mudah kalau kek tu harga Rm 40 kita ambil RM 38 je,,em hasilnya kasih akan terjalin antara kita sebagai penjual dan pelanggan sebagai pembeli..

Ok jumpa lagi..nak siap2 gi jobos atau rewang kenduri kahwin jiran..Ma`as salamah wa ilalliqa`





2 ulasan:

  1. Memang sedap kek ni. Tak sangka pula kak Ain buat bentuk love. Bertambah2 lagi kasih sayang kami sekeluraga. Alhamdulillah semua dapat merasa kek tu. Dari abah, mak, kakak2, abang2 & adik ipar serta anak2 buah. Terima kasih byk2 ye kak Ain.

    BalasPadam
  2. Yang baik tu semuanya datang dr Allah..syukran Laili. lain kali order lagi..he he

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim