Sabtu, 6 Oktober 2012

 7:41 PG         No comments
Assalamualaikum kepada pembaca blog yang dikasihi Allah..semoga sihat dan dikurniakan nikmat iman yang berkekalan

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى ال محمد 
وصحبه أجمعين 

Hari ni Ustazah Ain.Com nak kongsi resepi kuih kasui. Kuih ni mudah je Alhamdulillah sebab tak gunakan santan. Boleh la cuba resepi ni kalau ada saudara mara nak datang. Ikut resepi asal bila gula merah yang tak berapa hitam kuihnya nampak coklat muda sangat jadi buat sikit moderation dengan tambahkan sikit kicap manis kipas udang dalam erea 5 sudu makan je.memang tak berapa hitam tapi bila dah masak nanti dia hitam.

Murah je: 3 ketul  RM1


Ok jom kita explore bahan2nya :

1/2 Cawan gula merah
5 Cawan air ( bahagi 2 jd 2cwn stgh )
1 Cawan gula pasir
11/2 Cawan tepung gandum
1 Cawan  tepung ubi
2 Sudu makan air kapur
sedikit garam
suku Cawan minyak masak
5 sudu makan kicap manis kipas udang
1/2 biji kelapa parut

Caranya:
1. Satukan gula merah,gula pasir dan 2cwn stgh air. kacau hingga larut dan tapis.
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi,air kapur dan kicap.
3. Satukan adunan tepung dengan air gula merah dan blenderkan untuk haluskan tepung.
4. Panaskan ( wapkan ) adunan atas api kecil dan kacau jgn tinggal hingga agak suam dan masukkan minyak.
5. Bolehlah kukus selama 45 min.Jgn lupa buka tutup kukusan biar air tidak terlalu banyak menitis.
6. Bila dah sejuk potong dan golekkan atas kelapa parut.

Moga berjaya 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadith Pilihan

Sahabat Blog

Jom Kita Bersilaturrahim